Saturday, April 3, 2010
Arch
Batu angin sedang dipasang. Motif bunga. Mengikut kontraktor motif geometri bercorak islamik sukar diperolehi.
Besi alminium rangka bumbung sudah sampai tetapi masih belum ada kerja memasang rangka bumbung dibuat.
Arch dalam proses pembinaan
Kontraktor buat arch pulak dulu. Sepatutnya sekarang pasang rangka bumbung. Duit dana untuk membayar kerja pemasangan arch ini masih tiada..
Tidak salah kontraktor memasang arch ini tetapi arch adalah fasa pembinaan lain. Jika diikutkan dana sedia ada tidak cukup untuk membayar pembinaan pada tahap ini.
Dana sedia ada pada hari ini hanya mampu bertahan sehingga pendawaian elektrik sahaja. Selepas itu dana surau habis.
Jika baki RM14,000 AJK tidak perolehi dalam tempoh terdekat ini maka pembinaan Surau As-Syakirin mungkin menghadapi sedikit kesukaran. Tetapi jika peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 yang sudah lulus ada di dalam akaun surau, AJK sudah boleh membayar kontarktor untuk fasa pembinaan seterusnya.
Sehubungan itu AJK bermohon kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan yang sudah ditetapkan supaya segera berbuat demikian. Kepada penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan derma daripada tuan/puan semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment