Sunday, April 11, 2010

Saya penduduk fasa 6 dan 7 TPS. Saya akan ke surau PGA sahaja

Memandangkan kedudukan surau PGA berjarak 2KM daripada komuniti fasa 6 dan 7 TPS ini, penulis blog fikir mungkin ada juga penduduk yang akan berjemaah ke sana. Jadi barangkali juga ini boleh dijadikan sebab mengapa mereka tidak perlu memberikan sumbangan yang sudah ditetapkan AJK sebanyak Rm100 bagi setiap rumah di fasa 6 dan 7 TPS ini.

Walaupun AJK tidak memaksa penduduk untuk memberikan sumbangan ini, namun komitmen penduduk amat diperlukan. Mana-mana surau yang dibangunkan di taman perumahan adalah dibina dengan sokongan penduduk. Surau PGA berhadapan Tesco itu bukannya surau di taman perumahan. Surau PGA adalah surau milik premis kerajaan. Milik Pasukan Gerak Am. Dulu dikenali Polis hutan. Ia dibiayai 100% dengan dana kerajaan. Melihat saiz dan rekabentuk surau PGA itu, penulis blog fikir barangkali harganya sampai 1 juta. Surau PGA ini apabila siap rasanya boleh digunakan oleh orang awam juga. Jika ada solat Jumaat di situ senanglah penduduk di TPS ini tumpang bersolat Jumaat. Tidaklah perlu pergi jauh lagi. Penulis blog juga berharap supaya pihak kerajaan dapat segera bertindak supaya pembinaan surau PGA ini disambung semula. Sakit mata jugalah penulis blog melihat pembangunannya yang terbengkalai itu.

No comments:

Post a Comment