Saturday, December 26, 2009

Komitmen penderma daripada luar

AJK mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma daripada luar komuniti kami. Penderma daripada luar ini lansung tidak akan menggunakan Surau As-Syakirin apabila siap nanti. Tidak tahulah pula jika ada yang tersesat ke sini dan menggunakannya. Tentu mereka bangga melihat surau ini yang mereka adalah salah seorang daripada penderma yang menanggung kos pembinaannya.

AJK juga ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada En Nik Arkitex Lakareqa yang menyediakan pelan binaan surau. En Nik cuma meminta RM500 sahaja untuk kos cetakan. AJk maklum biasanya kos untuk menyediakan pelan binaan lazimnya adalah dalam lingkungan Rm1500 ke Rm3000 bergantung kepada saiz bangunan dan kerumitan binaannya.

Tidak lupa juga arkitex kejuruteraan DCC yang menyediakan pelan kejuruteraan secara percuma. Syarikat ini adalah milik rakan En Nik dan En Nik berusaha untuk menguruskannya. Memandangkan kos mengupah membina pelan kejuretaraan ini lazimnya adalah antara RM1500 ke RM3000, AJK telah dapat menjimatkan wang dana pembinaan.

Selain itu Juruukur Setara Alam juga telah memberikan perkhidmatan percuma kepada AJK untuk mengukur sempadan tanah surau dan juga menentukan point-point binaan surau.

Melihat kepada kesungguhan penderma daripada komuniti luar dan syarikat-syarikat yang berkaitan, AJK rasa terharu dengan kesungguhan mereka membantu AJK dalam proses merealisasikan pembinaan Surau As-Syakirin.

Kepada penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 silalah tuan-puan lihat sendiri betapa individu atau syarikat daripada luar komuniti taman kita menyokong pembinaan surau di tempat kita sendiri. Patut sangat kita turut berkorban. Rm100 bukannya satu jumlah yang besar. Jangan terlalu berkira lagi. Segeralah menyumbang untuk menambah dana pembinaan surau As-Syakirin. AJK memerlukan lebih kurang RM100,000 lagi bagi memastikan pembinaan surau ini tidak terbengkalai.

Sasaran AJK, pada Ramadhan 2010 pada bulan Julai ini, surau As-Syakirin dapat disiapkan dan sedia digunakan oleh penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Kita akan menganjurkan solat Tarawikh di situ..

No comments:

Post a Comment