Mengedar list derma adalah kaedah pencarian dana yang dipohon AJK daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Melalui kaeadah ini lebih 500 list derma sudah diedar AJK ke luar sama ada dibawa AJK atau diposkan ke alamat-alamat tertentu. Mengedar list ini sama jugalah dengan entry penulis blog sebelum ini. Mencari penderma ini ibarat menjala ikan atau menahan pukat atau lukah juga. Ada rezeki maka dapatlah. Tiada rezeki tidaklah dapat apa-apa.
Namun daripada lebih 500 list yang diedarkan tidak semuanya dikembalikan kepada AJK. Seingat penulis blog tidak sampai 100 pun list derma yang sudah diedarkan dikembalikan kepada AJK. List itu tidak dipulangkan oleh penerimanya.
Surat yang diedarkan AJK mengandungi pelbagai dokumen untuk memohon sumbangan daripada penerimanya. Penerimanya dipilih secara rambang. Jika penerima surat yang AJK poskan sudi menderma maka dapatlah AJK dana seperti yang dirancang. Yang tidak mahu menyumbang dana, AJK memohon kerjasama penerimanya untuk memulangkan kembali secara pos ke alamat AJK kerana sampul surat berstem dan beralamat AJK pembinaan telah disediakan. Namun banyak list yang tidak dikembalikan. Penting list derma tersebut dikembalikan kerana ia akan di audit. Tetapi jika tidak dikembalikan tidaklah dapat AJK berbuat apa-apa. Tiada tindakan akan dibuat kepada penerimanya. Cuma AJK hanya boleh mencatat list bernombor sekian-sekian tidak dikembalikan.
Penulis blog berharap janganlah mana-mana pihak menyalahgunakan list tersebut dengan mengumpulkan derma tetapi wangnya tidak sampai pula ke tangan AJK. Jika jadi begini, kasihan kepada penderma-penderma yang telah menghulurkan sumbangan. Mereka berharap wang mereka dimanfaatkan untuk membina surau sebaliknya wang itu disalahguna pula.
No comments:
Post a Comment