Tuesday, December 22, 2009

Pembinaan masjid dan surau berbeza

Lazimnya pembinaan sebuah masjid akan ditanggung dengan peruntukan kerajaan seratus peratus.Pembinaannya di tenderkan oleh JKR dan iklannnya dimasukkan ke dalam media suratkhabar.

Untuk membina surau pula, AJK penajanya perlu berusaha sendiri mencari dana. Kerajaan tidak menyediakan peruntukan. Namun begitu AJK boleh memohon daripada Lembaga Zakat dengan kadar maksimum tertakluk kepada jumlah ditetapkan. Peruntukan daripada Lembaga Zakat pula bukan semestinya dapat. Bergantung pula kepada kelulusan yang diputuskan dalam mesyuarat lembaga.

Masjid mewakili satu kariah manakala surau menjadi anak kariah bagi satu masjid. Surau As-Syakirin ini apabila siap nanti adalah surau dalam kariah Masjid Kampung Rinching. Selain surau As-Syakirin nanti, bernaung di bawah kariah masjid Kampung Rinching adalah semua surau yang terdapat di kawasan perumahan Bandar Tasik Kesuma, Bandar Rinching dan Taman Pelangi Semenyih serta surau dalam kampung Rinching Hulu dan Rinching Tengah sendiri.

2 comments:

  1. As-salamu a'laikum.

    Tahniah kerana telah mula membina surau.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan.Surau impian murni tu di mana? Sama-sama lah kita mendari dana membangunkan surau di komuniti kita. Kami AJK pembinaan surau as-Syakirin tidak bersaing dengan mana-mana surau yang lain. Terpulang kepada penderma untuk memilih surau yang mana.

    ReplyDelete