Friday, April 9, 2010

RM14,000 sudah dibayar

Bendahari sudah membayar RM14,000 kepada kontraktor untuk kerja-kerja membina anjung depan,kiri dan kanan serta belakang, arch, tangga dan tembok.

Baki dana pembinaan surau yang tinggal pada hari ini adalah sebanyak RM47,638.80

Baki ini hanya cukup untuk membayar kos pembinaan di bawah

1. Pemasangan bumbung - RM32,000
2. Pendawaian elektrik - RM12,000

Jumlah = RM44,000

Untuk kerja berikutnya adalah kemasan plaster luar dan dalam bangunan. berjumlah RM14,000. Namun dana untuk membayar kerja kemasan plaster ini tidak cukup kerana baki dana tinggal lagi RM3,638.80 sahaja lagi.

Baki ini akan digunakan untuk kos pemasangan bekalan elektrik dengan kontraktor TNB. Untuk makluman penderma, staf TNB telah melawat tapak pembinaan surau pada hari Isnin baru-baru ini. Beliau telah datang untuk melihat lokasi pemasangan meter elektrik dan menentukan bilangan tiang yang perlu dipasang. Mengikut staf TNB itu lagi, bekalan elektrik akan disambung ke bangunan surau sebaik sahaja pendawaian elektrik siap.

Adalah penting kerja-kerja kemasan plaster dilakukan selepas kerja pendawaian elektrik siap. Jika kemasan plaster siap, surau As-Syakirin pada dasarnya sudah sedia digunakan.

Sehubungan itu besarlah harapan AJK semoga penduduk-penduduk yang masih belum membuat sumbangan supaya segera menunjukkan komitmen. Bagi penduduk yang sudah membuat sumbangan pula, AJK amat mengalu-alukan sekiranya penduduk ingin membuat sumbangan tambahan. Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula tidaklah dapat kami membalas jasa baik baik tuan-puan membantu kami bagi merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini. Moga-moga rezeki tuan-puan murah kerana sudi mendermakan wang ringgit bagi membantu kami menangguh kos pembinaan surau As-Syakirin ini.

No comments:

Post a Comment