Sunday, January 31, 2010

RM500 derma daripada seorang penduduk fasa 7B

Dalam lejer bendahari seorang penduduk di fasa 7B telah menyumbang RM500. Nama penduduk ini adalah En Zulkifli b Abdul Aziz. En Zulkifli telah menyumbang secara tunai RM500 kepada bendahari tetapi beliau tidak tahu pula nombor rumah dan nama jalan rumah beliau. En Zulkifli telah menderma semasa beliau melihat rumah ini semasa proses pembinaannya sedang dilaksanakan. Oleh kerana tiada nombor rumah dan nama jalan, bendahari tidak dapat mencatatnya mengikut nama jalan.

Sehubungan itu jika encik Zulkifli terbaca entry ini mohon hubungi bendahari supaya rekod dapat dikemaskini.

Ralat : Bendahari sudah semak lejer. Nombor rumah En. Zulkifli iaitu No 49. Tetapi nama jalannya tidak ada.

Penduduk fasa 7B

Petang-petang hari ada masa penulis blog akan meronda masuk ke fasa 7B yang pemiliknya baru mendapat kunci. Nampaknya sudah agak ramai juga yang sudah berpindah masuk. Kelibat kontraktor mencari pelanggan juga sama untuk membuat ubahsuai rumah, memasang grill dan lain-lain lagi.

Surat-surat edaran memohon sumbangan daripada penduduk fasa 7B juga sudah mula diedarkan.

Namun sehingga hari ini nampaknya sumbangan daripada penduduk fasa 7B masih kurang. Hanya seorang dua sahaja yang sudah menyumbang. Yang lain masih belum bertindak lagi.

Barangkali penduduk di fasa 7B sedang menggunakan banyak wang untuk melakukan proses pengubahsuaian atau membeli langsir, perkakas elektrik dan perabot baru.

Memang untuk berpindah masuk ke rumah baru banyak wang diperlukan. Barangkali juga ada yang berhutang atau menggunakan kad kredit untuk membeli barang-barang yang diperlukan.

Penulis blog dahulupun menggunakan kad kredit juga. Tetapi semua hutang kad kredit itu sudah habis dibayar.

Namun dalam kita sibuk-sibuk berpindah itu, selain membeli pelbagai barangan dan mengubahsuai rumah penulis blog berharap penduduk-penduduk di fasa 7B dapat mengasingkan hanya RM100 sahaja untuk sama-sama kita menambah dana pembinaan surau as-Syakirin di fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini.

RM100 daripada Rm10,000 adalah jumlah yang kecil.

Itupun jika RM10,000. Namun rata-rata kos berpindah ke rumah baru menelan belanja hampir Rm20,000. Apabila siap nampak mewah sungguh rumah penduduk. Cantik mata memandang.

Sumbangan selepas surau ini siap agak terlewat

Selepas surau ini siap, kita memerlukan lagi dana untuk menampung kos bil utiliti seperti bil air, bil elektrik dan bil IWK. Selain itu untuk kos penyelenggaraan juga diperlukan. Namun selepas surau ini siap kos-kos ini mudah dicari. Barangkali akan ada penyumbang akan akan menaja setiap bil utiliti yang akan dkeluarkan setiap bulan. Penulis blog juga menanam azam untuk menaja bil utiliti tersebut sekiranya ada kelapangan kewangan. Ada rezeki lebih sedikit dalam bulan berkenaan, penulis blog akan membayar bil-bil tersebut.

Namun itu jika suraunya sudah ada.

Tetapi kini surau as-Syakirin masih belum cukup dana pembinaannya. Kita perlu menambah dana untuk menampung kos pembinaannya terlebih dulu. Penulis blog mengandaikan tidak berguna untuk menunggu surau siap terlebih dahulu baru kita mahu menghulurkan sumbangan.

Sekaranglah masanya. Masa kritikal untuk memastikan jumlah dana terkumpul cukup. Hulurkanlah sumbangan tuan/puan sekarang. Jangan berlengah lagi..

Progress hingga hari ini




Masih pada peringkat memasang frame untuk ground beam.

Derma diterima hari ini:
1. List 167 - RM150
2. Abdul Zaman b Baharom -RM120

Baki terkini dalam lejer Bendahari berjumlah =RM 70,141.30
Bayaran sudah dibuat kepada kontarktor =RM33,000
Jumlah dana berjaya dikumpul = RM 103,141.3

dana perlu dikumpul sehingga bumbung siap RM119,000
dana masih belum cukup sehingga bumbung siap RM15, 858.7

Siap bumbung bermaksud pembinaan berada pada status 70% siap.

70% siap bermakna AJK sudah boleh menuntut bantuan peruntukan Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM40,000.

Sehubungan itu kepada semua penduduk yang masih belum membuat sumbangan dimohon segera bertindak untuk memberikan komitmen tuan/puan terhdapa surau di komuniti kita ini.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami, terima kasih kerana membantu kami untuk merealisasikan pembinaan surau As-syakirin.

Sekiranya tiada masalah, dana mencukupi dan kontraktor dapat membina bangunan surau dalam tempoh yang dirancang dan menepati sasaran, Ramadhan 2010 ini surau as-Syakirin sedia untuk digunakan.

Friday, January 29, 2010

Jumaat pekerja cuti

Masih pada peringkat memasang frame ground beam.

Berikutan dana surau terkumpul berjumlah lebihkurang RM102,000. Sehingga binaan bumbung siap RM119,000 diperlukan, ini bermaksud AJK perlu mencari dana sebanyak RM17,000 lagi.

Sebaik bumbung siap AJK sudah boleh menuntut bantuan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM40,000.

Sehubungan itu kepada semua penduduk yang belum membuat sumbangan, kerjasama tuan/puan amat diperlukan supaya segera bertindak untuk memberikan sumbangan yang telahpun ditetapkan iaitu setiap rumah atau pemilik menyumbang RM100. Namun sumbangan melebih jumlah ini amat dialu-alukan.

Dalam pada itu penulis blog menghormati pendirian penduduk yang tidak berminat untuk hadir di surau ini apabila ia siap nanti. Penulis blog memahami sesetengah penduduk amat sibuk dalam mengurus kegiatan harian mereka.

Namun jangan hanya disebabkan kita tidak mahu datang ke surau ini nanti, kita tidak perlu pula membuat sumbangan. Sebagai tanda sokongan kepada pembinaan surau ini, bantulah AJK dalam menambah dana pembinaannya. Surau ini adalah satu kemudahan awam atau sebagai pelengkap kepada infrasturktur di komuniti kita. Banyak faedah atau manfaat yang kita akan perolehi apabila ia siap nanti walaupun kita tidak bersedia untuk mengunjungi atau menggunakannya.

Jika penduduk tiada masa menghantar sumbangan terus ke rumah pengerusi atau bendahari, kreditkan sahaja sumbangan tuan/puan terus ke mesin deposit tunai EON Bank di Pekan Semenyih Sentral atau dimana yang terjumpa. Mesin ini dibuka sehingga jam 12:00 tengahmalam.

Ingat nombor akaun surau iaitu 0675-11-000223-3. Bila tertera nama akaun SURAU AS-SYAKIRIN di skrin mesin deposit tunai EON BANK tersebut, masukkan wang sumbangan tuan/puan sebaik sahaja slotnya terbuka. Tunggu slip deposit dicetak dan serahkan kepada bendahari sebagai bukti sumbangan untuk pengeluaran resit rasmi dan direkodkan.

Tuesday, January 26, 2010

Frame ground beam

Hari ini frame ground beam sudah diletakkan. Mungkin besok simen konkrit sudah boleh mula dimasukkan.

Hari ini bendahari menerima Rm300 lagi sumbangan derma daripda penduduk. Malam tadi wang tersebut sudah dibank in di EON Bank Semenyih Sentral.

Penderma terkini:
1. Zulkifli b Abd Malek -RM100
2. Raja Nazril Azman b Raja Azam Iskandar -RM200

Monday, January 25, 2010

RM550 lagi diterima

Baru tadi Tn Hj Halim menghantar sumbangan penduduk kepada bendahari.
Juga seorang penduduk di jln TPS 4/5

1. Ishak Omar -RM50 bank in. Slip bank diserah kpd bendahari
2. Ishak Omar -RM100
3. Nazarudin Musa -Rm200
4. Noorisham Ishak -RM200

Selepas menaip entry ini, bendahari mahu pergi ke Semenyih malam ini juga untuk bank in wang sumbangan yang diterima ini.

Bendahari tidak mahu ada risiko menyimpan wang sumbangan orang ramai secara tunai di rumah. Walaupun rumah bendahari sudah dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti memasang CCTV, sistem alarm dan lain-lain yang dirahsiakan, bendahari tetap akan bank in juga wang tersebut.

Kepada semua penderma, resit rasmi akan menyusul kemudian. Bendahari akan menghantar sendiri ke rumah penduduk.

RM119,000 untuk sampai ke bumbung

Berdasarkan tuntutan kontraktor, RM119,000 diperlukan untuk pembinaan sehingga bumbung siap. Bumbung siap bermakna pembinaan berada pada 70%.

Kini jumlah derma diterima berjumlah RM98,000. Ini bermaksud RM21,000 lagi diperlukan bagi memastikan bumbung siap. Bumbung siap pembinaan seterusnya menjadi lebih mudah. Ini kerana AJK sudah boleh membuat tuntutan RM40,000 yang diberikan Lembaga Zakat Selangor.

Mesin pemampat tanah

Hari ini pekerja menggunakan mesin pemampat tanah untuk memadatkan tanah tapak ground beam. Frame tiang juga mula disediakan.

Hari ini 3 lagi penduduk sudah memberikan sumbangan. Mereka iaitu
En. Shaziman Rm100
En Abdul Jalil RM100
En Farhan Minhat RM1000

Sunday, January 24, 2010

Kita tidak akan jatuh miskin hanya kerana menyumbang Rm100

Nak kata kita miskin tidak.

Kita boleh mengisi minyak kereta kita setangki penuh lebih kurang RM60.

2,3 hari minyak itu habis dan kita kena isi lagi.

Setiap bulan Rm60 lagi untuk bil ASTRO yang bukannya prioriti dalam keperluan kita setiap bulan. Pendekata tiada ASTRO di rumah kita, kita masih boleh meneruskan kehidupan.

Oleh sebab itu RM100 bagi penulis blog bukannya jumlah yang besar. Nilai RM100 sudah kecil sekarang. Tidak sebanyak mana jumlah itu.

Jangan kita terasa berat sangat untuk mendermakan Rm100 ini ke arah kebaikan. Menderma RM100 bagi mengisi dana pembinaan surau bukannya satu kerja sia-sia. Tidak rugi wang kita hilang RM100. Penulis blog amat yakin, wang kita yang hilang akan diganti semula. Tidak besok, di masa akan datang barangkali rezeki kita ada. Boleh jadi kita akan mendapat lebih daripada yang ada sekarang.

Kadangkala kita terasa seperti sentiasa kekurangan wang. Kita rasa susah yang amat sangat. Keluh kesah kita dibuat gara-gara memikirkan soal wang ini. Namun dalam masa yang sama pernah atau tidak kita terfikir bahawa kita ini terlalu sukar untuk menginfaqkan harta kita ke arah kebaikan. Kerana kita amat payah dalam hal ini, terlalu berat tangan kita untuk menghulurkan sumbangan, barangkali kita sukar untuk mendapat rezeki yang lebih baik.

Kadangkala kita juga diuji dalam bentuk kesihatan. Ada duit, kena pula berhabis untuk berubat. Barangkali nikmat kesihatan boleh juga ditafsirkan sebagai rezeki juga. Jika badan kita sihat bukankah kita tidak perlu membuang duit untuk pergi ke klinik atau ke hospital. Jika demam atau sakit biasa tidak lah mengapa. Bagaimana jika didatangkan dalam bentuk penyakit yang memerlukan belanja kos perubatan yang tinggi. Kita kena pergi ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatannya. Agak menyedihkan jika kena pula duduk di sana berbulan-bulan lamanya.

Entahlah. Penulis blog hanya dapat mengagak sahaja.Entah ya atau pun tidak fakta ini. Tidaklah penulis blog tahu..

Penulis blog pasti setiap daripada kita hanya menunggu masa sahaja untuk mendapat sakit. Ini adalah lumrah alam. Sudah tua, barangkali kita akan dihinggapi banyak penyakit. Berdoalah kita supaya kita hanya mendapat sakit biasa sahaja. Sakit tua.

Penulis blog berdoa kepada Pencipta penulis blog, janganlah hendaknya penulis blog mendapat sakit yang teruk-teruk itu.

RM60,000 lagi

Pagi tadi bendahari menerima wang tunai RM2000 daripada seorang penduduk di Jalan TPS 4/4 sebagai sumbangan beliau untuk mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin. Pemilik rumah ini belum pun berpindah masuk ke rumah beliau lagi. Namun sumbangan yang diberikannya agak besar juga berbanding Rm100 yang sudah ditetapkan ke atas setiap penduduk yang mewakili satu unit rumah. Jika ramai penduduk yang menderma dalam kuantiti yang besar ini pasti dana pembinaan surau As-Syakirin akan dapai mencapai sasaran.

Sebaik menerima wang sumbangan ini, bendahari bersegera pula untuk memasukkan ke mesin deposit tunai EON Bank di Pekan Semenyih.

Kini AJK memerlukan lebihkurang RM60,000 lagi bagi memastikan kos pembinaan surau As-Syakirin mencukupi.

Penyata Bank berakhir 31 Januari 2010 akan dilihat untuk melihat jumlah sebenar sumbangan yang diterima. Ini kerana ramai juga penderma yang terus mengkredit sumbangan atau bank in sumbangan mereka terus ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN di EON Bank dengan nombor akaun 0675-11-000223-3. Penderma ini pula tidak menghantar slip deposit bank tersebut. Sedar-sedar jumlah dana bertambah dalam penyata bank.

Ahad 24 Jan 2010

Hari ini pekerja membuat kotak frame ground beam.

Surat edaran kepada penduduk

Pagi tadi, beberapa AJK telah mengedarkan surat memohon sumbangan daripada penduduk . AJK berkumpul di pondok pekerja seawal jam 8:00 pagi. Antara AJK yang hadir adalah penulis blog, En. Azwan. Ustaz Wan Mohamad, En.Rizal, En. Bilal, En. Haslam dan En. Rokemi.

Sehingga hari ini banyak surat edaran telah diberi kepada penduduk. Yang proaktif sudah pun memberi sumbangan. Kepada yang masih belum memberikan sumbangan AJK amat mengharapkan kerjasama semua penduduk supaya turut serta dalam memastikan pembinaan surau As-Syakirin menjadi kenyataan dengan membantu mengisi dana pembinaannya.

Sasaran kita Ramadhan 2010 ini, surau As-Syakirin siap dan sedia digunakan.

Saturday, January 23, 2010

Penderma daripada luar, teruskan menyumbang

Walaupun pada ketika ini usaha lebih tertumpu supaya semua penduduk menghulurkan sumbangan yang sudah ditetapakan iaitu Rm100 bagi setiap rumah, AJK berharap penderma-penderma daripada luar komuniti ini terus menyumbang sekiranya sudi. Sumbangan daripada penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 TPS amat diperlukan. Selagi dana tidak cukup AJK akan bertungkuslumus untuk mencari dan mengusahakannya. Sudah cukup dana AJK akan berhenti mencarinya.

Tapi kini dana masih jauh daripada sasaran AJK. Untuk menyiapkan pembinaan Surau As-syakirin AJK perlu mengumpul sebanyak Rm64000 lagi. Ini tidak termasuk kos pembinaan tempat wuduq, tandas dan bilik mandi jenazah yang turt disertakan dalam pelan binaan keseluruhan surau As-Syakirin.

Fokus AJK adalah bangunan surau dahulu. Surau sudah siap. Semuanya akan menjadi mudah. Usaha membina tempat wuduq, tandas dan tempat mandi jenazah akan bertambah mudah. Penulis blog amat yakin. Jika surau siap dan sudah diguna. Dalam tempoh yang singkat kelengkapan yang lain akan turut siap dibina.

Renovation rumah hingga RM10,000 ke RM25,000

Penulis blog tahu untuk penduduk berpindah masuk ke rumah baru banyak wang diperlukan. Kos yang diperlukan adalah untuk memasang grill, memasang kitchen kabinet, memasang plaster syiling, membeli perabot baru, membeli lampu dan kipas, pasu-pasu bunga dan rumput carpet, memasang jubin dan awning pada anjung kereta. Barangkali ada yang memecahkan runag depan atau belakang untuk membina ruang tambahan. Pendek kata banyak wang perlu dibelanjakan untuk berpindah masuk ke rumah baru. Itu belum masuk untuk memasang set Astro lagi.

Ramai juga pemilik-pemilik rumah sefasa dengan penulis blog yang penulis blog tanya. Berapa mereka berhabis untuk memasuki rumah baru. Ada yang RM25,000 , RM20,000 dan jumlah yang lainnya. Penulis blog sendiri berhabis RM19,000 untuk masuk ke rumah setahun yang lalu. Apa yang penulis blog buat entahlah..rasa macam tak lengkap sahaja lagi. Entah apa-apa yang buat tahu-tahu habis RM19,000.

Penulis blog ingin membuat sedikit pengiraan supaya penduduk yang ingin berpindah masuk ke rumah baru mendapat sedikit maklumat berapakah harga yang perlu mereka bayar.

Berikut kos yang dijangkakan:

1. Grill biasa RM 1800. Grill wrough iron RM3000
2. Kitchen kabinet - RM5000
3. Plaster syiling - RM3000
4. Kipas dan lampu - RM3000
5. Awning dan jubin anjung kereta - Rm5000
6. Pecah dan tambah ruang dapur - Rm5000

Penulis blog telah mendapatkan khidmat Halim Enterprise yang rumah beliau dekat dengan kolam renang. Banner en Halim turut di pasang di beberapa lokasi di sini. Beberapa rumah di lorong penulis blog menggunakan khidmat En Halim yang merupakan seorang pesara tentera. Menggunakan khidmat En Halim adalah lebih selamat kerana rumah beliau terletak di sini. Kerja beliau juga kemas. Lebih penulis blog kagum, En Halim turut melakukan sendiri kerja-kerja bersama dengan pekerja-pekerjanya. Ada kontartor lain menjadi seperti mandor sahaja. Pusing-pusing keliling kejar kereta pemilik rumah untuk dapatkan pelanggan sahaja. Kerja tidak buat. Suruh orang lain.

Penulis blog memerhatikan ramai juga penduduk yang tersilap memilih kontraktor. Ada yang lambat siap. Ada yang buat kerja tidak betul. Kesannya pemilik rumah sakit hati. Duit banyak dilaburkan, hasilnya tidak kemas. Harga pulak mahal.

Namun dalam sibuk-sibuk kita mengubahsuai dan melengkapkan rumah baru kita, penulis blog ingin merayu kepada penduduk di fasa 7B Taman pelangi Semenyih, silalah reservekan sedikit sebanyak RM100 untuk mengisi dana pembinaan surau As-syakirin. Surau ini nanti adalah untuk kegunaan penduduk-penduduk fasa 7B juga.

Kes kematian pertama di Fasa 6

Bukan tujuan penulis blog untuk membangkitkan semula kesedihan penduduk yang telah kehilangan orang tersayang. Pertama-tama penulis blog ingin memohon kemaafan.

Pada tahun lepas salah seorang penduduk di komuniti ini telah kehilangan ahli keluarga beliau.

Alhamdulillah, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin, Tn Hj Raja Zazman , timbalan Pengerusi yang juga bakal Imam Surau As-Syakirin nanti iaitu Tn Hj Halim dan beberapa lagi AJK sudah mengambil tindakan yang perlu bagi memudahkan urusan penduduk yang terlibat.

Sebelumnya penulis blog mendapat tahu jika ada kes kematian di komuniti TPS ini, penduduk mendapatkan bantuan daripada AJK masjid Kg Rinching kerana penduduk belum cukup bersedia mengurus kes sebegini.

Bagi penulis blog amat tidak patut hal ini terjadi. Dalam ratusan atau bolehjadi ribuan penduduk yang ada di komuniti ini tiada seorang pun yang sanggup ke hadapan menangani kes-kes sebegini.

Jadi secara logiknya Pengerusi JK penaja surau As-Syakirin sudah menjadi perintis ke arah ini. Jawatankuasa ini akan menjadi lebih mantap jika penduduk memberikan sokongan padu dengan segera menyumbang mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin.

Kos pembinaan surau ini adalah Rm196,500 tidak termasuk kos pembinaan bilik air yang turut dilengkapi dengan bilik memandikan jenazah.

Untuk makluman penduduk, dalam pelan surau yang dibina oleh arkitek Lakareqa turut terdapat kelengkapan bilik mandi jenazah.

Sehubungan itu marilah kita sama-sama berusaha supaya kemudahan ini dapat dibina dengan kadar segera. Fokus utama AJK sekarang adalah bangunan surau siap terlebih dahulu. Sudah siap,kita akan masuk ke fasa kedua iaitu menyediakan kelengkapan bilik wuduq, tandas dan bilik mandi jenazah pula.

Buat sementara apabila surau siap, kita hanya akan memasang kepala paip sahaja untuk tempat berwuduq terbuka. Tandas tidak dibina dahulu. Jadi penduduk perlu balik ke rumah jika ingin qada hajat atau membuang air. Dana selanjutnya cukup, kelengkapan-kelengkapan yang lain akan dibina.

Kita akan hilang punca jika terkena pada keluarga kita

Lazimnya bila ada kes kematian ahli waris akan hilang punca. Selain bersedih kerana kehilangan orang tersayang, ada kes ahli waris tidak mampu berbuat apa-apa. Kita lazimnya akan mengharapkan jiran tetangga untuk mencari orang yang sanggup menolong kita. Pasti AJK surau akan dicari.

Saudara-mara kita yang datang daripada jauh lazimnya tidak banyak membantu melainkan tumpang mengalirkan air mata sahaja.

Sebab itu wujudkanya AJK surau yang mantap amat diperlukan supaya ada orang yang dapat membantu kita.

Namun AJK yang mantap tidak dapat diwujudkan jika surau As-Syakirin lambat beroperasi. Lambat beroperasi kerana lambat siap. Lambat siap kerana dana pembinaannya masih belum cukup.

Jadi kepada semua penduduk, segeralah menyumbang. Jangan berkira sangat dengan duit yang kita ada. Kita tidak beri sumbangan mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin ini duit kita akan habis juga kita belanjakan kepada benda-benda lain.

Kalau tidak cukup duit pula, tak tahulah penulis blog nak kata apa...

Badan Khairat Kematian

Lazim kita mendengar di sesuatu tempat pihak AJK masjid atau surau menubuhkan badan khairat kematian. Untuk menjadi ahli penduduk perlu membayar jumlah yuran tertentu. Ada tempat mengutip yuran RM3 sebulan dan ada juga mengutip Rm5 sebulan. Untuk apa yuran ini dikutip?

Yuran ini dikutip bagi memudahkan penduduk bersedia jika ada kes kematian melibatkan keluarga mereka. Ada kes, bantuan sebanyak RM500 lazimnya diberikan kepada ahli untuk membayar kos pengurusan jenazah. Duit ini tidak diberi kepada ahli waris. Sebaliknya digunakan oleh AJK yang berkaitan untuk membeli peralatan dan kelengkapan selain membayar saguhati kepada penggali kubur dan sebagainya.

Sering berlaku apabila ada kes kematian ahli waris tidak mempunyai wang untuk membayar kos pengurusan jenazah. Menjadi ahli mana-mana badan khairat memudahkan perkara ini. Tidak perlu ahli waris bersusah payah membayar kos pengurusan jenazah kerana ia akan ditanggung oleh badan khairat jika mereka sudahpun menjadi ahli.

Namun jika badan khairat hanya mengutip wang yuran keahlian tanpa mempunyai kemampuan untuk mengurus jenazah anak kariah sesempurna mungkin, badan khairat tersebut nyata tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Adakah surau as-Syakirin akan menubuhkan badan khairat kematian apabila sudah siap nanti?

Mungkin Ya mungkin Tidak.

Penulis blog sudah merancang satu penyelesaian.

Apabila ada kes kematian, kita akan menggunakan duit surau dulu. Untuk itu dana surau perlu banyak. Setelah semuanya selesai, AJK surau akan menuntut semula wang surau yang sudah digunakan daripada waris simati supaya ia boleh digunakan oleh orang lain pula. Tidak bayar tidak mengapa. Tetapi jika tidak bayar, dana surau pula habis. Tidaklah dapat pula AJK surau membantu orang lain.

Namun semua ini hanya cakap kosong sahaja jika suraunya tidak ada. Untuk itu penulis blog amat berharap supaya semua penduduk segera membantu AJK merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini. Jika siap AJK sudah boleh bertindak dan bersedia untuk menghadapi kes kematian yang sukar dijangka ini.

Mana tahu entah-entah esok penulis blog tiada lagi di dunia . Tidak siapa dapat menjangka.

Pengurusan jenazah bukan satu perniagaan

Pada entry yang lalu penulis blog sudah mengulas isu ini. Bagi masyarakat keturunan cina pengurusan kematian boleh jadi satu bidang perniagaan yang menguntungkan. Contoh terdekat di tempat kita adalah wujdunya Taman Peringatan Nirvana. Hinggakan syarikat ini disenaraikan dalan Bursa Saham. Untuk di semadikan di situ masyarakat cina perlu membayar hampir ratusan ribu ringgit. Masyarakat keturunan lain penulis blog tidak tahu. Jika penulis blog tersilap fakta pula, harap ampun dan maaf dan mohon diperbetulkan.

Bagaimana jika orang Islam yang meninggal? Dari dulu hingga sekarang biasanya jenazah orang Islam di urus secara bergotong-royong oleh masyarakat atau ahli kariah bagi sesebuah masjid atau surau.

Hari ini untuk mengurus jenazah memerlukan belanja yang besar. Barangkali dalam RM500 ke Rm1000. Wang ini bukan untuk dibayar kepada syarikat yang menceburi perniagaan dalam bidang ini. Wang ini adalah untuk membayar kos pengurusan jenazah.

Berikut bayaran-bayaran yang terlibat untuk makluman penduduk:

1. Membeli kain kapan - RM200
2. Membeli kelengkapan mandi jenazah - Sabun, sarung tangan,kapur barus,kapas - RM100
3. Sewa van jenazah untuk dihantar ke tanah perkuburan - RM100
4. Upah penggali kubur - Rm250
5. Saguhati bilal mandi jenazah - penulis blog tak tahu bayarannya
6. Saguhati imam solat jenazah ,talqin dan tahlil di tanah perkuburan - juga tak tahu kosnya

Ini adalah belanja asas. Yang lain penulis blog tidak tahu.

Sebagai penduduk muslim bersediakan kita untuk menghadapi kes-kes sebegini seorang diri jika kita sendiri atau ahli keluarga kita di panggil menghadap Pencipta kita, Tuhan Yang Maha Berkuasa Menghidup dan Mematikan MakhlukNya dalam tempoh terdekat ini ?

Adakah kita akan membeli sendiri kain kapan?
Adakah kita akan membeli sendiri kelengkapan mandi jenazah?
Adakah kita akan mencari sendiri kelengkapan-kelengkapan berkaitan yang diperlukan?
Adakah kita akan menghubungi pihak penjaga tanah wakaf sendiri?
Adakah kita akan mengorek liang lahad sendiri?
Adakah kita akan memandikan jenazah tersebut sendiri?
Adakah kita akan solat sendirian?
Adakah kita akan menghubungi van jenazah sendirian?
Adakah kita akan menguruskan urusan pengkebumian sendirian?

Jawapannya tidak mungkin berlaku. Kita tidak akan mampu melaksanakannya seorang diri. Kita pasti akan mengharapkan bantuan jiran tetangga. Bagaimana pula jiran tetangga hanya datang melawat dan hanya tumpang bersedih tanpa ada sebarang usaha untuk membantu mengurus jenazah tersebut?

Sebab itu sebagai ahli komuniti, kita perlukan satu jawatankuasa yang betul-betul mantap dan berfungsi. Jawatankuasa ini tidak boleh bergerak di rumah. Ia sukar dilaksanakan.

Kita perlukan tempat untuk mengorganisasi urusan ini. Surau adalah tempat yang sangat relevan.

Jadi kepada semua penduduk, bantulah kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin untuk merealisasikan pembinaan surau di komuniti kita ini. Jangan kita mengambil sikap berkecuali atau mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja pembangunannya berlaku di depan mata kita.

Jadilah salah seorang yang menyumbang dana pembinaannya.

Sudah siap nanti penulis blog amat yakin, AJK nya sudah bersedia untuk mengurus kes-kes yang tidak dapat di sangka ini. Jika berlaku kes kematian, AJK akan dapat mengurusnya secara sempurna.

Walimatul urus. Tak jemput orang tak datang

Jika ada majlis walimatul urus jangan kita datang jika tidak dijemput oleh pemilik rumahnya. Berdosa pula hukumnya memakan makanan dalam majlis perkahwinan jika kita tidak dijemput oleh tuan rumah.

Tetapi ini jika majlis perkahwinan. Bagaimana dengan kes kematian? Agama mengajar kita supaya pergi menziarahi orang yang sakit. Lebih-lebih lagi jika ada kes kematian jiran tetangga atau ahli dalam komuniti kita, mengunjungi mereka mendapat pahala. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita suatu hari kita pula yang akan mengalaminya.

Jika ada kes kematian kita akan datang walaupun tidak dijemput oleh tuan rumah. Tetapi adakah kita akan datang jika si mati tidak kita kenali? Kita tidak pernah bertegur sapa dengannya. Nama juga kita tidak tahu. Adakah kita akan datang ?

Oleh sebab itu wujudnya surau as-Syakirin ini amat penting. Di situ penduduk komuniti muslim berkumpul supaya dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sudah kenal apabila seseorang dilanda kesusahan, pasti ahli jemaah atau ahli kariah akan membantu.

Apa yang sibuk-sibuk pasal surau ni..

Entiti surau amat penting dalam sesebuah komuniti penduduk muslim jika di kawasan tersebut kedudukan masjid yang berdekatan agak jauh. Di TPS ini masjid berdekatan adalah masjid pekan Semenyih dan masjid Kg Rinching. TPS pula terletak di bawah anak kariah masjid Kg Rinching yang terletak bersebelahan Kilang minyak Ngo Chee Hong di Rinching Hulu. Di bawah pengurusan masjid Kg Rinching pula adalah tanah wakaf atau tanah perkuburan orang Islam untuk penduduk Kg Rinching sendiri, Bandar Rinching dan Taman Pelangi Semenyih.

Jika berlaku kes kematian dalam satu-satu komuniti AJK surau terdekat akan dihubungi oleh waris-waris simati. Inilah sebab utama mengapa Surau as-Syakirin ini perlu dibina.

Dalam kes kematian ia adalah tuntutan fardhu kifayah bermaksud, cukuplah seorang dalam komuniti yang menyempurnakan fardhu tersebut maka tanggungan orang lain akan terlepas. Yakni berdosa hukumnya jika dalam sesuatu komuniti tiada orang yang sanggup atau mahu terlibat dengan pengurusan kes kamatian ahli komunitinya. Senang cerita jika salah seorang penduduk fasa 6 dan 7 TPS ini meninggal, jika orang luar yang menguruskannya maka seluruh penduduk di sini berdosa belaka.

Namun mengurus kes kematian bukan semudah disangka. Seorang mengurus tidak cukup. Perlu ada satu jawatankuasa yang mantap yang benar-benar berfungsi. Perlu ada tempat khusus untuk AJK nya bermesyuarat, merancang dan mengorganisasi supaya bila ada kes kematian berlaku, kesusahan penduduk yang mengalaminya dapat dibantu dan di uruskan dengan sempurna.

Sebab itu entiti surau amat penting. Rata-rata dimana-manapun ,AJK surau adalah orang yang berperanan di barisan hadapan bukannya mana-mana pihak yang lain. Urusan kematian tidak diurus oleh persatuan penduduk atau rukun tetangga atau mana-mana pertubuhan lain yang tiada kaitan dengan entiti keagamaan.

Dah di kambus


Foto: Lubang footing sudah dikambus tanah semula


Foto: Pekerja sedang mengikat besi untuk ground beam.

Friday, January 22, 2010

Terima kasih surau as-syumul dan surau al makmur

Penulis blog ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi dan AJK surau as-syumul dan surau al-makmur Bandar Rinching yang telah sudi menjalankan kutipan derma daripada jemaah surau mereka untuk mengisi dana surau pembinaan surau As-Syakirin.

Sila lihat sumbangan daripada komuniti luar..

jika jemaah surau yang lain ingin turut serta memberikan sumbangan amat dialu-alukan.

Jumaat 22 Jan 2010

Hari ini Jumaat pekerja bercuti.

Pada hari Khamis pekerja masih mengikat besi untuk rangka konkrit ground beam.

Tuesday, January 19, 2010

Selasa 19 Okt buat apa?

Hari ini lubang footing sudah dikambus semua dengan tanah. Kerja selepas ini adalah membina ground beam pula. Bila? kita akan tunggu perkembangannya. Namun sebelum itu kena buat frame atau acuan ground beam dulu. Hari ini pekerja juga sedang mengingat besi tetulang untuk di masukkan ke dalam frame ground beam

Sunday, January 17, 2010

Terima derma hari ini

Hari ini bendahari telah menerima derma daripada 3 orang

1. Drp tn Hj Razak - RM450
2. Drp abang Nik Mohd Ramadhan Syarikat engineering ? -RM1000
3. Drp no 19 jln TPS 4/10 - RM250

Jumlah derma diterima pada hari ini ialah RM1700. Hari ini sahaja penulis blog sudah tiga kali pergi ke EON bank mendeposit sumbangan tersebut.

Alangkah baiknya jika hari-hari ada derma diterima.

Dan alangkah baiknya jika tuan/puan yang membaca artikel ini adalah salah seorang yang menjadi pendermanya.

Berzakat, bersedekah, membersihkan harta kita

Memberi sumbangan mengisi dana pembinaan surau as_syakirin juga satu bentuk sedekah jariah.

Artikel ini penulis blog salin daripada laman
http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendId=166742302&blogId=515326014


Ramadan Menjelma Kembali

Tuesday, September 9, 2009

derma atau sumbangan adalah sedekah yang boleh meringankan beban orang lain

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.

Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

“Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264)

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.

Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah - 79)

Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.

Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).

Terima kasih atas bantuan penderma dari luar komuniti kami

AJK mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu atau sesiapa sahaja daripada luar komuniti kami yang sudi untuk menjadi penderma bagi mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Kali ini kita mohon penduduk tidak lagi berkecuali

Semua penduduk tanpa seorang pun berkecuali dimohon untuk memberi sumbangan mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin. Kita perlu mencari dana sebanyak lebihkurang RM64,000 lagi bagi memastikan pembinaan tidak terbengkalai kerana dana tidak cukup. Lebih penting pada Ramadhan 2010 yang dijangka pada bulan Julai 2010 ini , surau As-Syakirin perlu disiapkan untuk digunakan oleh semua penduduk pada bulan Ramadhan nanti.

Tidak siap, penduduk perlu pergi menumpang berjemaah di surau atau masjid di tempat lain yang kedudukannya 1KM atau lebih daripada fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.

Ahad ini surat diedarkan kepada penduduk

Kepada semua AJK, sila berkumpul pada pagi Ahad minggu ini di pondok rehat pekerja . Kita akan mengedarkan surat kepada semua penduduk bersama-sama. Satu Jalan atau lorong 2 orang AJK akan ditugaskan untuk memasukkan surat ke dalam peti surat rumah-rumah penduduk. Seorang di lorong kiri dan seorang di lorong kanan. Agihan petugas akan dibuat pada pagi tersebut.

Kaunter serahan derma pada hari Ahad

Pada setiap hari Ahad seorang AJK akan ditugaskan di pondok rehat pekerja bagi memudahkan penduduk datang menyerahkan sumbangan mengisi dana tabung pembinaan surau As-Syakirin.

Kesempitan wang

Ramai juga orang mengeluh kerana mereka selalu kesempitan wang.

Saya bekerja seorang sahaja. Isteri pula surirumah. Anak pula ramai. Seringkali pendapatan kami sekeluarga tidak cukup.

Kerja saya tidak seberapa. Bolehlah sekadar cukup makan sahaja.

Hutang saya keliling pinggang!

Inilah keluhan yang seringkali kita luahkan. Penulis blog simpati juga. Jika begini keadaannya memang patutlah mereka tidak dapat memberikan sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin ini.

Namun percaya atau tidak jika kita selalu bercakap kesempitan wang, ia sebenarnya adalah satu doa juga untuk kita. Dibimbangi sampai bila-bilapun kita akan sentiasa kesempitan wang. Tidak cukup wang, kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya.

Namun peraturan kehidupan perlu juga dipatuhi. Jangan kerana kita tiada wang kita mencarinya daripada jalan-jalan yang dilarang. Berjudi umpamanya adalah kerja haram. Menipu wang orang juga haram. Mencuri, pecah amanah, rasuah juga haram. Berurusniaga benda-benda yang diharamkan juga dilarang agama seperti menjual dadah dan seumpamanya.

Dalam kita kesempitan wang itu sebenarnya jika kita berlapang dada memberi sedekah ke arah kebajikan, ia boleh mendatangkan keberkatan di atas tindakan tersebut. Mana tahu pada suatu hari kita akan mendapat lebih rezeki. Kadangkala usaha kita diperlihatkan dengan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Mereka berjaya dalam meneruskan kehidupan mereka pada masa depan. Dewasanya mereka tidak menyusahkan kita sebagai ibubapa. Disiplin mereka terkawal. Mereka kurang menyusahkan masyarakat. Gejala-gejala sahsiah negatif tiada pada mereka.

Kepada penduduk yang mengeluh kesempitan wang ini penulis blog amat yakin sekiranya mereka turut menyumbang ke arah kebajikan seperti menginfaqkan sedikit harta atau wang dalam membantu usaha AJK merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini, penulis blog pasti mereka akan mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding RM100 yang hilang disedekah atau diwakafkan untuk pembangunan surau as-Syakirin.

Surat kepada penduduk

Kerja hari ini


Kerja hari ini iaitu mencabut frame daripada stam yang belum habis ditangggalkan. Kontraktor akan mengambus semula tanah masuk ke dalam lubang footing pada hari esok. Mereka akan menyewa jentera backhoe untuk melakukan kerja tersebut.

Untuk melihat status semasa pembinaan, klik link di bawah.

http://assyakirin-tps.blogspot.com/2010/01/hari-ini-tidak-bekerja.html

Surat kelulusan peruntukan Lembaga Zakat Selangor

RM64,000 lagi

AJK perlu mengumpul dana sebanyak lebihkurang RM64,000 lagi bagi memastikan pembinaan surau as-Syakirin tidak berhenti separuh jalan. Sehubungan itu kepada semua individu muslim yang sudi memberikan sumbangan, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Sebarkan URL blog surau as-Syakirin


Salah satu kaedah penulis blog mencari dana surau ini adalah dengan mengirimkan mesej melalui email ke alamat-alamat yang dijumpai. Semuanya secara rambang. Asal saja penulis blog terjumpa alamat email, penulis blog akan menghantar mesej ini. Nampaknya cara ini turut membuahkan hasil kerana ada antara penderma tidak dikenali memberikan sumbangan apabila mereka terbaca maklumat di blog ini. Kebanyakan penerima email ini terus mendeposit ke dalam akaun surau atau melakukan transaksi perbankan internet.

Sekiranya penduduk atau sesiapa sahaja yang sudi membantu, tuan/puan boleh memanjangkan alamat blog surau as-syakirin kepada sesiapa sahaja melalui kaedah email.

Tuliskan sahaja seperti di bawah:

To : alamat email penerima
Subject : Memohon sumbangan mengisi dana pembinaan surau as-syakirin
Mesej : Layari http://assyakirin-tps.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami sangat berbesar hati jika tuan/puan sudi melayari laman ini.

Kepada non muslim, sila abaikan mesej ini.
Terima kasih.

Yang benar,

Nama penghantar email. Tak tulis pun tidak mengapa.

Saturday, January 16, 2010

Keputusan mesyuarat malam ini

Kehadiran:
1. Tn Hj Raja Zazman b Raja Hasan
2. Tn Hj Halim b Mohamad Kasim
3. Tn Hj Razak b Ibrahim
4. En Marzah b Dumpam @ en Mat Nor
5. En Azwan
6. En Jamalullail b Hashim
7. En Bilal b Jusoh
8. En Wan Mohamad b Sulaiman

Tidak dapat hadir:
1. En Aziz b Ali
2. En Azrein @ Haslam
3. En Razali b Marawi
4. En Rahman
5. En Nazri
6. En Khairul Fitri
7. En Zamry
8. En Azlani

Keputusan mesyuarat:

1. Taklimat kepada penduduk ditangguhkan
2. Surat edaran memohon sumbangan daripada penduduk akan diteruskan. Kandungan surat memaklumkan AJK kekurangan dana sebanyak lebihkurang RM64,000 bagi memastikan dana mencukupi dan bangunan surau dapat disiapkan seperti dirancang.
3. Hantar surat kepada semua penduduk termasuk kepada yang sudah memberi sumbangan. Jika sudah beri sumbangan maklumkan penduduk supaya abaikan surat tersebut. Jika ingin membuat sumbangan tambahan AJK amat mengalu-alukan.
4. Sekiranya tiada respon atau maklumbalas kurang daripada penduduk, baru taklimat akan dibuat
5. En Marzah@ mat Nor dan Tn Hj Razak sebagai AJK pemantau, perlu mengesahkan status kemajuan pembinaan sebelum pembayaran dilakukan kepada kontraktor.
6. Setelah pembinaan siap 70%, AJK perlu memohon pengesahan daripada Pegawai Teknikal Lembaga Zakat Daerah untuk memohon peruntukan Rm40,000 yang sudah diluluskan.
7. Hantar juga surat kepada penduduk fasa 7B yang sudah mula berpindah masuk.
8. Mohon kontraktor menetapkan tempoh masa tertentu bagi menyiapkan fasa-fasa pembinaan supaya tidak lari daripada jadual. Contohnya berapa hari diperlukan untuk fasa membina ground beam, berapa hari pula untuk menyiapkan tiang konkrit dan seterusnya.
9. Setiausaha sediakan surat supaya kontraktor dapat menanggung bil elektrik dan bil air rumah yang digunakan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 10:49 malam

Niatkan wakaf lebih baik

Penderma boleh berniat mewakafkan wang untuk membantu menampung kos binaan surau As-Syakirin. Tiada had atau jumlah tertentu untuk tujuan wakaf. Berilah sumbangan seberapa yang termampu dan niatkan untuk mewakafkan wang tersebut.

Hasil daripada sumbangan wakaf yang tuan/puan buat membolehkan surau ini siap dibina. Alangkah beruntungnya kita jika surau ini digunakan berkurun lamanya dan kita pula adalah salah seorang yang memberikan sumbangan wakaf semasa proses pembinaannya.

Surau al Makmur dan Surau As-Syumul

Di seksyen 1 Bandar Rinching terdapat surau As-Syumul. Di seksyen 4 Bandar Rinching pula terdapat surau Al Makmur. Kedua-dua surau ini tidak jauh lokasinya. Tidak sampai 1 Km pun .

Ketika surau Al Makmur belum dibina, penduduk-penduduk di seksyen 4 Bandar Rinching berjemaah di surau As-Syumul. Namun oleh kerana di seksyen 4 sendiri mempunyai tapak surau yang di sediakan pemaju, penduduk di situ menubuhkan AJk penaja bagi membangunkan sebuah surau baru.

Untuk merintis tindakan, penduduk di seksyen 4 Bandar Rinching menyewa sebuah rumah untuk dijadikan surau sementara. AJKnya bertindak sehinggalah surau Al Makmur berjaya disiapkan dan digunakan. Kini surau Al Makmur sudah menganjurkan solat Jumaat dan penduduk di TPS sendiri turut berjemaah di sana pada hari Jumaat.

Berbeza dengan surau As-Syakirin, AJK berpendapat tidak perlu menyewa sebuah rumah untuk dijadikan surau sementara kerana ia merugikan. Adalah lebih baik usaha membina terus surau dilakukan.

Kini setelah hampir 11 bulan diusahakan bermula pada Mac 2009, pembinaan surau As-Syakirin sudahpun dimulakan dalam tempoh masa tidak sampai setahun AJK bertindak.

Sehubungan itu kepada semua penduduk, AJK amat berharapkan sokongan daripada tuan/puan semua. Surau yang dibangunkan ini adalah milik kita semua. Kita akan menggunakannya lama. Selagi hayat kita ada dan selagi kita menetap di sini. Kita tiada, anak cucu kita atau waris-waris kita pula yang akan menggunakannya.

70% pembinaan sampai mana?

Pagi tadi penulis blog bertanya En Azman, kontraktor pembinaan surau berkenaan tahap 70% pembinaan bangunan surau ini pada tahap apa. Mengikut En Azman apabila bumbung siap, pembinaan adalah berstatus 70%.

Untuk sampai ke peringkat bumbung berapa pula jumlah wang yang diperlukan?

Setelah meneliti tawaran sebutharga jumlah sebanyak RM119,000 diperlukan.

RM119,000 tolak RM93151.00 daripada dana yang berjaya dikumpul berjumlah RM25849. Jadi AJK hanya memerlukan sebanyak RM25,849 sahaja lagi bagi memastikan bumbung siap. Apabila bumbung siap, AJK sudah boleh membuat tuntutan peruntukan Rm40,000 yang diluluskan Lembaga Zakat Selangor.

Surat kelulusan Lembaga Zakat

Petang tadi pengerusi memberi salinan surat kelulusan bantuan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin berjumlah RM40,000 daripada Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah. Penulis blog bersyukur. Namun peruntukan tersebut hanya boleh dituntut oleh AJK apabila status pembinaan Surau As-Syakirin melebihi 70% dan telah disahkan oleh Jabatan Teknikal Majlis Perbandaran Kajang.

Untuk lebih jelas, berikut perkiraan dana surau yang telah dan akan diterima:

1. Dana semasa dari sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpul:RM 93,151.30
2. Peruntukan Lembaga Zakat Selangor ; Rm40,000

Jumlah dana yang telah dan akan diterima : RM133,151.3

Harga kos binaan surau : RM196,500

Tidak cukup / Baki dana pembinaan yang perlu dicari : RM63348.7 lagi untuk membiayai kos keseluruhan pembinaan.

Sehubungan itu kepada semua penderma yang sudi membantu kami, sumbangan dan bantuan daripada tuan/puan semua amat kami hargai. Tuan/puan boleh mengkredit terus sumbangan menggunakan mesin deposit tunai atau cek Eon Bank. Maklumat akaun adalah seperti berikut:

No akaun : 0675-11-000223-3
Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Bank : EON Bank


Sekiranya tiada masa pada siang hari, penderma boleh pergi pada malam hari memandangkan mesin deposit tunai EON Bank dibuka sehingga jam 12:00 tengahmalam.

Penderma yang mempunyai akaun perbankan internet pula boleh melakukan transfer fund atau pemindahan wang ke akaun surau as-Syakirin seperti di atas.

RM60,151.30 sen baki semasa

Petang ini penulis blog menyemak baki semasa wang dana pembinaan surau dalam lejer. Penulis blog dapati jumlahnya lebih kurang RM60,151.30.

Sebelum ini AJK sudah membayar RM33,000 kepada kontraktor.

Untuk menyediakan laporan kewangan penuh, bendahari masih belum ada kesempatan untuk mengemaskini penyata kewangan kerana kekangan masa. Bendahari sejak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan kerja hakiki sehinggakan pada setiap malam, sebaik balik ke rumah dari bekerja, banyak masa digunakan untuk menyempurnakan kerja hakiki sama ada kerana tidak siap di tempat kerja ataupun untuk persiapan bekerja pada hari esok pula. Oleh kerana kerja mengurus pembinaan surau ini bukan kerja hakiki dan sifatnya adalah sukarela, bendahari terpaksa memberi prioriti kepada kerja-kerja hakiki dahulu.

Malam ini mesyuarat

Malam ini mesyuarat AJK. Semua AJk diminta untuk tidak menguzurkan diri hadir ke mesyuarat tersebut bagi menjana idea dan membincangkan beberapa isu dan mengambil keputusan untuk tindakan selanjutnya.

Mesyuarat di adakah di rumah penulis blog. Selepas Isya. Oleh kerana isya masuk lewat kemungkinan mesyuarat akan bermula jam 9:30 malam

Hari ini tidak bekerja





Hari ini Sabtu kontraktor cuti. En Azman menghubungi penulis blog pagi tadi dan beliau memaklumkan esok Ahad mereka akan menyambung semula kerja iaitu menambus semula tanah masuk ke dalam lubang footing.

Wednesday, January 13, 2010

Kemajuan pembinaan hari ini

Hari ini nampaknya simen konkrit sudah mula dituang ke dalam acuan tiang. Pekerja cuma menggunakan bancuhan simen secara manual. Tidak menggunakan mesin pembancuh simen. Seorang rakan penulis blog memaklumkan membancuh dengan tangan lebih rata berbanding dengan mesin. Entahlah ya atau pun tidak. Penulis blog tidak faham sangat aspek teknikal membancuh simen. Cuma secara manual agak lambat siap. Jika kontraktor dapat memberi jaminan pembinaan berjalan lancar dan mengikut jadual tidak mengapa menggunakan secara manual.

Selain itu AJK juga sudah mengingatkan kontraktor supaya menjaga kualiti bangunan. Tiang-tiang yang dibina perlu kukuh bagi menampung struktur bangunan. AJK amat berharap supaya tiada sebarang kecacatan akibat daripada kecuaian semasa proses membinanya.

Nota : gambar masih belum sempat di ambil. Penulis blog kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan urusan kerja.

Tuesday, January 12, 2010

Hal Ehwal Wanita untuk penduduk fasa 6 dan 7

Setakat ini masih tiada jawatankuasa untuk perkumpulan wanita di fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih bagi menjaga kebajikan kaum wanita dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka.

Sehubungan itu kepada kaum wanita di fasa 6 dan 7 TPS yang sudi menjadi tenaga penggerak, puan-puan boleh mengubungi Pn Jamaliah bt Sulaiman isteri Tn Hj Raja Zazman untuk mengorak langkah, merintis jalan menubuhkan perkumpulan wanita muslim yang lazimnya dikenali dengan nama HELWA atau Hal Ehwal Wanita di sesuatu komuniti.

Panggilan mesyuarat kali ke ?

Kepada semua AJK, satu mesyuarat akan di adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9:00 malam atau selepas Isyak
Tempat : No 13 Jln TPS 4/8

Agenda:

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Maklumbalas keputusan mesyuarat
4. Laporan kewangan
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan mesyuarat

Perkara yang akan diperbincangkan:
1. Taklimat pembinaan surau kepada penduduk kali kedua
2. Mencari kaedah mencukupkan dana pembinaan surau As-Syakirin
3. Isu-isu atau perkara berbangkit berkaitan kemajuan pembinaan surau

Kehadiran :
1. Semua AJK diharap tidak menguzurkan diri untuk hadir.
2. Pihak kontraktor turut dijemput hadir

Penduduk fasa 7B sudah mula berpindah masuk

Kepada penduduk fasa 7B yang sudah berpindah masuk, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin ingin mencari wakil daripada fasa 7B bagi membantu AJK mencari dana pembinaan surau di komuniti kita terutama bagi mendapatkan sumbangan daripada penduduk-penduduk fasa 7B.

Yang berminat untuk membantu, tuan/puan boleh menghubungi pengerusi, Tn Hj Raja Zazman atau penulis blog di talian 013 2937679.

Tuan/puan boleh membantu kami mengedarkan surat memohon sumbangan daripada penduduk-penduduk fasa 7B.

Apa cerita usaha YB Tn Johan b Aziz ADUN Semenyih

Nampaknya status jawapan masih tiada.

Melalui perjumpaan AJK dengan YB suatu ketika dulu, YB memaklumkan beliau akan cuba mengusahakan untuk mendapatkan dana pembinaan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Jabatan Perdana Menteri.

Malahan 3 pegawai daripada jabatan berkenaan telah pun datang melawat ke lokasi tapak surau As-Syakirin beberapa bulan yang lalu.

Jika AJK menerima pula bantuan daripada JPM, pembinaan surau As-Syakirin pasti akan menjadi lebih mudah lagi.

Kepada penduduk, jangan kita menunggu peruntukan daripada pihak-pihak yang berkenaan sahaja. Tunjukkan komitmen kita dengan segera menghulurkan sumbangan. Surau As-Syakirin adalah surau untuk penduduk di komuniti kita. Amat patut kita sendiri perlu berkorban wang ringgit terlebih dahulu.

Penderma-penderma budiman, tuan-puan dijemput hadir

Kepada penderma-penderma daripada komuniti luar yang telah memberikan sumbangan dalam membantu kami mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin, tuan/puan dijemput hadir dalam majlis pembukaan dan perasmian surau As-Syakirin apabila ia siap nanti.

AJk akan mengirimkan surat jemputan secara pos kepada tuan/puan kerana membantu kami merealisasikan pembinaan surau di komuniti kami ini.

Lokasi penderma yang dekat dengan komuniti kami pula, surat jemputan akan terus dihantar ke rumah tuan/puan.

Jemputan menghadiri majlis perasmian ini adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada semua penderma. Tanpa bantuan tuan/puan semua, adalah mustahil kami dapat merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin.

RM61,500 lagi

Penulis blog amat yakin jumlah RM61,500 ini boleh dikumpul jika semua penduduk di fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini memberikan sokongan padu terhadap pembinaan surau As-Syakirin ini. Ini kerana selaku bendahari, penulis blog dapat melihat sendiri data-data penduduk yang telah memberi sumbangan dan yang tidak memberikan sumbangan.

Yang telah memberikan sumbangan penulis blog mengucapkan ribuan terima kasih.

Yang masih belum memberikan sumbangan, penulis blog tidak tahu apakah sebabnya.

Barangkali jumlah RM100 ini terlalu besar bagi sesetengah penduduk yang masih belum mahu membuat sumbangan.

Atau barangkali ada antara penduduk yang ingin mengambil pendirian berkecuali.

Atau barangkali ada antara penduduk yang tidak berminat dengan mana-mana institusi surau.

Atau barangkali ada antara penduduk yang tidak suka adanya surau di kawasan mereka.

Atau barangkali ada penduduk ingin membuat sumbangan. Namun oleh kerana kekangan kewangan kerana banyak komitmen kewangan yang perlu disalurkan ke tempat dan urusan lain menyebabkan penduduk tidak dapat berbuat demikian

Dan berbagai persepsi lagi yang penulis blog boleh andaikan.

Katakan ada lebihkurang 500 buah rumah lagi yang masih belum membuat sumbangan dengan perkiraan setiap pemilik rumah menyumbang RM100, maka 500 orang darab Rm100 telah dapat mengumpul sebanyak Rm50,000.

Namun itu jika menyumbang dengan kadar RM100. Mengikut rekod penulis blog yang juga bendahari, beberapa penduduk telah sudi menyumbang dalam jumlah yang agak besar. Ada penduduk menyumbang dalam jumlah RM500, ada memberi Rm1000, ada pula Rm2000 dan beberapa orang lagi menyumbang sebanyak Rm3000. Jika ramai penduduk menyumbang dalam jumlah sebegini penulis blog amat yakin pada Ramadhan ini Surau As-Syakirin akan sedia digunakan secara rasmi.

Kepada penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih mohon tuan/puan tidak berhenti untuk memberikan sumbangan. Ini kerana AJK tidak mendapat kepastian adakah bilangan penduduk yang seramai 500 orang di komuniti kami akan menunjukkan komitmen dalam memberikan sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin ini ataupun sebaliknya.

Alhamdulillah.Syukur. Sudah terima surat daripada Lembaga Zakat

AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor.

Hari ini penulis blog telah dihubungi Tn Hj Raja Zazman, Pengerusi JK pembinaan surau As-Syakirin bahawa beliau telah menerima surat kelulusan daripada Lembaga Zakat Negeri Selangor bagi peruntukan dana pembinaan surau As-Syakirin.

Namun jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM40,000 sahaja. Sebelum ini seorang pegawai Lembaga Zakat yang juga rakan penulis blog memaklumkan biasanya jumlah maksimum yang Lembaga Zakat beri bantuan adalah sebanyak RM50,000. Walaupun tidak mendapat jumlah penuh, AJK sangat berterima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor. Nampaknya usaha AJK menjadi semakin mudah.

Jumlah derma terkumpul setakat ini penulis blog tidak pasti. Penulis blog akan menunggu penyata akaun bank berakhir 31 Januari 2010 ini. Mengikut perkiraan penulis blog, ada kemungkinan derma terkumpul etakat ini adalah berjumlah RM95,000. Jumlah ini belum ditolak wang yang sudah dibayar kepada kontraktor iaitu sebanyak RM33,000.

Harga kos binaan surau adalah sebanyak Rm196,500. Dengan dana semasa yang terkumpul berjumlah RM95,000 dan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM40,000 bermakna AJK masih kekurangan dana sebanyak RM61,500.

Namun walaupun Lembaga Zakat sudah meluluskan bantuan peruntukan sebanyak RM40,000 kelulusan yang dibrikan adalah bersyarat. Antara syarat yang ditetapkan ialah:

1. Hanya apabila pembinaan telah mencapai 70% baru AJK boleh membuat tuntutan

2. AJK perlu mengambil gambar tahap kemajuan pembinaan yang menunjukkan bangunan surau sudah siap 70%.
3. Tahap kemajuan pembinaan 70% disahkan oleh pegawai daripada MPKj atau jurutera?(penulis blog sudah lupa..kena lihat suratnya dulu )

Sehubungan itu kepada semua penderma yang sudi membantu kami untuk mencapai sasaran terkumpul bagi baki RM61,500 , kami amat berterima kasih kepada tuan/puan semua.

Nota : Surat daripada Lembaga Zakat ada pada pengerusi. Pengerusi belum fotostat untuk diberi kepada penulis blog bagi simpanan fail.

Progress sehingga hari ini

Penulis blog mendapati frame tiang sudah dimasukkan ke dalam lubang footing yang telah disimen. Pekerja juga sedang mengikat besi untuk tujuan di masukkan ke dalam frame tiang konkrit. Penulis blog tidak pasti sama ada progress pembinaan surau ini perlahan atau mengikut jadual. Apa yang pasti kebanyakan AJK berasa tidak sabar untuk melihat kemajuan pembinaan surau ini.

Untuk fakta, pembinaan dimulakan pada 12 Disember 2009. Hari ini adalah 12 Januari 2010. Bermakna kerja sudah berjalan genap sebulan.

Jika dirasakan progress pembinaan ini agak lambat, penulis blog ingin merayu kepada kontraktor supaya dapat mengambil tindakan yang sepatutnya. Seperti sasaran AJK, Ramadhan 2010 ini, AJK berharap surau As-Syakirin dapat digunakan.

Gambar progress terkini pembinaan penulis blog belum sempat ambil..

Saya tidak dapat resit bayaran

Jika penderma tidak mendapat resit bayaran sila maklumkan bendahari untuk proses semakan. Resit hanya dikeluarkan apabila penderma menghantar terus sumbangan kepada bendahari.

Bagi yang memberi sumbangan melalui AJK yang lain, AJK tersebut akan menyerahkan wang sumbangan kepada bendahari. Jika perlu resit akan dikeluarkan serta merta kepada AJK jika mereka ingin menghantar sendiri resit tersebut kepada penderma.

Lazimnya sebaik menerima wang derma daripada AJK , bendahari terus mencatat ke dalam lejer. Resit turut ditulis dan diserahkan sendiri oleh bendahari kepada penderma yang terdiri daripada penduduk. Bagi resit daripada penderma luar, bendahari akan menghantar secara pos.

Bagi penderma yang terus mengkredit sumbangan ke dalam akaun dan tidak pula menghantar bukti sumbangan, resit tidak akan dikeluarkan. Namun tuan/puan jangan bimbang, wang sumbangan tuan/puan selamat tersimpan dan ia akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membayar kos pembinaan surau As-Syakirin. Pihak AJK amat terharu dan ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma daripada luar komuniti kami kerana sudi membantu kami untuk merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin.

Sunday, January 10, 2010

Status permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor

Beberapa minggu yang lalu Tn Hj Raja Zazman b Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin telah menghantar permohonan untuk mendapatkan bantuan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor .

Sehingga hari ini status permohonan adalah ,masih tiada jawapan diterima daripada Lembaga Zakat Selangor.

Lagi pula status pembinaan Surau As-Syakirin masih belum mencapai 50% yang merupakan salah satu syarat memohon bentuan peruntukan daripada Lembaga Zakat.

Jika tahap pembinaan sudah mencapai 50% nanti, AJK akan memaklumkan kepada Lembaga Zakat supaya mereka dapat membuat pertimbangan dan harapan AJK moga-moga ia nya mendapat kelulusan.

Sungguhpun demikian , jumlah maksimum yang dijangka diberi oleh Lembaga Zakat adalah berjumlah RM50,000 sahaja. Ini bermakna AJK perlu mencari dana sendiri sebanyak RM50,000 lagi bagi memastikan jumlah dana mencukupi untuk menanggung kos pembinaan bangunan surau As-Syakirin.

Sehubungan itu kepada semua individu yang sudi membantu kami, sumbangan tuan/puan amat kami hargai.

Jangan catat nama saya. Saya tidak mahu derma daripada saya di uar-uarkan

Penderma boleh memaklumkan bendahari supaya tidak memaparkan nama pada senarai penderma. Ini berikutan nama penderma akan dipublish di internet untuk makluman umum. Kaedah ini dibuat semata-mata untuk menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan dana pembinaan surau As-Syakirin.

Untuk tujuan ini, bendahari akan mencatat sebagai " penderma tidak dikenali " atau "penama yang tidak ingin dikenali " pada rekod di lejer atau diblog .

Sudah bayar RM15,000

Hari ini bendahari sudah mengeluarkan cek kepada kontraktor sebanyak RM15,000 untuk peringkat pertapakan bangunan. Ini menjadikan jumlah yang sudah dibayar kepada kontraktor berjumlah RM33,000 dimana bayaran sebelum ini adalah berjumlah Rm18,000.

Adalah diharapkan pihak kontraktor akan melaksanakan kerja mengikut jadual seperti dirancang.

Hari ini pekerja masih membuat kerja mencabut framework footing dan mengubahsuai frame footing itu kepada frame tiang pula. Ini untuk mengelak plywood frame footing dibuang begitu sahaja.

Hari ini juga bendahahari menerima RM750 lagi sumbangan daripada penderma. Wang diterima juga sudah dimasukkan ke dalam akaun bank surau As-Syakirin.

Bagi penderma-penderma lain, kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin amat berterima kasih atas sumbangan yang pihak tuan/puan hulurkan.

Saturday, January 9, 2010

Kerja hari ini

Pekerja mencabut frame footing yang simennya sudah keras dan mula membina frame tiang pula. Mengikut En Azman, mereka memerlukan masa seminggu untuk menyediakan sebanyak 30 buang frame acauan tiang dan mengikat besi konkrit tiang sebelum menuang simen konkrit ke dalamnya.

Hari ini bendahari sudah menerima invois tuntutan bayaran fasa kedua daripada kontraktor berjumlah RM15,000. Esok cek tersebut akan diserahkan kepada kontraktor.

RM15,000 akan dibayar lagi

Berikutan lubang footing sudah siap dimasukkan simen ini bermakna AJK akan membuat pembayaran kedua kepada kontraktor berjumlah RM15,000 untuk kerja membina acuan tiang, memasukkan besi konkrit serta menuang simen ke dalam acuan tiang tersebut. Jika tidak silap ada 30 buah tiang yang perlu dibina untuk fasa pembinaan berikutnya.

Progres berikutnya

Hari Khamis kelmarin lubang footing sudah dimasukkan simen begitu juga jalan masuk ke tapak surau juga sudah diturap simen konkrit. Ini bermakna kerja selepas ini adalah membuat dan memasang frame tiang pula.

Hari Jumaat pula pekerja cuti.

Pada petang semalam pula pengerusi telah menelefon penulis blog memaklumkan MPKj sudah memberi kelulusan draf cadangan pembangunan projek pembinaan surau ini. Surat kelulusan tersebut ada pada beliau dan penulis blog akan mendapatkannya nanti untuk dipublish di blog surau As-Syakirin.

Nampaknya semua urusan AJK menjadi mudah. Syukur kepada Tuhan Sekalian Alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai semua sifat Kebesaran dan Yang Maha Berkuasa Melaksanakan sesuatu.

Wednesday, January 6, 2010

Masih belum dicurah simen

Hari ini En Zakri menelefon penulis blog memaklumkan lori simen yg pada mulanya akan menghantar simen pada hari ini tidak dapat datang kerana lori simen pergi ke tempat lain. Katanya lagi esok baru lori itu datang . Barangkali dengan kren sekali. Tidak lah penulis blog tahu perancangan kontraktor pada hari esok. Cuma lalu di tapak surau balik dri kerja petang tadi kelihatan pekerja-pekerja sibuk membuat persiapan terakhir pada lubang footing tersebut.

Tidak sabar rasanya AJK melihat kemajuan status pembinaan surau As-Syakirin. AJK sangat berharap supaya pembinaan berada dalam tempoh sasaran. Ramadhan 2010 ini Surau as-Syakirin siap dan sedia digunakan.

Kita berharap pembinaannya tidk terbengkalai kerana kekurangan dana. Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum memberikan komitmen sumbangan mohonlah tuan/puan segera bertindak membuat sumbangan. Surau ini adalah surau kita. Kita akan menggunakannya bermula Ramadhan ini hinggalah kita menutup mata selagi mana kita menetap di sini.

Marilah kita hidup bermasyarakat. Kenali jiran tetangga di seluruh komuniti ini dan tempat paling sesuai untuk mengenali jiran tetangga di komuniti ini adalah di sini..di surau As-Syakirin.
Banyak aktiviti kemasyarakatan akan kita laksanakan di surau ini apabila ia siap nanti.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, kepada yang sudi membantu kami menambah dana pembinaan surau ini amat kami hargai. Derma yang pihak tuan/puan berikan tidaklah dapat kami membalasnya. Hanya doa moga-moga Tuhan memurahkan rezeki tuan/puan sahajalah yang mampu kami ucapkan.

Jangan lupa nombor akaun tabung pembinaan surau ini iaitu 0675-11-000223-3 dengan nama akaun SURAU AS-SYAKIRIN dan banknya adalah EON BANK. Akaun surau dibuka di EON Bank cawangan Semenyih Sentral. Penderma boleh terus mengkredit sumbangan menggunakan mesin deposit tunai atau cek di mana-mana mesin ATM Eon Bank yang menawarkan perkhidmatan mesin deposit. Mesin ini lazimnya dibuka sehingga jam 12:00 tengahmalam.

Sunday, January 3, 2010

Hari Sabtu dan Ahad buat apa?

Pada hari Sabtu dan Ahad, pekerja masih dalam proses mengikat rangka besi footing dan memasukkannya ke dalam tapak lubang yang sudah dikorek.

Pagi tadi penulis blog singgah bertanya pekerja tersebut. Mereka memberitahu pada hari Selasa ini semua besi sudah diikat dan simen sudah boleh dimasukkan ke dalamnya.

Ajk akan menunggu untuk melihat kemajuan pembinaan tersebut. Jika semua siap bermakna bayaran kedua akan dilakukan kepada kontraktor.

Kita berharap kontraktor tidak lari dari timeframe yang sudah ditetapkan AJK. Ramadhan ini adalah sasaran AJK agar surau As-Syakirin siap dan sedia untuk digunakan.

Namun semua ini bergantung kepada dana semasa yang ada . Hingga hari ini barangkali dana yang ada adalah dalam lingkungan RM95000. Penulis blog akan menunggu penyata bank berakhir pada 31 Disember 2009 ini untuk melihat jumlah semasa sumbangan.

Ini kerana penulis blog mendapati ramai penderma terus mengkredit sumbangan mereka ke dalam akaun dan ada antaranya tidak menghantar bukti sumbangan untuk direkodkan bendahari.

Jadi kepada penduduk dan penderma-penderma daripada luar komuniti kami, kami amat berterima kasih di atas kesudian tuan/puan membantu kami merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih dengan menghulurkan sumbangan mengisi dana pembinaannya.

Friday, January 1, 2010

Jumaat 1 Jan 2010

hari ini pekerja cuti

Perubahan peringkat pembinaan

Hari ini penulis blog telah berbincang dengan kontraktor bagaimana sekiranya selepas rangka struktur siap terus sahaja memasang rangka bumbung dan bumbungnya sekali tanpa perlu memasang dinding batu bata dahulu. Dalam fikiran penulis blog sekiranya bumbung dinaikkan dahulu sepertinya surau ini nampak akan siap. Rupa-rupanya tidak boleh. Mengikut kontraktor dinding batu bata perlu dinaikkan dahulu kerana ia akan menyokong kekuatan struktur bangunan.

Namun mengikut kontraktor, AJK boleh skip konkrit lantai simen dahulu. Tanpa membina lantai konkrit sebaik sahaja rangka struktur bangunan surau siap, kontraktor terus memasang dinding dan apabila dinding siap maka rangka bumbung dan atap telah boleh dipasang kerana struktur bangunan sudah kukuh. Selepas bumbung siap baru kontraktor akan membina lantai konkrit pula. Jika bangunan kukuh dengan pembinaan cara ini penulis blog setuju sahaja. Sudah nampak bumbung, penulis blog sudah dapat menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kerja selepas itu menjadi lebih mudah.

Mengikut perkiraan penulis blog, berikut adalah peringkat pembinaan yang dicadangkan:

1. Penyediaan tapak.Buat jalan masuk.Korek lubang.Buat frame,Ikat besi - RM18,000
2. Membuat konkrit footing -RM15,000
3. Membina tiang konkirt - RM14,000
4. Buat top beam dan intermediate top beam - RM14,000
5. Memasang dinding batubata - RM17,000
6. Memasang rangka bumbung dan memasang bumbung -RM32,000

Jumlah semua = RM110,000 ( Bumbung siap. Lantai konkrit dikemudiankan)

Dana semasa adalah RM90,000. Bermakna AJK hanya perlukan RM20,000 lagi untuk membuat bayaran sehingga peringkat pemasangan bumbung dengan skip dulu pemasangan lantai konkrit. Bila bumbung siap, kontraktor akan berpatah balik membina lantai konkrit semula. Tapi mengikut kontraktor membina lantai konkrit kemudian daripada memasang bumbung agak menyusahkan kerana kren tidak dapat menuang simen daripada lori dari atas bangunan melainkan jikalau konktraktor menggunakan mesin bancuhan simen sendiri atau secara manual rasanya boleh.

Untuk membina lantai konkrit, AJK perlukan RM9,000 pula.

Sehubungan itu kepada semua penduduk yang masih belum membuat sumbangan dimohon supaya segera bertindak membuat sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin. Jika semua penduduk memberikan komitmen padu, tanpa mengambil sikap tunggu dan lihat atau berkecuali, penulis blog amat yakin sebelum Ramadhan 2010 ini Surau As-Syakirin akan siap dibina dan telah sedia digunakan oleh penduduk.

Kepada penduduk yang telah membuat sumbangan, sekiranya tuan/puan masih ingin membuat sumbangan kali kedua, AJK amat mengalu-alukan.

Kepada penderma-penderma daripada luar komuniti kami yang sudi membantu pula , kami AJK pembinaan surau As-Syakirin amat menghargai sumbangan tuan/puan. Jasa baik tuan/puan tidaklah dapat kami membalasnya melainkan Tuhan Yang Esa jualah yang dapat memberi ganjaran untuk tuan/puan semua.