Malam tadi kontraktor sudah hantar invois tuntutan bayaran untuk kerja-kerja membina anjung depan,belakang,sisi kanan dan kiri berserta arch,tangga dan tembok termasuk aksesori berjumlah RM14,000.
Ini adalah fasa kerja nombor 10 berdasar sebutharga yang diberi kontraktor. Sebenarnya dana surau masih belum cukup untuk membayar pembinaan pada tahap ini. En Azman memaklumkan beliau tidak boleh memberhentikan kerja kerana pekerja untuk memasang rangka bumbung masih belum datang ke tapak surau. Oleh sebab itulah kerja membina arch ini dilakukan.
Sepatutnya mengikut tawaran sebutharga, kerja yang sepatutnya dibuat adalah mengikut spesifikasi di bawah:
1. Membina rangka bumbung dan memasang bumbung -RM32,000
2. Kerja pendawaian elektrik -RM12,000
3. Kerja kemasan plaster - RM14,000
Kerja membuat arch ini adalah kerja-kerja selepas memasang kemasan plaster. Namun setelah penulis blog meneliti spesifikasi kerja, memang sepatutnya kerja yang perlu dibina sebelum kemasan plaster adalah membina arch. Ini kerana ada bahagian pada anjung yang perlu di kemaskan dengan simen plaster. Jadi pada perkiraan penulis blog, kontraktor sudah tersilap membuat sebutharga lagi. Ini kali ketiga kontraktor salah daripada segi susunan kerja.Sepatutnya yang dulu didahulukan. Yang kemudian dikemudiankan.
Penulis blog cuba menyusun semula peringkat kerja supaya surau As-Syakirin boleh digunakan walaupun belum siap 100%.
1. Memasang dinding batu bata
2. Membina anjung depan,sisi kiri dan kanan,belakang, arch,tangga dan tembok
3. Memasang bumbung
4. Pendawaian elektrik (Siap pendawai elektrik, TNB sudah boleh memasukkan bekalan elektrik ke surau As-Syakirin )
5. Kemasan plaster dinding luar dan dalam
6. Kerja membekal dan memasang lampu, kipas,soket kuasa dan unit DB
( Sehingga peringkat ini, Surau As-Syakirin sudah sedia digunakan )
7. Kerja membekal dan memasang pintu,tingkap, casement dan aksesori
8. Kerja membina apron longkang sisi bangunan
9. Mengecat bangunan luar dan dalam
10. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa binaan
No comments:
Post a Comment