Pada setiap hari surau As-Syakirin akan dipenuhi jemaah.Terutama pada waktu malam hari kerana pada ketika ini ramai penduduk berada di rumah. Siang mereka tidak dapat hadir ke surau kerana pergi bekerja mencari nafkah menyara keluarga.
Pada hari Sabtu atau Ahad waktu selepas solat Asar mungkin ada kelas untuk kaum wanita. Membaca Yaasin , kuliah atau yang seumpamanya.
Mungkin juga akan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak.
Kadangkala ada juga penduduk yang ingin membuat kebajikan mengadakan majlis kenduri doa selamat atau tahlil. Sesetengah penduduk lebih selesa membuat majlis tersebut di surau. Mereka akan menghantar jamuan ke surau dan memohon jasabaik jemaah surau untuk menyumpurnakan majlis mereka.
Menjemput ahli jemaah surau ke rumah untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat dan tahlil juga menjadi mudah kerana penduduk tidak perlu menjemput dari rumah ke rumah.
Aktiviti-aktiviti seperti di atas adalah suatu kelaziman di mana-mana masjid atau surau di seluruh Malaysia. Tapi buat sementara ini kita tidak dapat melaksanakannya kerana surau yang kita impikan belum siap kerana dana pembinaannya masih belum cukup.
Jadi kepada semua penderma, sumbangan daripada tuan/puan amat kami harapkan bagi menjadikan pembinaan surau As-Syakirin tidak akan berhenti di tengah jalan. Yakni terbengkalai. Dana terkumpul berjumlah RM83,000 pada ketika ini hanya dapat membina surau pada peringkat binaan struktur sahaja.
No comments:
Post a Comment