Thursday, April 22, 2010

Perubahan spesifikasi kerja

Malam ini jam 9:00 malam beberapa orang AJK telah pergi ke kenduri doa selamat di rumah penduduk di jalan TPS 4/5 yang baru berpindah masuk. Oleh kerana sudah berjumpa maka sedikit perbincangan telah diadakan iaitu perihal rangka bumbung.

Memandangkan terdapat sedikit kesukaran untuk memasang rangka bumbung jenis GI ini AJK sudah bersetuju untuk menukar spesifikasi rangka bumbung iaitu daripada besi GI kepada jenis kayu.

Sebelum ini sudah tiga kontraktor memasang bumbung dicari. Yang pertama menarik diri kerana pekerjanya datang jauh daripada Puchong. Kontraktor kedua memberikan harga melebih sebutharga yang ditawarkan kontraktor. Kontraktor ke 3 pula daripada Ampang yang masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Oleh kerana masa sudah terbuang selama 3 minggu, AJK tidak sanggup lagi untuk menghadapi risiko kerja lambat dilaksanakan. Ini kerana tidak ramai pekerja yang mempunyai kemahiran untuk memasang rangka bumbung jenis besi GI. Berbanding kayu, ramai pekerja yang mahir serta dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Sehubungan itu AJK sudah memaklumkan keputusan ini kepada kontraktor AZ Asia Enterprise. Mengikut En Azman yang menyelia projek pembinaan surau As-Syakirin, hari Isnin ini kerja akan dimulakan semula.

Penulis blog turut sudah mengarahkan En Azman supaya membuat kerja kemasan plaster dan pada masa yang sama rangka bumbung dinaikkan. Ini memandangkan baki dana yang tidak cukup cuma berjumlah lebih kurang RM8000 lagi. Penulis blog yakin, dalam tempoh terdekat ini penduduk yang masih belum membuat sumbangan akan segera bertindak dan yang sudah menyumbang akan membuat sumbangan tambahan.

Jika baki dana masih juga tidak dapat dikumpul, AJK akan mencari kaedah lain. Sebagai alternatif AJK akan cuba membuat pinjaman wang daripada penduduk yang sudi meminjamkan wang mereka bagi membiayai baki pembinaan. Wang yang dipinjam daripada penduduk ini akan diganti balik. Jika tiada penduduk yang sanggup meminjamkan wang mereka terpaksalah AJK sendiri yang akan meminjamkan wang bagi membiayai dana pembinaan bagi baki yang tidak cukup ini.

Sungguhpun penulis blog sudah mengarahkan kontraktor menurap simen plaster, namun kontraktor diminta memberi prioriti kepada pembinaan bumbung. Jika bumbung siap semua kerja dapat dilaksanakan lebih mudah. Contohnya jika hujan kerja kemasan plaster boleh diteruskan dan kabel elektrik sudah boleh ditarik kerana bahagian bangunan surau yang berkenaan sudah tidak basah lagi.

Secara ringkas berikut kerja-kerja yang akan dilaksana selepas ini

1. Membina rangka bumbung dan memasang atap genting simen - RM32,000
2. Pendawaian elektrik - RM12,000
3. Kemasan plaster - Rm14,000

Jumlah = RM58,000

Baki dana dalam bank pada hari ini =RM50,000
Baki dana tidak cukup ialah =RM8,000

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, mohonlah tuan/puan segera bertindak dengan segera membuat sumbangan. Cuma RM100 sahaja bagi setiap rumah. Jika memberi dalam jumlah yang lebih banyak pula, Alhamdulillah. Moga-moga wang tuan/puan yang hilang diganti semula. Semoga rezeki taun/puan semakin bertambah lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment