Hari ini penulis blog mendengar berita baru. Seorang AJK telah menerima teguran dari penduduk yang bukannya datang dari fasa 6 dan 7 kerana blog ini katanya memaparkan cerita-cerita rahsia yang sifatnya agak sulit.
Hairan penulis blog. Apa yang sulitnya maklumat diblog ini tidaklah penulis blog ketahui. Mengikut aduan diterima, penulis blog tidak sepatutnya memaparkan isu-isu diperbincang dalam mesyuarat AJK.
Entahlah..bagi penulis blog tiada apa yang sulit mengenai maklumat yang tertera di sini.
Barangkali ada penduduk atau penderma tidak mahu nama mereka terpapar di sini. Setakat ini ada seorang dua penderma tidak mahu nama mereka dipaparkan. Bagi kes ini penulis blog telah membetulkan maklumat dari nama penderma kepada "penderma yang tidak ingin dikenali". Jika alamat rumah penderma adalah sulit, penderma boleh memaklumkan bendahari supaya alamat rumah mereka dikecualikan dari dipaparkan dalam blog. Tetapi dalam lejer, bendahari tidak dapat berbuat demikian. Alamat rumah penduduk akan dicatat untuk rekod bendahari.
Bagi penulis blog elok maklumat dalam mesyuarat di sebarkan kepada semua penduduk. Tidak patut hanya AJK sahaja yang tahu. Selain itu penderma-penderma daripada luar komuniti juga inginkan maklumat mengenai kemajuan pembinaan surau ini.
Bagi penyata kewangan, penulis blog pasti inilah satu-satunya blog yang memaparkan penyata akaun pembinaan surau lengkap kepada orang ramai. Tiada apa yang perlu ditutup dari pengetahuan orang ramai. Jika ada surau lain yang melakukannya adalah di luar pengetahuan penulis blog. Malahan jika surau siap nanti penulis blog akan terus memaparkan maklumat kewangan surau di internet tertakluk jika masih dipilih menjadi bendahari.
No comments:
Post a Comment