Wednesday, December 16, 2009

Antara ASTRO dan perkhidmatan Internet

Rumah penulis blog tiada ASTRO. Bukan tidak mahu melanggan , tetapi penulis blog mempunyai 4 orang anak-anak yang masih belajar. Seorang darjah 3, seorang darjah 5, seorang tingkatan 1 dan seorang lagi tingkatan 4. Dalam hati memang teringin sangat hendak melanggan ASTRO.

Namun perkhdimatan ASTRO penulis blog tidak memberikan prioriti dalam rumah penulis blog. ASTRO hanya untuk alat untuk penulis blog mendapatkan hiburan selain mendapatkan sedikit maklumat daripada program Discovery Channel, National Georaphic , Travel and adventures dan lain-lain program bercorak pendidikan. Tapi ada banyak kartun di dalamnya juga. Pasti anak-anak penulis blog akan leka mengadap TV sahaja. Sekali dua bolehlah dimarah. Kalau selalu tak larat juga. payah-payah baik tak ada sahaja..

Tetapi perkhidmatan internet penulis blog rasa suatu kemestian. Banyak ilmu dan maklumat boleh diperolhei daripada internet. Rugi sangat bagi rumah-rumah yang tidak memiliki internet. Internet boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran. Dalam internet yang bermanfaat banyak, yang maklumat macam sampah pun banyak juga. Pandai-padnailah kita memilihnya.

Penulis blog percaya, jika semua penduduk di fasa 6 dan 7 ini mempunyai perkhidmatan internet berbanding setiap rumah memiliki set TV ASTRO, blog surau as-syakirin ini dapat diakses oleh mereka. Penulis blog amat yakin, pasti semua penduduk tidak akan bertangguh lagi untuk memberikan sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Sebenarnya ramai penduduk tidak dapat maklumat mengenai pembinaan surau ini. Membaca banner dijalan masuk tidak cukup untuk mendapatkan maklumat pembinaan surau ini. Sebelum ini ada juga AJK mengedarkan surat-surat kepada penduduk tetapi AJK sudah agak penat mengedar surat dan borang-borang tersebut. Seingat penulis blog, surat dan borang yang sama termasuk penyata sudah diedar ke rumah penduduk sebanyak 3 atau 4 kali. Letih juga meronda rumah-rumah penduduk untuk mengedar dokumen berkenaan. Selain itu membuat edaran menggunakan kos untuk fotastat. Sekali edar habis juga RM50 ke Rm100 untuk kos cetakan. Dengan blog semuanya percuma. Tiada kos perlu dikeluarkan.

Jadi yang senangnya adalah menulis di blog. Memaparkan info pembinaan surau di internet. Tetapi penduduk pula tiada perkhdimatan internet di rumah.

okey lah kalau begini, penulis blog ingin mengempen semua penduduk, langganlah perkhidmatan internet. Penulis blog memilih pakej streamyx combo RM60 sebulan dengan kelajuan 384K. Pakai ke tak pakai ke bayaran tetap RM60 sebulan. Sama jugalah macam bil langganan ASTRO. Rm60 sebulan juga. Itu jika yang basic. Tambah channel movie dan sport mahu RM90 sebulan.

:-)

No comments:

Post a Comment