Tuesday, December 15, 2009

Siapa yang menerima manfaat daripada pembinaan surau ini.

Penulis blog ada gaji sendiri. Setiap bulan penulis blog menerima gaji secara tetap daripada kerajaan hasil usaha penulis blog dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada penulis blog.Penulis blog tidak perlu mencari pendapatan tambahan. Gaji penulis blog cukup untuk menanggung nafkah keluarga penulis blog.

Namun bagi yang bekerja sendiri atau yang meniaga, mereka perlu berusaha lebih untuk mencari pendapatan. Malas berusaha alamatnya tiada duit . Tiada kerja, duit juga tidak masuk.Tiada duit, tidaklah dapat membeli barangan keperluan harian pula.

Seperti kata penulis blog, dalam duit kita ada hak orang lain di dalamnya. Kita mendermakan sedikit duit kita bagi menanggung kos pembinaan surau ini akan memberi rezeki kepada orang lain untuk mereka menanggung nafkah menyara keluarga. Menyara perbelanjaan harian isteri serta anak-anak. Ada lebihan wang diterima, boleh berbelanja dan hidup selesa sedikit.

Siapakah yang mendapat manfaat daripada pembinaan surau ini. Berikut penulis blog senaraikan individu tersebut:

1. Arkitex - Kami dapat percuma perkhidmatan ini. En Nik daripada arkitex Lakareqa hanya meminta kos cetakan pelan binaan surau sahaja.

2. Syarikat kejuruteraan - juga plan kejuruteraan yang disediakan mereka secara percuma juga

3. Surveyor - juga percuma

4. HRC Consultan - kos submit draf rancangan pembangunan surau as-Syakirin ke MPKJ. RM595 .

5. Pemilik dan pekerja-pekerja syarikat AZ Asia Enterprise yang menjadikan pembinaan surau ini sebagai salah satu bentuk pendapatan syarikat.

6. Syarikat jurujual bahan binaan- Taukeh, Pekerja,Pemandu lori.

7. Pekerja-pekerja kilang bahan-bahan binaan.

8. Kerajaan juga dapat cukai secara tidak lansung dalam jualan bahan binaan tersebut. LHDN juga dapat cukai daripada pendapatan syarikat.

Kita pula dapat apa? memang tak dapat apa...tapi cuba fikirkan jika kita berkedudukan sebagai seorang kontraktor. Pekerja-pekerja syarikat berorientasikan perniagaan dalam bidang pembinaan...kita memerlukan projek untuk menjana pendapatan syarikat. Pendapatan syarikat pula di salurkan untuk membayar upah kepada pekerja-pekerja kita termasuklah diri kita sendiri .

Dengan duit yang diterima kita beli pula barang-barang di kedai. Orang lain pula mendapat manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment