Friday, July 16, 2010

Mesyuarat AJK selepas Solat Isyak

Selepas Solat Isya malam tadi telah diadakan sedikit perbincangan antara AJK Surau

AJK yang hadir iaitu

1. Tn Hj Raja Zazman
2. Tn Hj Halim
3. Tn Hj Razak
4. En Bilal
5. Ustaz Wan Mohamad
6. Penulis blog

Antara perkara yang dibangkitkan dan diputuskan dalam perbincangan iaitu :

1. Pembinaan lantai simen render 20 kaki lebar X 30 kaki panjang di sayap kiri dan kanan surau

2. Tuntutan bayaran pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik oleh KCRM Enterprise - diminta syarikat berurusan terus dengan kontraktor AZ Asia Enterprise kerana semua urusan bayaran pembinaan surau adalah antara pihak AJK Surau dengan Kontraktor AZ Asia Enterprise selain AJK sudah membayar keseluruhan kos pembinaan kepada AZ Asia Enterprise.

3. Baki RM2000 pemasangan lampu dan kipas. Memandangkan Restoran MZ telah sponsor 20 unit kipas , wang ini akan kekal di dalam akaun surau setelah mengambilkira sebuah kipas berharga RM100 seunit.

4. Malam besok ada kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nor Zaimi Mohd Amin, imam Masjid Kg Rinching merangkap penolong pendaftar nikah untuk penduduk setempat.

5. Karpet akan dipasang minggu depan hari Selasa 19 Julai. AJK membuat keputusan tidak perlu diasid lantai jubin ruang solat. Cuma perlu asid jubin beranda kiri dan kanan sahaja.

6. Dimaklumkan 24 Julai 2010 ada mesyuarat AJK untuk membincangkan persiapan Ramadhan.

7. Pada 15 Syaaban ada majlis membaca Yaasin selepas solat Maghrib sempena malam Nisfu Syakban. Tarikh masihi iaitu 26 Julai hari Isnin malam Selasa. Hj Razak akan sponsor nasi lemak 100 pek. Air teh o AJK akan buat sendiri.

8. Pekakasan surau akan dibeli untuk kemudahan membuat air sekiranya ada jamuan. Item yang akan dibeli iaitu tambahan 2 cerek air alminium, 1 cerek elektrik dan 2 atau 3 jag air plastik. Cawan beli jenis pakai buang sahaja memandangkan mudah dan tiada pekerja diperlukan untuk membasuh dan mengemas.

No comments:

Post a Comment