Saturday, April 10, 2010

Nak buang air pun cari surau dan masjid


Tandas surau dan masjid akan menjadi seperti tandas awam !



Biar betul....

Betul...tiada yang salah. Semuanya betul belaka....

Sengaja penulis blog menjadikan entry ini sebagai tajuk pada hari ini. Tandas awam...Ya, tandas awam...

Bermusafir ke tempat orang menaiki kenderaan, melancong, balik ke kampung, menziarahi rakan, pergi ke majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi urusan kadangkala di pertengahan jalan perut penulis blog terasa sakit mahu membuang air. Pundi kencing pula menjadi penuh minta dikeluarkan airnya. Tandas awam pula tiada. Tak kan pula mahu membuang air di dalam hutan. Stesen minyak pula tidak kelihatan. Oleh kerana terdapat masjid atau surau di pertengahan jalan, tidak segan silu penulis blog untuk singgah menumpang membuang bahan kumuh ini.

Masjid dan surau di pertengahan jalan adalah lokasi wajib yang penulis blog akan singgah untuk menunaikan solat apabila masuk waktunya. Menunaikan solat jamak atau qasar jika cukup jarak perjalanannya. Jadi sementelahan singgah bersolat, bolehlah juga membuang air.

Begitulah juga dengan surau As-Syakirin ini. Penulis blog pasti tandas nya akan digunakan oleh orang ramai, khususnya musafir atau tetamu yang datang ke rumah sanak-saudara di sini. Menghadiri majlis perkahwinan , barangkali ada tetamu yang akan singgah di surau As-Syakirin untuk tumpang bersolat dan membuang air.

Bukankah tandas surau akan menjadi seperti tandas awam juga !

Sebab itulah penulis blog berani menyatakan, walaupun kita tidak mahu datang ke surau, suatu masa ia akan memberi perkhidmatan kepada kita juga. Menggunakan tandas surau juga adalah satu perkhidmatan yang kita akan gunakan.

Jangan lupa pada akhir hayat kita, entiti masjid dan surau adalah tempat terakhir akan kita kunjungi dalam keadaan kita sudah tidak mempunyai roh lagi dan hanya jasad yang kaku diusung orang ke sana ke mari atau paling tidak AJK masjid dan surau adalah orang yang akan memberikan perkhidmatan kepada kita. Mana mungkin kita boleh berkata kita tidak memerlukan masjid atau surau.



Jadi kepada sesiapa yang memahami konsep ini, berilah sokongan kepada kami AJK pembinaan surau As-Syakirin merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini secepat mungkin dengan menghulurkan sumbangan membiayai dana pembinaannya.

No comments:

Post a Comment