Hari ini masih tiada pekerja bekerja di tapak surau. Melihat hal ini penulis blog terus menelefon en Azman untuk bertanya. Mengikut en Azman beliau sedang berada di kedai hardware memesan bahan binaan untuk rangka bumbung. Katanya lagi petang nanti jam 5:00 ke 6:00 petang bahan binaan itu akan sampai ke tapak surau.
Jadi pada petang nanti penulis blog akan memantau di tapak surau betul atau tidak barang ada dihantar.
Oleh kerana sudah 3 minggu tiada sebarang kerja dilaksanakan agak bimbang penulis blog melihat keadaan tersebut.
Penulis blog mahu kontraktor bertanggungjawab memastikan pembinaan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.
Untuk fakta AJK sudah membelanjakan sebanyak RM101,000 untuk membayar kepada kontraktor bagi kerja-kerja yang sudah dilaksanakan. Walaupun sudah membayar sebanyak ini, suraunya masih belum dapat digunakan. Hanya apabila bumbung siap sahaja baru surau ini dapat digunakan.
Ada dua fasa pembinaan yang kritikal untuk surau ini. Pertama struktur bangunan siap dan kedua adalah bumbung siap. Kerja-kerja lain adalah lebih mudah untuk disiapkan.
Oleh sebab itu penulis blog berharap kontraktor dapat menunaikan tanggungjawabnya. Penulis blog tidak mahu kontraktor meninggalkan projek surau ini dalam keadaan ia tidak siap. Senang cerita terbengkalai.
Jika ini berlaku sudah pasti ramai penderma akan kecewa. AJK sudah tentulah antara yang paling kecewa kerana AJK sudah bertungkuslumus melaksanakan proses pengurusannya. Menguruskan pembinaan sebuah surau bukannya kerja yang senang. Ia jadi susah kerana dana pembinaannya yang unik kerana dibiayai atas sumbangan orang ramai.
No comments:
Post a Comment