Thursday, April 29, 2010

Duit dana surau hanya sampai pendawaian elektrik sahaja

Untuk makluman penduduk dana surau berbaki RM40,000 pada malam ini. Baki muktamad hanya diketahui pada 2 Mei ini apabila bendahari mendapatkan penyata terkini daripada bank.

Baki ini hanya boleh membayar kontraktor sehingga tahap pendawaian elektrik sahaja.

RM22,000 baki bayaran bumbung
RM12,000 bayaran pendawaian elektrik

JUMLAH = RM34,000

Oleh kerana RM40,000 sudah ada di dalam akaun surau di EON Bank, baki sebanyak RM6,000 boleh diguna untuk memasang kemasan plaster bahagian dalam surau dulu.

Namun untuk menurap kemasan plaster keseluruhan bangunan baki sebanyak RM8,000 perlu dicari lagi.

Jika wang baki sedia ada digunakan untuk membayar kemasan plaster bahagian dalam bangunan surau, wang untuk kos pemasangan bekalan elektrik sebanyak RM2100 sudah tiada.

Sehubungan itu penduduk-penduduk boleh membantu AJK dengan menghulurkan sumbangan. Yang sudah menyumbang boleh terus membuat sumbangan tambahan dan bagi yang belum menunaikan tanggungjawab bersama ini tuan/puan boleh mengkredit terus sumbangan ke akaun surau dengan maklumat nombor akaun di bawah:

No akaun : 0675-11-000-223-3
Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Bank : EON Bank

Jika ada individu daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih yang sudi membantu dengan menghulurkan sumbangan, kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sudah bayar RM10,000

Jam 11:05 malam tadi bendahari sudah membayar RM10,000 kepada kontraktor AZ Asia Enterprise sebagai pendahuluan memasang rangka bumbung. Bayaran ini bertujuan sebagai modal kontraktor untuk membeli bahan binaan.

Pada hari Selasa 2 hari yang lalu kontraktor sudahpun membeli kayu saiz 3 X 5 inci ,besi konkrit Y18, plywood, zink alur air hujan, paku dan skru. Mulai pagi tadi kerja-kerja pemasangan rangka bumbung sudahpun dimulakan.

Mengikut kontraktor mereka akan menambah beam bagi menyokong rangka bumbung berbentuk H. Sementara menunggu perancah untuk menahan beam bumbung sampai, kerja-kerja dimulakan dengan memasang rangka bumbung sisi dahulu.

Nota:

Pembayaran sudah dibuat kepada kontraktor sebelum ini - RM101,000
Pembayaran terbaru untuk rangka bumbung sisi bangunan - RM10,000

JUMLAH SEMUA BAYARAN SUDAH DIBERI KEPADA KONTRAKTOR= RM111,000
( Satu ratus sebelas ribu sahaja )

Mesyuarat di KIV

mesyuarat ditangguhkan dahulu ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Kerja dimulakan semula

Hari ini kerja-kerja membina rangka bumbung sudah dimulakan semula. 5 pekerja mula memasang rangka bumbung daripada kayu pada sisi kiri dan kanan surau dulu.

Terdapat sedikit perubahan cara bayaran iaitu

1. Rangka bumbung sisi kiri,kanan,depan dan belakang siap - RM10,000
2. Rangka bumbung ruang solat siap - RM10,000
3. Pemasangan atap genting simen siap - RM12,000

Jumlah semua = RM32,000

Monday, April 26, 2010

Penulis blog sudah berjumpa En Azman

Malam tadi lebih kurang jam 9:30 malam penulis blog telah berjumpa En Azman bertanyakan hal mengapa tiada bahan binaan sampai pada petang tadi. Mengikut En Azman kedai hardware tidak sempat menghantar bahan binaan tersebut. Esok baru bahan binaan akan dihantar ke tapak surau.

En Azman juga memaklumkan dalam minggu ini pekerja akan datang semula ke tapak surau. Mungkin hari Rabu atau Khamis bergantung jika bahan binaan sudah sampai ke tapak surau.

En Azman juga memaklumkan bahawa sebaik sahaja kerja dimulakan, dalam tempoh 3 minggu rangka bumbung akan siap. Rangka bumbung siap, kerja-kerja menyusun atap genting simen sudah boleh dibuat. Kerja menyusun atap genting simen tidak lagi sukar. Dalam tempoh seminggu sudah boleh boleh disiapkan.

Hari Jumaat malam Sabtu mesyuarat AJK

Untuk makluman AJK satu mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : Jumaat
Masa : 9:30/10:00 malam
Tempat: Rumah bendahari

Agenda:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Mengesah minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Laporan kewangan
5. Hal-hal lain

Antara perkara yang akan diperbincangkan adalah:
5.1 Status pembinaan terkini dan jumlah bayaran yang sudah dilakukan
5.2 Jumlah dana yang masih tidak cukup
5.3 Dokumen permohonan peruntukan kepada LZS sudah dihantar tetapi masih tiada jawapan
5.4 Perkembangan terkini pembinaan surau
5.4.1 Pembinaan bumbung
5.4.2 Pendawaian elektrik
5.5 Status permohonan bekalan air dan elektrik
5.6 Gotong royong membersih kawasan luar dan dalam sebaik surau siap dibina dan sedia digunakan
5.7 Memohon bantuan menurap tarmac daripada YB ADUN Semenyih untuk jalan masuk dan kawasan parking
6 Penangguhan mesyuarat


Sehubungan itu semua AJK diwajibkan hadir . AJK juga akan meminta supaya En Zakri pengurus projek AZ Asia Enterprise dan En Azman selaku penyelia projek untuk turut hadir ke dalam mesyuarat tersebut.

Nota : Keputusan mengadakan mesyuarat akan dibuat pada hari Khamis malam Jumaat . Kepada AJK, harap maklum. Jika tiada sms atau surat dihantar kepada AJK bermakna mesyuarat ditangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Tiada bahan binaan sampai ke tapak surau

Sehingga jam 6:00 petang tadi tiada bahan binaan sampai ke tapak surau. Mengikut En Azman ketika dihubungi penulis blog pada jam 2:30 petang tadi, beliau sedang berada di kedai hardware untuk membeli bahan binaan. Mengikut En Azman lagi beliau sudah memesan bahan binaan dengan kos sekitar RM24,000 dan beliau ingin meminta jasabaik AJK untuk membayar sebanyak RM20,000.

Setelah berbincang sesama AJK, AJK membuat keputusan akan membayar kontraktor sehingga RM10,000 sahaja. Namun bayaran ini bergantung kepada jumlah bahan binaan yang sampai ke tapak surau. Baki bayaran akan dibuat secara beransur-ansur kepada kontraktor bergantung kepada peratus siap kerja sehingga jumlahnya genap RM32,000. Inilah opsyen bayaran yang dipersetujui AJK.

