Saturday, July 3, 2010

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau As-Syakirin

Pada mesyuarat sebelum ini Tn Hj Halim menjelaskan solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan dilakukan di surau As-Syakirin. Mengikut beliau solat sunat Aidilfitri tiada syarat bilangan makmum seperti solat Jumaat. Solat Jumaat cukup 40 orang baru boleh dilaksanakan. Mengikut Tn Hj Halim lagi walaupun 10 atau 20 orang jemaah sahaja, ia tetap akan dibuat.

Jika begini keadaannya penulis blog sanggup berkorban untuk balik berhariraya di kampung selepas solat sunat Aidilfitri. Jadi kepada penduduk yang ingin bersama, tuan/puan boleh membuat perancangan daripada sekarang.

Lazimnya semasa hari raya ramai anak-anak akan balik ke rumah ibubapa sama ada di kampung-kampung atau di bandar. Jika ibubapa mereka sudah tiada barulah anak-anak akan berhariraya di rumah sendiri. Penulis blog pula masih mempunyai ibu sementara ayah sudah tiada. Jika penulis blog balik selepas solat hari raya, sudah tiada lagi kesesakan jalanraya.

Namun kenalah kita ingat, solat sunat ini dilakukan selepas Ramadhan tamat. Kita menunggu Ramadhan bukan hari raya.

Nota :

Kajiselidik bilangan jemaah semasa solat sunat Aidilfitri

1. Tn Hj Halim dan isteri - 2 orang
2. Anak-anak dan cucu Tn Hj Halim - 6 orang
3. Penulis blog sekerluarga - 6 orang
4. En Azman kontraktor surau as-Syakirin - 9 orang ( En Azman juga sanggup berkorban untuk balik selepas solat sunat Aidilfitri).
5. Pekerja-pekerja yang membina surau As-Syakirin juga akan turut serta - 8 orang
6. Tn Hj Raja Zazman - mungkin bersolat di masjid Kg Rinching kerana beliau nazir di masjid itu tetapi isteri,anak-anak,menantu dan cucu beliau mungkin akan bersolat di surau As-Syakirin- 6 orang
7. Tn Hj Razak, isteri, serta anak-anak,menantu dan cucu - 6 orang

Jumlah jemaah yang dijangka = 43 orang

( Dalam tempoh 10 tahun akan datang kebanyakan anak-anak penduduk di sini sudah dewasa. Yang pada hari ini berumur 40 tahun dalam masa sepuluh tahun lagi menjadi 50 tahun. Yang 50 tahun pula menjadi 60 tahun pula. Ketika ini ramai antara penduduk sudah tidak balik ke kampung halaman lagi. Anak-anak mereka yang merantau pula yang balik ke sini )

No comments:

Post a Comment