Saturday, December 19, 2009

Kerja membina struktur bangunan tidak boleh terbengkalai

Peringkat awal AJK telah memaklumkan penduduk bahawa kita memerlukan RM70,000 bagi memulakan pembinaan kerana untuk membina sturktur bangunan, pembinaannya tidak boleh berhenti. Struktur bangunan tidak boleh disambung-sambung kemudian kerana dibimbangi bangunan menjadi tidak kukuh.

Dengan dana semasa yang ada sebanyak RM90,000 AJK telah melebih sasaran untuk menampung kos pembinaan struktur bangunan. Namun selepas itu dana pembinaan surau As-Syakirin akan habis.

Sekiranya derma tidak lagi diterima, pembinaan akan diberhentikan sehinggalah dana kembali mencukupi.

Jadi kami AJK pembinaan surau As-Syakirin amat berharap supaya pembinaan surau As-Syakirin tidak akan berhenti. Sasaran AJK sebelum Ramadhan 2010, surau ini akan siap 100%.

Sehubungan itu mohon kepada semua penderma yang sudi, sumbangan daripada tuan/puan amat kami hargai. Mudahan-mudahan bertambah rezeki tuan/puan di masa-masa akan datang.

Seperti kata penulis blog manfaat daripada pengorbanan harta kita ini tidak nampak sekarang. Tidak kita mendapatnya, waris-waris kita akan menerima manfaatnya.

Sama ada kita sedar atau tidak, kadangkala Tuhan Sekalian Alam memberikan manfaatnya kepada kita dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran. Setelah dewasa mereka berjaya pula dalam kehidupan. Berjaya dalam kehidupan, mereka akan membalas semula jasa kedua ibubapa mereka. Pendekkata ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang cukup banyak.

No comments:

Post a Comment