Perincian bayaran akan dilakukan kepada kontraktor ( RM32,000 = 100% )

1. Bahan binaan sampai ke tapak surau. ( Semua komponen bahan ) - RM10,000
2. Rangka bumbung atas siap - RM10,000
3. Rangka bumbung bahagian sisi siap - RM5,000
3. Atap genting siap dinaikkan - RM7,000

Masih tiada berkerja

Hari ini masih tiada pekerja bekerja di tapak surau. Melihat hal ini penulis blog terus menelefon en Azman untuk bertanya. Mengikut en Azman beliau sedang berada di kedai hardware memesan bahan binaan untuk rangka bumbung. Katanya lagi petang nanti jam 5:00 ke 6:00 petang bahan binaan itu akan sampai ke tapak surau.

Jadi pada petang nanti penulis blog akan memantau di tapak surau betul atau tidak barang ada dihantar.

Oleh kerana sudah 3 minggu tiada sebarang kerja dilaksanakan agak bimbang penulis blog melihat keadaan tersebut.

Penulis blog mahu kontraktor bertanggungjawab memastikan pembinaan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

Untuk fakta AJK sudah membelanjakan sebanyak RM101,000 untuk membayar kepada kontraktor bagi kerja-kerja yang sudah dilaksanakan. Walaupun sudah membayar sebanyak ini, suraunya masih belum dapat digunakan. Hanya apabila bumbung siap sahaja baru surau ini dapat digunakan.

Ada dua fasa pembinaan yang kritikal untuk surau ini. Pertama struktur bangunan siap dan kedua adalah bumbung siap. Kerja-kerja lain adalah lebih mudah untuk disiapkan.

Oleh sebab itu penulis blog berharap kontraktor dapat menunaikan tanggungjawabnya. Penulis blog tidak mahu kontraktor meninggalkan projek surau ini dalam keadaan ia tidak siap. Senang cerita terbengkalai.

Jika ini berlaku sudah pasti ramai penderma akan kecewa. AJK sudah tentulah antara yang paling kecewa kerana AJK sudah bertungkuslumus melaksanakan proses pengurusannya. Menguruskan pembinaan sebuah surau bukannya kerja yang senang. Ia jadi susah kerana dana pembinaannya yang unik kerana dibiayai atas sumbangan orang ramai.

Thursday, April 22, 2010

Perubahan spesifikasi kerja

Malam ini jam 9:00 malam beberapa orang AJK telah pergi ke kenduri doa selamat di rumah penduduk di jalan TPS 4/5 yang baru berpindah masuk. Oleh kerana sudah berjumpa maka sedikit perbincangan telah diadakan iaitu perihal rangka bumbung.

Memandangkan terdapat sedikit kesukaran untuk memasang rangka bumbung jenis GI ini AJK sudah bersetuju untuk menukar spesifikasi rangka bumbung iaitu daripada besi GI kepada jenis kayu.

Sebelum ini sudah tiga kontraktor memasang bumbung dicari. Yang pertama menarik diri kerana pekerjanya datang jauh daripada Puchong. Kontraktor kedua memberikan harga melebih sebutharga yang ditawarkan kontraktor. Kontraktor ke 3 pula daripada Ampang yang masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Oleh kerana masa sudah terbuang selama 3 minggu, AJK tidak sanggup lagi untuk menghadapi risiko kerja lambat dilaksanakan. Ini kerana tidak ramai pekerja yang mempunyai kemahiran untuk memasang rangka bumbung jenis besi GI. Berbanding kayu, ramai pekerja yang mahir serta dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Sehubungan itu AJK sudah memaklumkan keputusan ini kepada kontraktor AZ Asia Enterprise. Mengikut En Azman yang menyelia projek pembinaan surau As-Syakirin, hari Isnin ini kerja akan dimulakan semula.

Penulis blog turut sudah mengarahkan En Azman supaya membuat kerja kemasan plaster dan pada masa yang sama rangka bumbung dinaikkan. Ini memandangkan baki dana yang tidak cukup cuma berjumlah lebih kurang RM8000 lagi. Penulis blog yakin, dalam tempoh terdekat ini penduduk yang masih belum membuat sumbangan akan segera bertindak dan yang sudah menyumbang akan membuat sumbangan tambahan.

Jika baki dana masih juga tidak dapat dikumpul, AJK akan mencari kaedah lain. Sebagai alternatif AJK akan cuba membuat pinjaman wang daripada penduduk yang sudi meminjamkan wang mereka bagi membiayai baki pembinaan. Wang yang dipinjam daripada penduduk ini akan diganti balik. Jika tiada penduduk yang sanggup meminjamkan wang mereka terpaksalah AJK sendiri yang akan meminjamkan wang bagi membiayai dana pembinaan bagi baki yang tidak cukup ini.

Sungguhpun penulis blog sudah mengarahkan kontraktor menurap simen plaster, namun kontraktor diminta memberi prioriti kepada pembinaan bumbung. Jika bumbung siap semua kerja dapat dilaksanakan lebih mudah. Contohnya jika hujan kerja kemasan plaster boleh diteruskan dan kabel elektrik sudah boleh ditarik kerana bahagian bangunan surau yang berkenaan sudah tidak basah lagi.

Secara ringkas berikut kerja-kerja yang akan dilaksana selepas ini

1. Membina rangka bumbung dan memasang atap genting simen - RM32,000
2. Pendawaian elektrik - RM12,000
3. Kemasan plaster - Rm14,000

Jumlah = RM58,000

Baki dana dalam bank pada hari ini =RM50,000
Baki dana tidak cukup ialah =RM8,000

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, mohonlah tuan/puan segera bertindak dengan segera membuat sumbangan. Cuma RM100 sahaja bagi setiap rumah. Jika memberi dalam jumlah yang lebih banyak pula, Alhamdulillah. Moga-moga wang tuan/puan yang hilang diganti semula. Semoga rezeki taun/puan semakin bertambah lagi pada masa akan datang.

Tuesday, April 20, 2010

Terima RM500 hari ini

Derma terbaru diterima daripada En Mohd Faizal b Johan jalan TPS 4/1 . Sumbangan melalui deposit cek EON Bank berjumlah RM500. Terima kasih kepada En Mohd Faizal atas komitmen sumbangan yang diberikan.

Hari ini tiada seorang pekerja pun yang bekerja di tapak surau. Rangka bumbung masih juga belum dipasang.

Agak hampa juga penulis blog melihat tiada sebarang kerja dilakukan pada hari ini.

Setakat ini baki dana di bank kemungkinan sudah mencapai RM50,000.

kredit ke akaun surau



Mesej dalam email assyakirin.tps@gmail.com

sumbangan daripada En Aidi Shah dan Pn Shalinda dari Jln TPS 4/3 sebanyak RM120

Monday, April 19, 2010

Minat nak jadi kontraktor. Daftar di sini


Kalau nak dapat projek kerajaan kena berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Laman web di atas

Kalau buat projek kerajaan, kena juga berdaftar dengan e-perolehan kerana bayaran akan dibuat secara online terus ke akaun syarikat.


Kena berdaftar dengan CIDB


Kena berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor



AZ Asia Enterprise ( Nombor 344 ) tersenarai sebagai kontraktor bumiputra kelas F

Penubuhan badan khairat Surau As-Syakirin

Apabila surau As-Syakirin siap nanti, penulis blog ingin mencadangkan kepada AJK baru nya supaya menubuhkan badan khairatnya sendiri. Jika ada penduduk fasa 6 dan 7 ini sudah menjadi ahli badan khairat di tempat lain, mereka boleh meneruskan keahlian di tempat lama dengan terus membayar yuran keahlian. Jika menjadi ahli dua buah badan khairat, ini memberikan kelebihan kerana penduduk boleh menerima bantuan khairat daripada dua badan yang berlainan.

Cadangan penulis blog mengenai keahlian badan khairat Surau As-Syakirin:

1. Bayaran masuk menjadi ahli RM10.00
2. Yuran bulanan sebanyak RM2.00 sebulan
3. Bayaran akan dikutip setahun sekali iaitu RM24.00 setahun
4. Pilihan membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak Rm500.
5. Jumlah sumbangan kepada ahli adalah RM500
6. Sumbangan penuh sebanyak RM500 diberi hanya kepada ahli dan isteri/suami
7. Anak dibawah tanggungan diberikan sumbangan separuh iaitu RM250
8. Anak yang sudah berkahwin perlu mendaftar sebagai ahli baru

Jika penduduk menjadi ahli 2 buah badan khairat, kelebihan yang diterima penduduk adalah seperti berikut:

Sumbangan daripada badan khairat 1 - RM700
Sumbangan daripada badan khairat 2 -RM500

Jumlah sumbangan akan diterima =RM1200

Bagaimana jika tidak mahu menjadi ahli?

Tidak mengapa. Tiada paksaan untuk menjadi ahli. AJK juga menghormati pendirian penduduk. Namun penduduk jangan bimbang, jika penduduk memerlukan pertolongan, AJK Surau As-Syakirin sudi menghulurkan bantuan.

Dapatkan borang menjadi ahli di sini..
(Isi dan serahkan kepada AJK yang dilantik)

Resit sudah ditulis

kepada penderma di bawah, dimaklumkan resit derma tuan/puan sudah ditulis tetapi bendahari tiada kesempatan untuk menghantarnya ke rumah tuan/puan. Ada masa luang nanti baru bendahari akan hantar. Bendahari agak sibuk sekarang..

1. Hj Abdul Ghani b Hj Alias - RM500
2. Hajah Maimunah bt Talib - RM100
3. Nik Azril Elmi b Nik Abduillah -RM100
4. Irwan b Ismail-RM500

Sekian harap maklum.

Derma diterima hari ini

Hari ini bendahari menerima derma daripada En irwan b Ismail jln TPS 4/4 berjumlah RM500.

Di tapak surau hari ini kelihatan pekerja membersihkan sisa simen dalam ruang solat.

Pemasangan rangka bumbung kelihatannya belum bermula lagi.

Pn Misnah telefon pagi tadi

Pagi tadi sekitar jam 9:00 pagi penulis blog dihubungi seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor. Beliau meminta AJK menghantar invois tuntutan bayaran daripada kontraktor dan minta dihantar secepat mungkin ke ibupejabat Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam.

Sehubungan itu penulis blog sudah menghubungi En Zakri kontraktor AZ Asia Enterprise supaya dapat menyediakan invois sehingga bumbung siap iaitu tahap 70% seperti diminta oleh LZS.

Oleh kerana bumbung surau masih belum siap, penulis blog memohon supaya kontraktor dapat segera bertindak. Ini kerana dalam tempoh 2 minggu ini kerja memasang rangka bumbung masih belum dimulakan. Sebelum ini kontraktor memberi jaminan bumbung akan siap dalam tempoh 10 ke 15 hari.

Saturday, April 17, 2010

tempoh 2 minggu berlalu

Sudah 2 minggu tempoh berlalu namun kerja pemasangan rangka bumbung masih belum bermula. Bimbang dan tidak senang duduk penulis blog memikirkan masalah ini. Banyak kali juga penulis blog menghubungi kontraktor apa yang berlaku sebenarnya.

Mengikut kontraktor masalah berlaku apabila pekerja yang pada mulanya akan memasang bumbung ini menarik diri. Ini kerana pekerja indonesia tersebut datang daripada Puchong dan mereka tiada kenderaan untuk datang ke sini.

Sekarang ini pekerja baru pula sudah dipanggil untuk memasang rangka bumbung ini. Penulis blog juga sudah berjumpa beliau dua kali. Namun statusnya penulis blog tidak pasti sama ada jadi atau tidak beliau memasangnya. Ini bergantung kepada persetujuan harga antara beliau dan kontraktor AZ Asia Enterprise.

Apa yang penulis blog harapkan adalah kontraktor dapat memastikan pembinaan berada dalam tempoh kawalan. Sebelum ini En Azman penyelia projek sudah berjanji sebelum akhir Mei ini surau As-Syakirin akan siap dan sedia digunakan.
------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini baki dana dibank adalah berjumlah RM48,238.80. Jumlah ini mengambilkira baki semasa dibank dicampur dengan wang tunai yang dimasukkan oleh penulis blog sendiri ke dalam bank. Wang penderma melalui slip bank dan transaksi perbankan internet tidak diambil kira. Jadi jumlah dana terkini dibank sebenarnya adalah lebih daripada jumlah di atas.

Jumlah terkini dibank hanya diketahui pada 1 Mei 2010 apabila penulis blog mendapatkan penyata bank terkini daripada EON Bank. Jumlah terkini di bank mungkin juga lebih daripada jumlah di atas jika ada penderma yang terus mengkredit sumbangan ke dalam akaun Surau As-Syakirin secara senyap-senyap dan tidak pula menghantar slip bank kepada bendahari.

Daripada RM48,238.80 sen ini, wang ini digunakan untuk membayar

1. Bumbung - RM32,000
2. Pendawaian elekrik - Rm12,000

Jumlah RM44,000

baki lagi RM4,000 akan diigunakan untuk memasang bekalan air dan elektrik.

Penulis blog berharap dalam tempoh terdekat ini akan ada derma diterima lagi. Sebanyak lebihkurang RM10,000 lagi diperlukan bagi memastikan wang untuk membayar kerja-kerja kemasan plaster dalam dan luar bangunan dibuat. Jika dinding sudah diplaster, surau as-Syakirin pada dasarnya sudah siap dan sedia untuk digunakan.

Kerja-kerja lain boleh dibuat dalam keadaaan surau sudahpun digunakan iaitu

1 . Kerja mengecat
2. Kerja membina apron kiri dan kanan serta longkang
3. Kerja membekal pintu,tingkap serta aksesori
4. Kerja pembersihan dan pembuangan sisa pembinaan

NOTA : AJK sudah membayar RM101,000 kepada kontraktor.Mengambil kira baki dana terkini dibank berjumlah RM48,238.80, jadi jumlah semua dana pembinaan surau yang berjaya dikumpul AJK adalah berjumlah RM149,238.80

Conduit sudah siap

Sehingga hari ini conduit untuk kabel elektrik sudah siap dipasang semuanya. Namun kabel elektrik masih belum dapat dipasang kerana bumbung masih belum siap. Kabel tidak boleh dipasang jika bumbung tiada kerana jika dipasang air akan masuk ke conduit dan kabel letrik akan rosak.

Sehingga hari ini kontraktor yang memasang rangka bumbung surau masih belum memulakan kerja.

DERMA TERBARU

1. Nik Azril Elmi b Nik Abdullah jln TPS 4/10 - RM100
2. Pn Hajah Maimunah bt Talib dr Kg Rinching Hulu - RM100

Thursday, April 15, 2010

Derma terbaru jam 9:30 malam

Baru tadi penulis blog terima derma berjumlah RM400 daripada en Mohd Zaini Jln TPS 4/4 untuk keluarga Ahmad b Saad .

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Moga-moga tuan/puan dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

Petang tadi penulis blog sempat ke rumah En Azman bertanyakan hal pemasangan rangka bumbung ini. Menurut beliau dalam 2 hari lagi rangka bumbung akan dipasang. Menurut En Azman lagi beberapa besi alminium hollow bersaiz 6 inci akan dibeli untuk dijadikan alang supaya rangka menjadi kuat.

En Azman juga memohon jasa baik AJK surau untuk menuntut bayaran pendahuluan sebanyak RM10,000 pada hari pertama pekerja memasang rangka bumbung.

Baki RM10,000 masih perlu dikumpul

Sehingga hari ini AJK masih kekurangan lebihkurang RM10,000 untuk membiayai keseluruhan kos pembinaan surau As-syakirin. Namun jumlah ini sudah mengambilkira jika jumlah peruntukan Rm40,000 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima.

Jika peruntukan ini ditarik balik atau lambat disalurkan bermakna AJK akan menghadapi masalah kekurangan jumlah lebih besar lagi dana pembinaan surau.

Mengikut Lembaga Zakat Selangor, peruntukan hanya dapat disalurkan apabila pembinaan telah berstatus 70%. Mengikut kontraktor siap bumbung adalah berstatus 70% siap tetapi sehingga hari ini bumbungnya masih juga belum siap lagi.

Derma hari ini

Rm500 diterima drp Tn Hj Ghani b Hj Alias ( kredit terus ke akaun surau )

Kerja membina rangka bumbung masih belum bermula.

Kerja memasang conduit kabel letrik masih berjalan .

Pekerja lama juga kelihatan mengemas dan mengumpul kayu-kayu sisa binaan di satu tempat supaya mudah diangkut keluar daripada tapak surau. Selepas ini pembinaan seterusnya tidak menggunakan frame kayu lagi.

Tuesday, April 13, 2010

Derma hari ini


Untuk makluman penderma di atas, buat sementara ini resit rasmi tidak dikeluarkan dahulu. Bendahari akan membuat pengesahan sebaik menerima penyata bank berakhir 30 April 2010.Setelah disahkan baru bendahari akan mengeluarkan resit rasmi.

Kerja hari ini masih pasang conduit untuk pendawaian elektrik. Rangka bumbung masih belum dipasang lagi.

Monday, April 12, 2010

Baki terkini

Baki dalam bank pada hari ini = RM47,738.80

Bayaran sudah dibuat kepada kontraktor = RM101,000

Jumlah dana diterima = RM148,738.80

Jumlah dana dikumpul + peruntukan LZS RM40,000 = RM188,738.80

Harga kos binaan surau = RM196,500 + Letrik RM2100 + air RM1100 = 199,700

Baki tidak cukup = RM199,700 - RM188,738.80 =RM10,961.20

Baki sebanyak RM10,961.20 ini telah mengambil kira peruntukan daripada LZS. Jika peruntukan ini tidak diperolehi atau ditarik balik bermakna AJK masih kekurangan dana sebanyak RM50,961.20

status pembinaan terkini





Foto status pembinaan terkini surau. Anjung depan,belakang,sisi kiri dan kanan, arch, tangga dan tembok sudah siap.

Dalam 2 hari ini pekerja sedang memasang konduit kabel elektrik.

Kerja-kerja pemasangan rangka bumbung masih belum dibuat.

Seperti dimaklumkan penulis blog, jika bumbung siap pendawaian elektrik akan dibuat sepenuhnya. Selagi tiada bumbung, kabel elektrik tidak dapat ditarik ke dalam konduit kerana ia akan dimasuki air. AJK berharap dalam tempoh sehari dua ini kerja-kerja pemasangan rangka bumbung akan dimulakan.

Untuk pendawaian elektrik AJK akan membayar kontraktor sebanyak RM12,000
Untuk pemasangan bumbung AJK akan membayar lagi RM32,000

Sehingga di sini, dana pembinaan surau sudah habis digunakan.

Jika peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 masih belaum diperolehi, pembinaan surau mungkin akan dihentikan.

Tetapi jika baki sebanyak RM14,000 diperolehi lagi daripada penderma, kerja seterusnya iaitu kemasan plaster simen dalam dan luar bangunan boleh diteruskan.

Bergantung kepada baki dana yang ada, AJK akan meminta kontraktor membuat plaster bahagian dalam dulu dengan meninggalkan bahagian luar. Dewan solat pula akan disimen render. Jika kerja berada pada tahap ini, surau as-Syakirin sudah sedia untuk digunakan.

Kini kontraktor pemasangan bekalan air dan elektrik sudah sedia untuk menyambung bekalan sebaik sahaja bumbung sudah siap dipasang.

Sehubungan itu penduduk-penduduk boleh membantu AJK dengan segera membuat sumbangan bagi yang belum. Yang sudah memberi sumbangan pula amat dialu-alukan untuk membuat sumbangan tambahan.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, di atas jasa baik pihak tuan/puan membantu kami mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin kami AJK pembinaannya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sunday, April 11, 2010

Alangkah bagusnya kalau ada surau atau masjid untuk kaum cina di Kuala Lumpur. Ia boleh jadi produk pelancongan







Masjid cina boleh jadi produk pelancongan kerana senibinanya agak unik juga. Di Kuala Lumpur adakah masjid cina ini?

Lebih 500 list sudah diedar

Mengedar list derma adalah kaedah pencarian dana yang dipohon AJK daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Melalui kaeadah ini lebih 500 list derma sudah diedar AJK ke luar sama ada dibawa AJK atau diposkan ke alamat-alamat tertentu. Mengedar list ini sama jugalah dengan entry penulis blog sebelum ini. Mencari penderma ini ibarat menjala ikan atau menahan pukat atau lukah juga. Ada rezeki maka dapatlah. Tiada rezeki tidaklah dapat apa-apa.

Namun daripada lebih 500 list yang diedarkan tidak semuanya dikembalikan kepada AJK. Seingat penulis blog tidak sampai 100 pun list derma yang sudah diedarkan dikembalikan kepada AJK. List itu tidak dipulangkan oleh penerimanya.

Surat yang diedarkan AJK mengandungi pelbagai dokumen untuk memohon sumbangan daripada penerimanya. Penerimanya dipilih secara rambang. Jika penerima surat yang AJK poskan sudi menderma maka dapatlah AJK dana seperti yang dirancang. Yang tidak mahu menyumbang dana, AJK memohon kerjasama penerimanya untuk memulangkan kembali secara pos ke alamat AJK kerana sampul surat berstem dan beralamat AJK pembinaan telah disediakan. Namun banyak list yang tidak dikembalikan. Penting list derma tersebut dikembalikan kerana ia akan di audit. Tetapi jika tidak dikembalikan tidaklah dapat AJK berbuat apa-apa. Tiada tindakan akan dibuat kepada penerimanya. Cuma AJK hanya boleh mencatat list bernombor sekian-sekian tidak dikembalikan.

Penulis blog berharap janganlah mana-mana pihak menyalahgunakan list tersebut dengan mengumpulkan derma tetapi wangnya tidak sampai pula ke tangan AJK. Jika jadi begini, kasihan kepada penderma-penderma yang telah menghulurkan sumbangan. Mereka berharap wang mereka dimanfaatkan untuk membina surau sebaliknya wang itu disalahguna pula.

tiada bekerja

Seminggu ini tiada sebarang kerja dilakukan di tapak surau. Status terakhir pembinaan ialah pembinaan anjung depan,belakang,sisi kiri, kanan, arch, tangga dan tembok. AJK juga sudah membuat pembayaran sebnayak RM14,000 kepada kontraktor untuk kerja-kerja di atas.

Kerja selepas ini adalah memasang rangka bumbung pula. Mengikut kontraktor hari Isnin ini baru pekerja baru akan datang.

Penulis blog akan tunggu hari Isnin untuk melihat perkembangannya..

Saya penduduk fasa 6 dan 7 TPS. Saya akan ke surau PGA sahaja

Memandangkan kedudukan surau PGA berjarak 2KM daripada komuniti fasa 6 dan 7 TPS ini, penulis blog fikir mungkin ada juga penduduk yang akan berjemaah ke sana. Jadi barangkali juga ini boleh dijadikan sebab mengapa mereka tidak perlu memberikan sumbangan yang sudah ditetapkan AJK sebanyak Rm100 bagi setiap rumah di fasa 6 dan 7 TPS ini.

Walaupun AJK tidak memaksa penduduk untuk memberikan sumbangan ini, namun komitmen penduduk amat diperlukan. Mana-mana surau yang dibangunkan di taman perumahan adalah dibina dengan sokongan penduduk. Surau PGA berhadapan Tesco itu bukannya surau di taman perumahan. Surau PGA adalah surau milik premis kerajaan. Milik Pasukan Gerak Am. Dulu dikenali Polis hutan. Ia dibiayai 100% dengan dana kerajaan. Melihat saiz dan rekabentuk surau PGA itu, penulis blog fikir barangkali harganya sampai 1 juta. Surau PGA ini apabila siap rasanya boleh digunakan oleh orang awam juga. Jika ada solat Jumaat di situ senanglah penduduk di TPS ini tumpang bersolat Jumaat. Tidaklah perlu pergi jauh lagi. Penulis blog juga berharap supaya pihak kerajaan dapat segera bertindak supaya pembinaan surau PGA ini disambung semula. Sakit mata jugalah penulis blog melihat pembangunannya yang terbengkalai itu.

Saturday, April 10, 2010

Siap surau, tandas pula tiada

Memang sejak awal fokus AJK adalah menyiapkan bangunan surau terlebih dulu. Tandas akan dibuat kemudian. Sebaik surau siap, fokus AJK seterusnya adalah pencarian dana untuk membina kemudahan surau pula. Barangkali penulis blog akan menyerahkan usaha seterusnya kepada orang lain pula. Terasa nak letak jawatanlah pulak.. Penulis blog nak jadi ahli jemaah sahaja selepas ini. Jawatan bendahari ini bagi sahajalah pada orang lain.

Sekarang ini hari-hari penulis blog memikir cara mencari dana dan membuat kerja-kerja pengurusan. Menaip diblog ini memakan masa yang lama juga. Sedar-sedar 2, 3 jam penulis blog mengadap komputer mengemaskini blog ini. Tidak bertindak, dana pula tidak masuk. Risau pula penulis blog memikirkannya. Bimbang terbengkalai pula pembinaan surau as-Syakirin ini. Oleh kerana masa ditumpukan kepada kerja surau ini, banyak juga kerja hakiki penulis blog tertangguh-tangguh.

Derma diterima hari ini

Petang tadi Hj Halim datang ke rumah penulis blog menyerahkan derma daripada En Hijad Ali sebanyak RM100.

Bersembang dengan Tn Hj Halim beliau bertanya apa warna atap surau nanti. Penulis blog memaklumkan warna coklat dan kontraktor pun sudah menunjukkan contoh warna atap genting simen itu.

Mengikut Tn Hj Halim beliau lebih suka warna biru. Penulis blog juga bersetuju dengan warna biru kerana warnanya nampak lembut.

Kontraktor memaklumkan warna atap adalah coklat dan warna bangunan luar adalah warna tanah. Nampak sepertinya warna itu agak panas pula.

Besok penulis blog akan bincang dengan AJK yang lain dan juga kontraktor. Tapi sekarang penulis blog cakappun tak guna. Duit untuk membayar cat bangunan suraupun tiada lagi. Kecualilah dalam tempoh terdekat ini baki dana sebanyak RM14,000 diperolehi AJK serta bantuan peruntukan daripada LZS diterima dan sudah ada dalam akaun surau di EON Bank.

Surau as-Syakirin bukan untuk penduduk fasa 6 dan 7 sahaja


Dalam Taman Pelangi Semenyih fanbook penulis blog sudah ditegur kerana membuat satu kenyataan yang tidak sepatutnya. " Surau as-Syakirin khas untuk penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih sahaja "

Maka ditegur penulis blog oleh moderator TPS facebook itu. Katanya surau As-Syakirin ini bukan untyuk penduduk fasa 6 dan 7 TPS sahaja tetapi untuk semua muslimin dan muslimat. Penulis blog diingatkan supaya berhati-hati membuat kenyataan pada masa hadapan.

Moderator TPS facebook itu tidaklah penulis blog tahu siapa orangnya. Moderatornya tidak berani memperkenalkan diri. Tidak mengapalah. Tidaklah penulis blog berkecil hati atas teguran yang diberikannya.

Tersedar penulis blog. Rupanya penulis blog sudah tersilap. Gembiranya penulis blog ditegur sedemikian rupa. Betul... sesiapa sahaja boleh menggunakan surau As-Syakirin ini apabila ia sudah siap nanti.

Secara psikologi usaha penulis blog dan AJK membangunkan surau As-Syakirin ini sudah diiktiraf oleh orang lain.

Nak buang air pun cari surau dan masjid


Tandas surau dan masjid akan menjadi seperti tandas awam !



Biar betul....

Betul...tiada yang salah. Semuanya betul belaka....

Sengaja penulis blog menjadikan entry ini sebagai tajuk pada hari ini. Tandas awam...Ya, tandas awam...

Bermusafir ke tempat orang menaiki kenderaan, melancong, balik ke kampung, menziarahi rakan, pergi ke majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi urusan kadangkala di pertengahan jalan perut penulis blog terasa sakit mahu membuang air. Pundi kencing pula menjadi penuh minta dikeluarkan airnya. Tandas awam pula tiada. Tak kan pula mahu membuang air di dalam hutan. Stesen minyak pula tidak kelihatan. Oleh kerana terdapat masjid atau surau di pertengahan jalan, tidak segan silu penulis blog untuk singgah menumpang membuang bahan kumuh ini.

Masjid dan surau di pertengahan jalan adalah lokasi wajib yang penulis blog akan singgah untuk menunaikan solat apabila masuk waktunya. Menunaikan solat jamak atau qasar jika cukup jarak perjalanannya. Jadi sementelahan singgah bersolat, bolehlah juga membuang air.

Begitulah juga dengan surau As-Syakirin ini. Penulis blog pasti tandas nya akan digunakan oleh orang ramai, khususnya musafir atau tetamu yang datang ke rumah sanak-saudara di sini. Menghadiri majlis perkahwinan , barangkali ada tetamu yang akan singgah di surau As-Syakirin untuk tumpang bersolat dan membuang air.

Bukankah tandas surau akan menjadi seperti tandas awam juga !

Sebab itulah penulis blog berani menyatakan, walaupun kita tidak mahu datang ke surau, suatu masa ia akan memberi perkhidmatan kepada kita juga. Menggunakan tandas surau juga adalah satu perkhidmatan yang kita akan gunakan.

Jangan lupa pada akhir hayat kita, entiti masjid dan surau adalah tempat terakhir akan kita kunjungi dalam keadaan kita sudah tidak mempunyai roh lagi dan hanya jasad yang kaku diusung orang ke sana ke mari atau paling tidak AJK masjid dan surau adalah orang yang akan memberikan perkhidmatan kepada kita. Mana mungkin kita boleh berkata kita tidak memerlukan masjid atau surau.



Jadi kepada sesiapa yang memahami konsep ini, berilah sokongan kepada kami AJK pembinaan surau As-Syakirin merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini secepat mungkin dengan menghulurkan sumbangan membiayai dana pembinaannya.

Friday, April 9, 2010

RM101,000 sudah dibayar kepada kontraktor

Sehingga hari ini sebanyak RM101,000 sudah dibayar kepada kontraktor.

Pada tengahari tadi En Zakri, En Azman dan pekerja membina bumbung berada di tapak surau. Mengikut En Zakri dalam tempoh terdekat ini, pekerja akan mula memasang rangka bumbung. Mungkin besok atau pun hari Isnin pekerja tersebut akan bermula.

En Zakri adalah pengurus projek AZ Asia Enterprise
En Azman adalah penyelia projek pembinaan surau As-Syakirin

Pendawaian elektrik juga masih belum bermula. Penulis blog dimaklumkan En Halim KCRM Enterprise akan memasang casing atau conduit dulu. Bahan-bahannya sudahpun dihantar ke tapak surau. Tapi sehingga hari ini masih belum dipasang lagi.

Seperkara lagi untuk makluman penderma seorang penduduk di Bandar Rinching telah mendermakan tangki air politank 1000 gelen kepada surau. Jadi AJK sudah dapat menjimatkan wang dengan tidak perlu membeli tangki air lagi. Terima kasih kepada isteri profesor Aziz yang mendermakan tangki air tersebut.

RM14,000 lagi perlu dicari untuk membayar kemasan plaster

Kini AJK perlu mencari baki dana untuk membayar kerja-kerja kemasan plaster dinding luar dan dalam bangunan sebanyak RM14,000.

Baki dana selepas membayar pendawaian elektrik hanya RM3,6800. Daripada jumlah ini sebanyak RM2100 diperuntuk untuk membayar kos pemasangan bekalan elektrik. Kos pemasangan bekalan air AJK sudah mendapat penaja. Namun jika penaja menarik diri, baki masih ada kerana kos pemasangan bekalan air pula adalah sebanyak RM1100.

Jadi selepas ini AJK sudah kehabisan dana untuk kerja-kerja pembinaan seterusnya.

Peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 masih belum diperolehi oleh AJK. Namun untuk makluman penderma AJK sudah menghantar dokumen permohonan kepada LZS untuk memohon awal peruntukan tersebut. Syarat LZS pembinaan mesti berstatus 70% siap baru AJK boleh menuntut peruntukan tersebut. Tapi kini pembinaan masih belum mencapai tahap 70%. Status pembinaan surau semasa adalah pada tahap 60%. Siap kemasan plaster baru status 70% pembinaan siap tercapai. Mengikut kontraktor bumbung siap adalah berstatus 70% namun selepas penulis blog membuat perkiraan daripada aspek kewangan, AJK perlu membayar sehingga RM137,000 kepada kontraktor baru .

( RM196500 X 70% = RM137,550 ) - Rm137,550 ini adalah pada tahap kemasan plaster.

RM14,000 sudah dibayar

Bendahari sudah membayar RM14,000 kepada kontraktor untuk kerja-kerja membina anjung depan,kiri dan kanan serta belakang, arch, tangga dan tembok.

Baki dana pembinaan surau yang tinggal pada hari ini adalah sebanyak RM47,638.80

Baki ini hanya cukup untuk membayar kos pembinaan di bawah

1. Pemasangan bumbung - RM32,000
2. Pendawaian elektrik - RM12,000

Jumlah = RM44,000

Untuk kerja berikutnya adalah kemasan plaster luar dan dalam bangunan. berjumlah RM14,000. Namun dana untuk membayar kerja kemasan plaster ini tidak cukup kerana baki dana tinggal lagi RM3,638.80 sahaja lagi.

Baki ini akan digunakan untuk kos pemasangan bekalan elektrik dengan kontraktor TNB. Untuk makluman penderma, staf TNB telah melawat tapak pembinaan surau pada hari Isnin baru-baru ini. Beliau telah datang untuk melihat lokasi pemasangan meter elektrik dan menentukan bilangan tiang yang perlu dipasang. Mengikut staf TNB itu lagi, bekalan elektrik akan disambung ke bangunan surau sebaik sahaja pendawaian elektrik siap.

Adalah penting kerja-kerja kemasan plaster dilakukan selepas kerja pendawaian elektrik siap. Jika kemasan plaster siap, surau As-Syakirin pada dasarnya sudah sedia digunakan.

