1. Surau akan menjadi tempat untuk penduduk berkumpul. Apabila berkumpul, penduduk dapat berkenalan antara satu sama lain. Tahu nama serta ahli keluarga penduduk yang lain. Suatu fakta setelah taman ini mula diduduki sejak November 2008, masih ada penduduk yang tidak mengenali jiran tetangga.
2. Bagi penduduk yang ingin menjemput jiran tetangga datang ke majlis kenduri kesyukuran, majlis tahlil dan seumpamanya, menulis memo di papan kenyataan surau satu cara mudah menjemput jiran tetangga.
3. Penduduk ditimpa kesusahan dan perlu pertolongan. Dengan majoriti penduduk yang menjadi jamaah sesebuah surau, bantuan segera dapat diberikan kepada penduduk. Contoh paling jelas adalah berkaitan kes kematian. AJK surau lazimnya akan membantu penduduk menguruskan perkara ini. Tiada AJK surau, tiada siapa yang akan membantu. Penduduk sendiri perlu berusaha mendapatkan pertolongan dari luar komuniti ini.
4. Surau sebagai pos kawalan keselamatan. Perbincangan isu-isu keselamatan komuniti dapat dilaksanakan di surau.
5. Menunaikan ibadah seperti solat lima waktu, solat sunat tarawikh, solat sunat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha dan ibadah-ibadah yang seumpamanya.
6. Anak penduduk hendak menjalankan upacara nikah ? Di surau adalah tempat yang sesuai selain mendapat keberkatan.
7. Ada musafir, tetamu atau sanak saudara datang pada majlis perkahwinan. Surau adalah tempat yang selesa untuk bertanggak atau berehat.
8. Ingin pertolongan melaksanakan majlis walimatul urus atau kenduri perkahwinan. Surau tempat yang sesuai untuk bermesyuarat rewang- memberi agihan tugas. Sangat relevan jika penduduk mempunyai kawasan untuk memasak sendiri, jemaah surau sedia membantu.
9. Surau adalah salah satu infrastuktur di sesebuah taman perumahan. Tidak lengkap rasanya jika sebuah taman perumahan yang majoriti penduduknya adalah muslim tidak mempunyai sebuah surau tempat penduduk berkumpul dan bersilaturrahim sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment