Saturday, April 17, 2010

tempoh 2 minggu berlalu

Sudah 2 minggu tempoh berlalu namun kerja pemasangan rangka bumbung masih belum bermula. Bimbang dan tidak senang duduk penulis blog memikirkan masalah ini. Banyak kali juga penulis blog menghubungi kontraktor apa yang berlaku sebenarnya.

Mengikut kontraktor masalah berlaku apabila pekerja yang pada mulanya akan memasang bumbung ini menarik diri. Ini kerana pekerja indonesia tersebut datang daripada Puchong dan mereka tiada kenderaan untuk datang ke sini.

Sekarang ini pekerja baru pula sudah dipanggil untuk memasang rangka bumbung ini. Penulis blog juga sudah berjumpa beliau dua kali. Namun statusnya penulis blog tidak pasti sama ada jadi atau tidak beliau memasangnya. Ini bergantung kepada persetujuan harga antara beliau dan kontraktor AZ Asia Enterprise.

Apa yang penulis blog harapkan adalah kontraktor dapat memastikan pembinaan berada dalam tempoh kawalan. Sebelum ini En Azman penyelia projek sudah berjanji sebelum akhir Mei ini surau As-Syakirin akan siap dan sedia digunakan.
------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini baki dana dibank adalah berjumlah RM48,238.80. Jumlah ini mengambilkira baki semasa dibank dicampur dengan wang tunai yang dimasukkan oleh penulis blog sendiri ke dalam bank. Wang penderma melalui slip bank dan transaksi perbankan internet tidak diambil kira. Jadi jumlah dana terkini dibank sebenarnya adalah lebih daripada jumlah di atas.

Jumlah terkini dibank hanya diketahui pada 1 Mei 2010 apabila penulis blog mendapatkan penyata bank terkini daripada EON Bank. Jumlah terkini di bank mungkin juga lebih daripada jumlah di atas jika ada penderma yang terus mengkredit sumbangan ke dalam akaun Surau As-Syakirin secara senyap-senyap dan tidak pula menghantar slip bank kepada bendahari.

Daripada RM48,238.80 sen ini, wang ini digunakan untuk membayar

1. Bumbung - RM32,000
2. Pendawaian elekrik - Rm12,000

Jumlah RM44,000

baki lagi RM4,000 akan diigunakan untuk memasang bekalan air dan elektrik.

Penulis blog berharap dalam tempoh terdekat ini akan ada derma diterima lagi. Sebanyak lebihkurang RM10,000 lagi diperlukan bagi memastikan wang untuk membayar kerja-kerja kemasan plaster dalam dan luar bangunan dibuat. Jika dinding sudah diplaster, surau as-Syakirin pada dasarnya sudah siap dan sedia untuk digunakan.

Kerja-kerja lain boleh dibuat dalam keadaaan surau sudahpun digunakan iaitu

1 . Kerja mengecat
2. Kerja membina apron kiri dan kanan serta longkang
3. Kerja membekal pintu,tingkap serta aksesori
4. Kerja pembersihan dan pembuangan sisa pembinaan

NOTA : AJK sudah membayar RM101,000 kepada kontraktor.Mengambil kira baki dana terkini dibank berjumlah RM48,238.80, jadi jumlah semua dana pembinaan surau yang berjaya dikumpul AJK adalah berjumlah RM149,238.80

No comments:

Post a Comment