Sehubungan itu besarlah harapan AJK semoga penduduk-penduduk yang masih belum membuat sumbangan supaya segera menunjukkan komitmen. Bagi penduduk yang sudah membuat sumbangan pula, AJK amat mengalu-alukan sekiranya penduduk ingin membuat sumbangan tambahan. Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula tidaklah dapat kami membalas jasa baik baik tuan-puan membantu kami bagi merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin ini. Moga-moga rezeki tuan-puan murah kerana sudi mendermakan wang ringgit bagi membantu kami menangguh kos pembinaan surau As-Syakirin ini.

Wednesday, April 7, 2010

Kontraktor sudah hantar invois

Malam tadi kontraktor sudah hantar invois tuntutan bayaran untuk kerja-kerja membina anjung depan,belakang,sisi kanan dan kiri berserta arch,tangga dan tembok termasuk aksesori berjumlah RM14,000.

Ini adalah fasa kerja nombor 10 berdasar sebutharga yang diberi kontraktor. Sebenarnya dana surau masih belum cukup untuk membayar pembinaan pada tahap ini. En Azman memaklumkan beliau tidak boleh memberhentikan kerja kerana pekerja untuk memasang rangka bumbung masih belum datang ke tapak surau. Oleh sebab itulah kerja membina arch ini dilakukan.

Sepatutnya mengikut tawaran sebutharga, kerja yang sepatutnya dibuat adalah mengikut spesifikasi di bawah:

1. Membina rangka bumbung dan memasang bumbung -RM32,000
2. Kerja pendawaian elektrik -RM12,000
3. Kerja kemasan plaster - RM14,000

Kerja membuat arch ini adalah kerja-kerja selepas memasang kemasan plaster. Namun setelah penulis blog meneliti spesifikasi kerja, memang sepatutnya kerja yang perlu dibina sebelum kemasan plaster adalah membina arch. Ini kerana ada bahagian pada anjung yang perlu di kemaskan dengan simen plaster. Jadi pada perkiraan penulis blog, kontraktor sudah tersilap membuat sebutharga lagi. Ini kali ketiga kontraktor salah daripada segi susunan kerja.Sepatutnya yang dulu didahulukan. Yang kemudian dikemudiankan.

Penulis blog cuba menyusun semula peringkat kerja supaya surau As-Syakirin boleh digunakan walaupun belum siap 100%.

1. Memasang dinding batu bata
2. Membina anjung depan,sisi kiri dan kanan,belakang, arch,tangga dan tembok
3. Memasang bumbung
4. Pendawaian elektrik (Siap pendawai elektrik, TNB sudah boleh memasukkan bekalan elektrik ke surau As-Syakirin )
5. Kemasan plaster dinding luar dan dalam
6. Kerja membekal dan memasang lampu, kipas,soket kuasa dan unit DB
( Sehingga peringkat ini, Surau As-Syakirin sudah sedia digunakan )

7. Kerja membekal dan memasang pintu,tingkap, casement dan aksesori
8. Kerja membina apron longkang sisi bangunan
9. Mengecat bangunan luar dan dalam
10. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa binaan

Tuesday, April 6, 2010

Arch sudah hampir siap

Besok kerja membina arch hampir siap. Mengikut En Abu yang merupakan pekerja pembinaan surau, esok adalah hari terakhir mereka bekerja. Ini kerana kerja membuat rangka bumbung dan memasang bumbung genting dilakukan oleh kumpulan pekerja lain di bawah pengawasan Pak Akob (En Yaakob). Mengikut En Abu beliau tidak pernah membuat rangka bumbung daripada jenis besi. Jika dengan rangka kayu beliau sudah biasa. Jika dengan rangka kayu katanya sudah lama rangka bumbung siap kerana rangka kayu lebih mudah dipasang.

Apabila kerja kemasan plaster siap nanti baru En Abu dan rakan-rakannya datang bekerja semula. Sebelum kerja plaster, kerja pendawaian elektrik akan dilakukan oleh En Halim KCRM Enterprise. En Azman telah sub kerja pendawaian elektrik kepada En Halim daripada Bandar Rinching. Kerja memasang bumbung pula disub kepada Pak Akob yang merupakan abang En Halim.

Hal menyerahkan kerja kepada kontraktor lain adalah perkara biasa dalam kerja-kerja pembinaan. Lazimnya kontraktor tidak melakukan semua kerja. Pasti ada kerja yang dibuat oleh syarikat lain.

Lagi derma diterima hari ini

1.Mohd Zulfadli b Ahmad jln TPS 4/7-Rm100 ( bank in)
2. Pn Roziah bt Ibrahim jln TPS 4/6 -RM100 (bank in)
3. Dhiyatul Auni bt Mohamad -jln TPS 4/4 -RM150 (cash)

Transfer fund RM250 from maybank2u.com


Favourite Interbank
Note: This receipt is computer generated and no signature is required.
Close this window
Status: Accepted
Reference number: 1383585077
Transaction date: 06 Apr 2010 08:24:33
Amount: RM250.00
From Account: 162106247081 WSA
TransactionType : Funds Transfer Interbank
Beneficiary Name : SURAU AS-SYAKIRIN
Receiving Bank : EON BANK / EONCAP ISLAMIC BANK
Beneficiary Account Number : 0675110002233


Salam Tuan,
Saya Mohammad Tariq B. Zakaria, rumah di jalan TPS 4/3. Bersama2email ini saya serahkan resit pembayaran maybank2u.com kepada tuan.Maaf kelewatan membayar.
Saya pun dah beberapa kali cuba untuk transfer fund untuk tokok nilaipembinaan surau kita...namum gagal disebabkan dalam sistemmaybank2u.com tu...dia mintak no pendaftaran syarikat atau IC no.
Bila saya refer kat tuan punye blog "http://assyakirin-tps.blogspot.com/2010/04/transfer-fund.html#comments"
apa yang saya perasan...

1. Tuan yang menderma tu menggunakan current account
2. Tuan punye account tu telah meletakkan account SURAU AS-SYAKIRIN sebagai 3rd Party Favorite.

Secara summary, pengguna maybank2u.com.my mesti meletakkan account SURAU AS-SYAKIRIN sebagai 3rd Party Favorite, barulah transaction boleh dibuat.

Terima Kasih kerana input2 yang selalu diupdate dlm blog...hari2 saya jenguk blog surau tu...
Arigato.


penulis blog comment--
okey tuan. sudah diterima. saya akan update dalam lejer dan akan serahkan resit rasmi dengan kadar segera.

Monday, April 5, 2010

Rangka bumbung masih belum pasang lagi

Hari ini Isnin , rangka bumbung masih belum dipasang lagi. Pekerja hanya memasang arch yang masih belum siap.

Sekian untuk makluman penduduk dan semua penderma.

