Tuesday, July 13, 2010

Pelan kelengkapan surau sudah dipamer

Selepas solat Asar tadi penulis blog sudah menampal pelan binaan surau yang di dalamnya terdapat sekali pelan binaan kemudahan surau yang sudah dijadikan isu oleh seorang dua penduduk di komuniti ini.

Penulis blog menampal pelan ini supaya ia dapat dibaca dan difahami oleh ahli jemaah. Kedua-dua binaan iaitu surau dan kelengkapan surau tersebut adalah dalam satu pelan bukannya pelan berasingan. Cuma semasa proses pembinaan, AJK memfokuskan membina bangunan surau dahulu kerana kaedah membina surau ini berdasarkan membina mengikut status dana semasa yang berjaya dikumpul.

Untuk proses membina kelengkapan surau ini, AJK ingin mengetahui berapakah kos sebenar untuk membinanya bagi merancang tindakan untuk mengumpul dana pembinaanya. Sehubungan itu AJK membuka peluang kepada kontraktor bumiputra yang berlesen dan berminat untuk menyertai sebutharga supaya dapat menghantar cadangan kos pembinaan bangunan kelengkapan surau ini.

Sama ada bangunan kemudahan surau ini akan dibina atau tidak akan ditentukan oleh kehendak ahli jemaah surau As-Syakirin. Pungutan suara ini akan ditentukan dalam mesyuarat AJK yang turut akan dihadiri oleh semua ahli jemaah Surau As-Syakirin pada masa yang sesuai nanti.

Sungguhpun begitu sumbangan derma pembinaan kelengkapan surau ini tetap diteruskan.

No comments:

Post a Comment