Saturday, July 31, 2010

Surau As-Syakirin siap mengikut sasaran

Sasaran AJK pembinaan adalah sebelum Ramadhan surau mesti siap dan boleh digunakan adalah tercapai.

Pada Mac 2009 AJK pembinaan ditubuhkan. Segala prosedur memohon kelulusan dihantar kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Pencarian dana pula bermula Mei 2009 dan pembinaan bermula 12 Disember 2009. Semasa pemilihan kontraktor, AZ Asia Enterprise yang dipilih oleh AJK pembinaan untuk membina surau ini memberi jaminan terhadap permintaan AJK iaitu tempoh pembinaan selama 6 bulan atau paling tidak sebulan sebelum Ramadhan 2010 surau ini mesti siap dan boleh digunakan.

Tetapi En Azman yang menjadi penyelia projek memaklumkan AJK dalam tempoh 4 bulan surau ini dapat disiapkan. Oleh kerana En Azman memberi tempoh 4 bulan, AJK melihat dari masa ke semasa bahawa tempoh 4 bulan ini gagal dipatuhi berikutan beberapa masalah teknikal yang berlaku. Namun semua masalah teknikal ini berjaya diselesaikan dan akhirnya pada 10 Julai 2010, Surau As-Syakirin mula digunakan iaitu sebulan sebelum Ramadhan bermula.

No comments:

Post a Comment