Hari ini penulis blog melihat satu komen yang dikirimkan pengunjung blog. Di bawah adalah mesej yang telah beliau sampaikan.
Kalau ini surau sudah siap,tolong jangan pakai speaker kuat-kuat sangat time sembahyang.. Ini area dikelilingi oleh rumah. Nanti Agama Islam dituduh tidak menghormati privacy Non-Muslim pulak..Islam mesti adil untuk semua manusia..Lagipun banyak baby nak tidur dan budak - budak sekolah mahu baca buku akan rasa terganggu.. please la ye..
Adakah ini suatu provokasi?
Oleh kerana penulisnya tidak cukup berani kerana tiada identiti, berikut komen penulis blog.
Jika penulisnya benar adalah non muslim. Permintaan beliau akan diambil kira. Melalui perbincangan penulis blog dengan AJK yang lain, mereka memohon supaya penulis komen tersebut menghantar surat rasmi kepada AJK dengan memaparkan identiti sebenar.
Namun jika berlaku penyamaran identiti dan penulisnya boleh jadi penduduk muslim sendiri, penulis blog ingin menegaskan amat jarang berlaku individu muslim memprotes sistem pembesar suara digunakan di masjid-masjid atau surau berhampiran dengan rumah mereka.
Lazimnya hanya laungan azan sahaja yang menggunakan outdoor speaker manakala untuk tujuan lain seperti bacaan imam dalam sembahyang, hanya menggunakan indoor speaker. Penggunaan indoor speaker tidak cukup kuat dan bunyi hanya berlegar dalam masjid atau surau sahaja.
Adakah individu muslim tidak suka mendengar azan?
Tidak suka bermakna hati individu tersebut sudah mati. Ini amat bahaya kerana jika mati dibimbangi ia sukar untuk dihidupkan semula.
Berdasarkan pengalaman penulis blog yang mempunyai 4 orang anak. Bunyi azan dari surau lansung tidak mengganggu tidur anak-anak penulis blog semasa mereka masih baby lagi. Biasanya anak penulis blog menangis bila mereka tidak selesa kerana terkencing, tidak sihat atau lapar susu. Sebelum ini rumah penulis blog juga berdekatan surau. Terlalu hampir sebenarnya.
Sudah besar dan bersekolah, bunyi azan atau sebarang bunyi dari surau juga tidak mengganggu masa belajar mereka. Bahkan semasa belajar anak penulis blog membuka radio mendengar muzik. Bukannya perlahan. Agak kuat juga. Pendekkata satu rumah boleh dengar suara muzik daripada radio tersebut.
Penulis blog sewaktu bersekolah dahulu juga bertemankan radio semasa belajar pada malam hari. Terlalu sunyi pada jam 10,11,12 tengahmalam. Mendengar muzik dari radio menghilangkan rasa takut semasa di kampung dahulu. Rumah penulis blog dikelilingi hutan. Malam-malam hari macam-macam bunyi yang pelik-pelik penulis blog dengar. Sekurang-kurangnya bunyi muzik daripada radio menghilangkan semua bunyi-bunyi di sekeliling rumah penulis blog.
No comments:
Post a Comment