Monday, April 12, 2010

status pembinaan terkini





Foto status pembinaan terkini surau. Anjung depan,belakang,sisi kiri dan kanan, arch, tangga dan tembok sudah siap.

Dalam 2 hari ini pekerja sedang memasang konduit kabel elektrik.

Kerja-kerja pemasangan rangka bumbung masih belum dibuat.

Seperti dimaklumkan penulis blog, jika bumbung siap pendawaian elektrik akan dibuat sepenuhnya. Selagi tiada bumbung, kabel elektrik tidak dapat ditarik ke dalam konduit kerana ia akan dimasuki air. AJK berharap dalam tempoh sehari dua ini kerja-kerja pemasangan rangka bumbung akan dimulakan.

Untuk pendawaian elektrik AJK akan membayar kontraktor sebanyak RM12,000
Untuk pemasangan bumbung AJK akan membayar lagi RM32,000

Sehingga di sini, dana pembinaan surau sudah habis digunakan.

Jika peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 masih belaum diperolehi, pembinaan surau mungkin akan dihentikan.

Tetapi jika baki sebanyak RM14,000 diperolehi lagi daripada penderma, kerja seterusnya iaitu kemasan plaster simen dalam dan luar bangunan boleh diteruskan.

Bergantung kepada baki dana yang ada, AJK akan meminta kontraktor membuat plaster bahagian dalam dulu dengan meninggalkan bahagian luar. Dewan solat pula akan disimen render. Jika kerja berada pada tahap ini, surau as-Syakirin sudah sedia untuk digunakan.

Kini kontraktor pemasangan bekalan air dan elektrik sudah sedia untuk menyambung bekalan sebaik sahaja bumbung sudah siap dipasang.

Sehubungan itu penduduk-penduduk boleh membantu AJK dengan segera membuat sumbangan bagi yang belum. Yang sudah memberi sumbangan pula amat dialu-alukan untuk membuat sumbangan tambahan.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, di atas jasa baik pihak tuan/puan membantu kami mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin kami AJK pembinaannya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

No comments:

Post a Comment