Sunday, December 20, 2009

Ada bekerja hari ini

Kontraktor datang bekerja hari ini. Mereka memancang tapak tiang untuk dikorek oleh backhoe pada hari esok. Acuan footing juga sudah siap untuk dimasukkan ke dalam lubang pada besok hari. Tapi kata kontrator itu besi belum beli lagi. Mereka agak bimbang jika hujan turun selepas lubang footing dikorek. Bimbang dimasuki air pula. Air masuk kerja tergendala sedikit.

Pada pondok rehat dan setor menyimpan barang, penulis blog telah menampal beberapa dokumen berkaitan pembinaan surau. Penduduk boleh datang pada masa lapang untuk membaca semua memo yang ditampal di situ. Secara rasminya dinding pondok rehat itu akan menjadi papan kenyataan AJK. Antara dokumen yang ditampal di sini adalah :

1. Surat pengesahan tapak surau daripada MPKJ
2. Surat kelulusan mendirikan bangunan surau daripada JAIS
3. Pelan tapak surau
4. Pelan binaan surau
5. Penyata kewangan
6. Senarai AJK

No comments:

Post a Comment