Sunday, April 4, 2010

RM10.500 lagi

Sebanyak lebih kurang RM10,500 lagi perlu dicari AJK untuk memastikan kos pembinaan Surau as-Syakirin mencukupi. Ini tidak termasuk kos kontraktor pemasangan bekalan air sebanyak RM1100 dan pemasangan elektrik sebanyak RM2200. Jika dicampur semuanya baki dana yang perlu dicari lagi adalah sebanyak RM13,800.

Untuk mendapatkan baki dana sebanyak RM13,800 , jika 138 orang penduduk menderma RM100 seorang jumlah ini akan dapat dicapai dengan mudah.

Jadi kepada penduduk yang masih belum menunjukkan komitmen mereka membantu AJK dan sama-sama memikul tanggungjawab memastikan surau As-Syakirin terbina di komuniti kita, segeralah menghulurkan sumbangan.

Tidak mengapa jika penduduk tiada masa untuk hadir atau tidak berminat untuk hadir ke surau As-Syakirin apabila ia siap nanti. Jika penduduk membantu menyumbang untuk membiayai pembinaannya sahaja sudah cukup.

Kepada penduduk yang sudah memberikan sumbangan AJK mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk yang sudi membantu mencari dana dengan memohon derma daripada sanak-saudara, kawan-kawan serta rakan sekerja.

No comments:

Post a Comment