Friday, July 2, 2010

Besi perancah sudah dipasang

Petang tadi tambahan besi perancah sudah sampai ke tapak surau guna untuk pemasangan plaster syiling. Kini hanya tinggal plaster syiling sahaja lagi yang AJK perlu tunggu. Kerja-kerja kemasan bahagian luar boleh dibuat dalam keadaan surau sudah digunakan.

Selepas solat Jumaat hari ini penulis blog telah pergi sendiri ke kedai aluminium tempat kontraktor membuat tempahan di Bandar Tasik Kesuma meninjau kerja menyediakan tingkap dan pintu sliding Surau As-Syakirin. Nampaknya seperti sudah hampir siap. Mengikut pekerja di situ mereka akan cuba memasangnya pada hari Isnin nanti.

No comments:

Post a Comment