Pekerja masih membina arch lagi. Arch ini adalah rekabentuk tiang yang macam kubah itu. Arch ini dibina antara tiang-tiang secara bersambung-sambung. Sudah siap nanti, maka akan nampaklah identiti bangunan surau yang unik dan berciri islamik berbeza dengan bangunan-bangunan biasa.
Kerangka bumbung masih lagi belum dipasang. Besi alumininiumnya sudah ada. Sesetengah orang kata besi hollow.
Sebelum ini penulis blog telah bertanya kontraktor manakah lebih baik bagi kerangka bumbung. Adakah dengan kayu atau besi alminium. Mengikut kontraktor rangka bumbung daripada jenis kayu adalah lebih baik kerana ia lebih kuat. Namun kekurangan rangka jenis kayu adalah harganya yang agak mahal selain masalah kayu bengkok dan tidak lurus. Jika kayu tidak lurus, susah hendak memasang atap genting simen nanti. Hendak membeli kayu yang lurus dan berkualiti pula akan memakan kos yang lebih tinggi
Besi aluminium pula lebih murah daripada kayu dan mudah memasang genting simen kerana ia lurus. Namun AJk amat berharap kepada kontraktor agar dapat memasang kerangka bumbung dan atap genting dengan teliti. Jangan cuai dalam memastikan kualiti pemasangannya. Hal ini adalah kerana struktur atap adalah bahagian penting dalam aspek pembinaan selain stuktur bangunan.
Penulis blog tidak bimbang sangat jika bumbung surau ini daripada jenis metal deck zink industri kerana ia lebih ringan berbanding atap genting simen. Tetapi atap jenis ini tidak berapa cantik selain mengeluarkan bunyi bising ketika hujan.
No comments:
Post a Comment