Saturday, July 3, 2010
Banyak surau dibina tanpa kelulusan MPKj
Untuk makluman penduduk AJK Surau As-Syakirin cuba untuk melakukan prosedur yang betul dalam membina Surau ini. Namun proses-proses untuk mendapatkan kelulusan pembinaan surau biasanya terlalu lama menyebabkan ramai AJK mana-mana surau yang lain tidak meneruskan prosedur selain ia akan memakan kos yang banyak.
Ada surau dibina dengan kos yang murah dan ada yang mahal. Sudah pasti surau yang dibina dengan kos yang murah tiada kelulusan dan yang mahal mempunyai kelulusan.
Pada peringkat awal perancangan membina surau as-Syakirin penulis blog sendiri telah pergi ke MPKj bertanyakan bagaimana prosedur yang betul untuk membina surau ini.
Mengikut seorang pegawai di situ, ada 2 cara untuk mendapatkan kelulusan pembinaan sebuah surau. Yang pertama adalah dengan CF dan dan yang kedua adalah tanpa CF. Namun jika memilih kelulusan dengan CF, AJK akan mengeluarkan kos yang banyak kerana ia akan melibatkan banyak pihak seperti Indah Water, Jabatan Kesihatan, Bomba selain MPkj sendiri.
Penglibatan IWK kerana saluran tandas surau akan disambung terus ke paip pembetungan milik IWK. AJK tidak boleh terus menyambung ke paip ini kerana ia menyalahi undang-undang. AJK akan disaman oleh IWK. Kebenaran IWK perlu didapatkan terlebih dahulu.
Untuk proses mendapatkan kelulusan ini, kos yang diperlukan tidaklah semahal mana namun kosnya masih menelan sehingga ribuan ringgit kerana AJK perlu membayar khidmat profesional arkitex dan jurutera bertauliah. Kesemua ahli profesional ini perlu menurunkan tandatangan ke atas pelan binaan surau dan mereka yang bertandatangan ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan bangunan surau As-Syakirin.
( dalam sebutharga khidmat juruperunding, tandatangan arkitex dan jurutera bertauliah ini percuma )
Setakat ini AJK hanya baru mendapat kelulusan draf rancangan pembangunan membina sebuah surau daripada MPkj dan proses-proses ini masih belum selesai kerana urusannya agak rumit.
Antara prosedur ditetapkan MPKj adalah tanah yang hendak dibina surau mesti telah diwartakan oleh pejabat tanah. Walaupun MPKj sendiri telah mengeluarkan surat mengesahkan tapak pembinaan surau as-Syakirin telah digazetkan dalam pelan struktur pembangunan projek perumahan fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ia masih belum cukup.Surat pewartaan tanah mesti ada dahulu.
Untuk itu Tn Hj Raja Zazman telah menghantar surat permohonan kepada pejabat tanah daerah Hulu Langat untuk mendapatkan dokumen ini namun sehingga hari ini ia masih belum diperolehi.
Untuk fakta, surau An-Nur di Taman Pelangi Semenyih ini hanya mendapat surat pewartaan tapak ini setelah surau digunakan melebihi 3 tahun.
Untuk memastikan semua prosedur dipatuhi, AJK telah meminta jasabaik En Nik iaitu arkitex yang bertanggungjawab menyediakan pelan binaan surau dan kelengkapan surau untuk memproses tindakan-tindakan ini.
Perlu difahami En Nik sebelum ini hanya meminta kos cetakan pelan sahaja berjumlah RM500 dan bukannya upah perkhidmatan profesional menyediakan pelan.Kos pembinaan pelan sebenarnya boleh mencecah antara RM2000 hingga RM3000 atau lebih lagi.
Dengan pelan yang disediakan tersebut AJK menghantar permohonan melalui syarikat juruperunding HRC dan AJK dikenakan bayaran sebanyak RM595. Selepas beberapa bulan AJK menerima surat daripada MPKj yang meluluskan draf rancangan pembinaan surau As-Syakirin dengan syarat AJK mesti menghantar semula permohonan dengan dokumen yang lengkap.
Sekali lagi AJK berhubung dengan En Nik dan meminta bantuan beliau. Namun mengikut En Nik jika ingin memenuhi dokumen yang diminta oleh MPkj tersebut AJK perlu berbelanja. En Nik bertanya sama ada cukup sekadar AJK mendapat kebenaran draf merancang yang sudah diluluskan atau terus mendapatkan kelulusan daripada MPKj. Ini kerana En Nik memaklumkan sebenarnya kebanyakan surau yang dibina tidak sampai ke tahap mendapatkan kelulusan ini. AJKnya hanya memiliki kelulusan pembinaan daripada JAIS sahaja.
Bagi memastikan dokumen-dokumen ini boleh dihantar semula AJK perlu membayar perkhidmatan profesional serta mencetak semula pelan besar sebanyak 11 set berwarna dengan setiap satu pelan sebanyak 5 keping dan semua kos ini berjumlah sebanyak RM3600 kepada Syarikat Arkitex Lakareqa. Namun sehingga hari ini bayaran ini masih belum dijelaskan dan tertangguh sekian lama kerana AJK ingin memberi tumpuan menggunakan wang untuk menyiapkan bangunan surau terlebih dahulu.
Kini surau sudah hampir siap 100% tetapi kelengkapan dan kemudahan surau masih tiada kerana AJK perlu mencari dana baru untuk membinanya. Sebelum bangunan kemudahan surau ini akan dibina AJK akan membayar dahulu kos perkhidmatan profesional arkitex dan jurutera bertauliah yang menurunkan tandatangan di atas pelan binaan ini sebanyak RM3600 dan seterusnya menghantar semula kepada MPKj bagi mendapatkan surat kelulusan ini.
Namun apabila kelulusan sudah ada tidak semestinya bangunan kelengkapan surau akan dibina kerana ia bergantung kepada dana yang ada serta komitmen AJK yang menguruskannya. Barangkali AJK barunya akan membina kemudahan surau bentuk lain yang harganya amat murah.
Sengaja pada hari ini penulis blog menaip entry ini supaya ia tidak menjadi isu. Isu AJK membazirkan wang dana surau atau derma orang ramai selain penulis blog berharap tindakan ini akan diteruskan oleh AJK baru nanti.
Selepas ini penulis blog mahu mengundur diri dan hanya mahu menjadi ahli jemaah biasa sahaja. Penulis blog sudah penat membuat kerja..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment