Sunday, December 20, 2009

Kerja mencari dana pembinaan surau bukan suatu kerja yang mudah

Sepanjang 5 bulan bermula Mei tahun 2009, pencarian dana pembinaan surau as-syakirin bukanlah suatu kerja yang mudah. Pelbagai cara dibuat. Mengedar surat ke rumah penduduk berkali-kali. Mengepos surat. Berjumpa individu tertentu. Mengedar surat secara rambang di beberapa tempat dan lokasi terpilih dan memohon bantuan penduduk supaya mereka dapat berkempen kepada rakan sekerja dan sanak saudara.

AJK terpaksa menebalkan muka. Ya lah..sebagai manusia biasa, rasa malu dan segan tu ada juga.Kerja ini sangat tidak popular. Tidak ramai yang sanggup untuk menjadi AJK pembinaan kerana tidak mahu terlibat dengan usaha mencari dana pembinaannya.

Sedar tidak sedar tempoh kebenaran tamat pada 1 Disember 2009 yang lalu. Derma terkumpul pula berjumlah RM90,000. Walaupun jumlah ini agak besar namun ia masih jauh daripada sasaran AJK iaitu sebanyak Rm196,500 iaitu kos sebenar pembinaan surau As-Syakirin.

Tetapi kos ini tidak termasuk pembinaan bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah yang turut ada dalam pelan pembinaan. AJK menyasarkan pembinaan surau terlebih dahulu. Bilik air boleh dibuat kemudian. Buat permulaan AJK hanya akan mengadakan beberapa paip air buat sementara sahaja.

Sehubungan itu kepada semua penderma yang sudi membantu kami, sumbangan daripada tuan/puan semua amat kami hargai..

No comments:

Post a Comment