Saturday, May 23, 2009

Entry tertunda - Kertas kerja pembangunan surau

KERTAS KERJA PERMOHONAN MEWARTAKAN TAPAK SURAU FASA 6 DAN 7 TAMAN PELANGI SEMENYIH

LATARBELAKANG

Pada Tahun 2006 Gerak Teguh Sdn Bhd anak syarikat Metro Kajang Holding telah membangunkan projek perumahan Taman Pelangi Semenyih Fasa 7 dan 7A. Sebelum itu bersebelahan dengan projek pembangunan Fasa 7 adalah Fasa 6 dan Fasa 6A. Fasa pembangunan seterusnya adalah fasa 7B.Dianggarkan sebanyak hampir 1000 unit kediaman akan dibina dalam pembangunan dari fasa 6 hingga fasa 7B

Plan pembangunan itu terdiri dari pembinaan rumah kediaman jenis teres setingkat dan dua tingkat berharga sekitar RM150 hingga RM184 ribu seunit.

Sebagai pelengkap kepada infrastruktur taman perumahan ini, pihak pemaju telah mempamerkan plan tapak pembangunan projek tersebut. Antara yang telah tercatat di dalam plan iaitu terdapatnya lokasi kawasan lapang yang akan dibangunkan dengan taman permainan juga untuk membina beberapa peralatan rekreasi.Luas kawasan lapang ini dicatatkan seluas 2.23 ekar. Selain itu disediakankan juga tapak untuk pembinaan sebuah surau dan juga sebuah dewan yang masing-masing berkeluasan 0.50 ekar.

RASIONAL PROJEK PEMBANGUNAN SURAU FASA 6 DAN 7

Memandangkan surau adalah keperluan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, kehadiran plan tapak surau di dalam projek pembangunan Taman Pelangi Semenyih telah menjadi faktor penarik kepada para pembeli untuk membeli unit-unit kediaman yang dilancarkan oleh pemaju.

Dianggarkan bilangan pembeli melayu beragama Islam adalah melebihi 90 peratus berbanding kaum-kaum lain dan agama lain di sini.

Sehubungan itu amat wajar sebuah surau yang telah diwartakan tapaknya di dalam plan pembangunan digunakan bagi merealisasikan pembinaan sebuah surau untuk kegunaan seluruh masyarakat dan komuniti Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 dan Fasa 7.

Dengan adanya sebuah surau, pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat diadakan yang akan dipusatkan di surau yang akan dibina nanti.

Antara aktiviti-aktviti yang akan berpusat di surau tersebut adalah sepeti berikut :

1. Melaksanakan tuntutan menunaikan solat berjemaah meliputi solat 5 waktu
2. Melaksanakan solat tarawikh pada bulan Ramadhan
3. Melaksanakan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha
3. Mengadakan aktiviti sambutan bulan-bulan kebesaran Islam
4. Pusat logistik dalam membantu mengurus urusan kematian melibatkan penduduk Fasa 6 & 7, TPS
5. Tempat bermesyuarat untuk urusan kenduri kendara seperti mengadakan majlis rewang perkahwinan dan gotong royong memasak
6. Tempat menjalankan upacara pernikahan
7. Tempat menuntut ilmu melalui kelas-kelas pengajian khas bagi kanak-kanak, lelaki dewasa dan
perempuan dewasa.
8. Surau boleh dijadikan pos kawalan keselamatan sekiranya ahli jemaah berminat untuk menubuhkan kawalan keselamatan secara sukarela
9. Dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti TPS selain tempat untuk mengekalkan perpaduan dan silaturrahim.

Walaupun pada dasarnya di Taman Pelangi Semenyih ini telah sedia ada sebuah surau di Fasa 3 namun kedudukannya agak jauh dari rumah penduduk di Fasa 6 dan 7 yang jaraknya hampir sejauh 1KM. Dengan adanya surau di fasa 6 dan 7 ini, ianya dapat diakses secara mudah dengan berjalan kaki sahaja memandangkan kedudukannya yang strategik berada di tengah-tengah blok kawasan perumahan penduduk.

LOKASI TAPAK SURAU

Di dalam plan, lokasi tapak surau yang telah diwartakan iaitu bersebelahan dengan jalan TPS 4/5

PIHAK-PIHAK BERKUASA / BERKAITAN YANG AKAN TERLIBAT DALAM PERMOHONAN PEMBINAAN SURAU INI

1. Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat – Permohonan mewartakan tapak surau
2. Pejabat Agama Daerah Hulu Langat – Khidmat nasihat dan sokongan kelulusan pembinaan surau
3. YB ADUN Semenyih YB Tuan Johan b. Aziz – Sokongan kelulusan pembinaan surau
4. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan kelulusan pembinaan surau
5. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan sumbangan derma orang ramai
6. Jabatan mufti JAIS - Pengesahan arah kiblat
7. Majlis Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan sumbangan pembangunan surau
8. Majlis Perbandaran Kajang – Kelulusan plan pembinaan surau
9. TNB – Perkhidmatan sambungan tenaga elektrik
10. SYABAS – Perhidmatan sambungan bekalan air
12. IWK – Perkhidmatan pembetungan

No comments:

Post a Comment