Monday, April 26, 2010

Tiada bahan binaan sampai ke tapak surau

Sehingga jam 6:00 petang tadi tiada bahan binaan sampai ke tapak surau. Mengikut En Azman ketika dihubungi penulis blog pada jam 2:30 petang tadi, beliau sedang berada di kedai hardware untuk membeli bahan binaan. Mengikut En Azman lagi beliau sudah memesan bahan binaan dengan kos sekitar RM24,000 dan beliau ingin meminta jasabaik AJK untuk membayar sebanyak RM20,000.

Setelah berbincang sesama AJK, AJK membuat keputusan akan membayar kontraktor sehingga RM10,000 sahaja. Namun bayaran ini bergantung kepada jumlah bahan binaan yang sampai ke tapak surau. Baki bayaran akan dibuat secara beransur-ansur kepada kontraktor bergantung kepada peratus siap kerja sehingga jumlahnya genap RM32,000. Inilah opsyen bayaran yang dipersetujui AJK.

Perincian bayaran akan dilakukan kepada kontraktor ( RM32,000 = 100% )

1. Bahan binaan sampai ke tapak surau. ( Semua komponen bahan ) - RM10,000
2. Rangka bumbung atas siap - RM10,000
3. Rangka bumbung bahagian sisi siap - RM5,000
3. Atap genting siap dinaikkan - RM7,000

No comments:

Post a Comment