Kepada penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, dimaklumkan satu taklimat kali kedua pembinaan Surau As-Syakirin akan dilaksanakan sebaik sahaja bangunan surau siap dalam 20% . Tarikhnya belum ditentukan lagi.
Diharap semua penduduk tidak menguzurkan diri untuk hadir dalam sesi taklimat tersebut. Kehadiran semua penduduk amat penting bagi mendapatkan maklumat pembinaan Surau As-Syakirin yang sedang dilaksanakan.
Pada hari tersebut, bendahari akan membukakaunter sumbangan mengisi dana tabung pembinaan Surau As-Syakirin khusus untuk penduduk-penduduk yang ingin menghuluskan sumbangan pada hari berkenaan.
Kepada semua penduduk dalam taklimat pembangunan surau kali pertama dahulu telah ditegaskan supaya penduduk tidak mempunyai pendirian berkecuali sama ada mahu atau tidak surau di bangunkan. Jika penduduk mahu kepada surau berkenaan, AJK amat berharap penduduk memberikan komitmen dengan segera membuat sumbangan menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin. Bagi yang tidak mahu surau tidak mengapa. Tuan/puan tidak perlu membuat sumbangan.
Yang mengambil pendirian tunggu dan lihat atau mengambil pendirian atas pagar juga akan diambil kira sebagai penduduk yang tidak mahukan surau. Penduduk dalam kategori ini juga tidak perlu membuat sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.
Sunggguhpun begitu AJK tetap beranggapan, semua penduduk memerlukan surau As-Syakirin. Sehubungan itu segeralah membuat sumbangan. Mari kita sama-sama berpakat. Sama-sama berkorban harta dan wang ringgit. RM100 bukanlah satu jumlah yang besar pada hari ini. Duit di simpan akan habis. Banyak mana sekalipun tidak akan cukup.
Menyumbanglah untuk mengisi dana tabung pembinaan Surau As-Syakirin...sekali sahaja dalam tempoh kita menduduki fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini. Kita tidak akan rugi jika menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 ini. Percayalah.. pada masa akan datang, insyaAllah, rezeki kita akan bertambah lagi..Tidak kita yang mendapatnya, anak-anak kita, waris-waris kita akan mendapat manfaatnya.
Marilah kita hayati pepatah melayu lama ini ' Bulat Air Kerana Pembetung.Bulat Manusia Kerana Muafakat " marilah kita mengamalkannya dengan bermuafakat bersama-sama memastikan surau As-Syakirin berjaya disiapkan 100% dengan kita sendiri memberikan sedikit sumbangan dalam menanggung kos pembinaannya.
No comments:
Post a Comment