Sunday, April 4, 2010

Derma diterima hari ini

1. Badrul Shah b Jamaludin jln tPS 4/14 -Rm100
2. Razwan b Kamarudin jln TPS 4/1-RM300
3. Mazlee b Utul dan norlizawati Abd Razak -jln TPS 4/5-RM300
4.Staf unit risikan dan siasatan ibupejabat penjara Malaysia Nilai -Rm150
5.Abdul Manan b Ismail jln TPS 4/6 -RM200 (transfer from maybank2u.com.my)
6. Salmah bt Darus jln TPS 4/3-RM500

Terima kasih kepada semua penderma di atas.

Ini fasa pembinaan yang dananya tiada

Berikut fasa-fasa pembinaan yang dananya tiada:

1. Kerja membina anjung depan, belakang,sisi kanan dan kiri, arch,tangga, tembok dan aksesosi berjumlah RM14,000

2. Kerja mengecat bahagian luar dan dalam bangunan berjumlah RM8,000

3. Kerja membekal dan memasang lampu,kipas,plug dan unit DB berjumlah RM5,000

4. Kerja membekal dan memasang pintu,tingkap dan pintu casement serta aksesori berjumlah RM14,500

JUMLAH SEMUA RM41,500.

Kerja berikutnya:

1. Kerja membina apron dan apron longkang sisi bangunan = Rm8,000
2. Kerja pembersihan dan pembuangan sisa pembinaan =RM2,000

JUMLAH =RM10,000

Jika sumbangan daripada penderma diterima sebanyak RM14,000 AJK akan membayar kontraktor bagi pembinaan yang perlu didahulukan iaitu membina anjung, arch, tangga dan tembok berserta aksesori.

Siap sahaja surau As-Syakirin, senarai penderma akan dipamerkan

Apabila surau as-Syakirin sedia digunakan, penulis blog akan mempamerkan senarai penderma yang terdiri daripada penduduk dan komuniti luar di surau.

Kepada penduduk penulis blog memohon maaf kiranya ada yang tidak suka dengan cara ini. Sebelum ini penulis blog sudah memaklumkan dalam taklimat, bukan tujuan penulis blog untuk memalukan penduduk kerana barangkali penduduk yang tidak menyumbang akan terkilan atau berkecil hati. Catatan ini dibuat adalah merupakan satu bentuk pengurusan pencarian dana dan memastikan rekod pemberi derma disimpan.

Dengan adanya catatan ini, penderma-penderma boleh melihat sumbangan derma daripada mereka dicatat. Jika nama mereka selaku penderma tidak dicatat atau jumlah derma yang dicatat berbeza, penduduk atau penderma boleh membuat pertanyaan kepada bendahari untuk tujuan semakan. Sekiranya ada kesilapan, pembetulan boleh dilakukan.

Baki di bank lebihkurang RM60,000

Sehingga hari ini Ahad 4 MAc 2010 baki di bank adalah sebanyak RM60,000

Untuk baki sebanyak RM60,000 ini , berikut adalah fasa pembinaan yang boleh dilaksanakan:

1. Kerja memasang rangka bumbung dan atap genting - RM32,000
2. Kerja-kerja pendawaian elektrik - RM12,000
3. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan - RM14,000

JUMLAH SEMUA = RM58,000

ada baki lagi RM2000 boleh digunakan untuk membayar kos pemasangan bekalan elektrik. Tetapi jika AJK berjaya mendapat penaja untuk menampung kos pemasangan bekalan elektrik, ada lebihan RM2000 lagi selepas ketiga-tiga kerja bagi fasa di atas siap. Setakat ini penaja kos pemasangan bekalan air sebanyak RM1100 sudah ada.

Alhamdulillah. Bersyukur penulis blog. Untuk membina sebuah surau nampaknya ramai orang begitu bermurah hati untuk menderma.

Yang terkini penulis blog dengar sudah ada ura-ura individu yang ingin menaja karpet ruang solat pula.

Selepas ketiga-tiga kerja di atas siap, AJK sudah menggunakan semua baki dana yang ada. Jika wang peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 masih belum diterima atau tiada lagi sumbangan dana daripada penderma diperolehi, maka fasa pembinaan surau As-Syakirin yang sterusnya akan dihentikan. AJK akan memberi arahan berhenti kerja kepada kontraktor kerana AJK sudah tidak ada duit lagi untuk membayar mereka.

Dengan kedudukan semasa dinding surau As-Syakirin sudah dikemasi plaster simen dan bekalan elektrik sudah disambung, pada dasarnya surau as-Syakirin sudah sedia digunakan.

RM10.500 lagi

Sebanyak lebih kurang RM10,500 lagi perlu dicari AJK untuk memastikan kos pembinaan Surau as-Syakirin mencukupi. Ini tidak termasuk kos kontraktor pemasangan bekalan air sebanyak RM1100 dan pemasangan elektrik sebanyak RM2200. Jika dicampur semuanya baki dana yang perlu dicari lagi adalah sebanyak RM13,800.

Untuk mendapatkan baki dana sebanyak RM13,800 , jika 138 orang penduduk menderma RM100 seorang jumlah ini akan dapat dicapai dengan mudah.

Jadi kepada penduduk yang masih belum menunjukkan komitmen mereka membantu AJK dan sama-sama memikul tanggungjawab memastikan surau As-Syakirin terbina di komuniti kita, segeralah menghulurkan sumbangan.

Tidak mengapa jika penduduk tiada masa untuk hadir atau tidak berminat untuk hadir ke surau As-Syakirin apabila ia siap nanti. Jika penduduk membantu menyumbang untuk membiayai pembinaannya sahaja sudah cukup.

Kepada penduduk yang sudah memberikan sumbangan AJK mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk yang sudi membantu mencari dana dengan memohon derma daripada sanak-saudara, kawan-kawan serta rakan sekerja.

Saturday, April 3, 2010

Arch


Batu angin sedang dipasang. Motif bunga. Mengikut kontraktor motif geometri bercorak islamik sukar diperolehi.


Besi alminium rangka bumbung sudah sampai tetapi masih belum ada kerja memasang rangka bumbung dibuat.

Arch dalam proses pembinaan



Kontraktor buat arch pulak dulu. Sepatutnya sekarang pasang rangka bumbung. Duit dana untuk membayar kerja pemasangan arch ini masih tiada..

Tidak salah kontraktor memasang arch ini tetapi arch adalah fasa pembinaan lain. Jika diikutkan dana sedia ada tidak cukup untuk membayar pembinaan pada tahap ini.

Dana sedia ada pada hari ini hanya mampu bertahan sehingga pendawaian elektrik sahaja. Selepas itu dana surau habis.

Jika baki RM14,000 AJK tidak perolehi dalam tempoh terdekat ini maka pembinaan Surau As-Syakirin mungkin menghadapi sedikit kesukaran. Tetapi jika peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM40,000 yang sudah lulus ada di dalam akaun surau, AJK sudah boleh membayar kontarktor untuk fasa pembinaan seterusnya.

Sehubungan itu AJK bermohon kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan yang sudah ditetapkan supaya segera berbuat demikian. Kepada penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan derma daripada tuan/puan semua.

Thursday, April 1, 2010

Transfer fund

hari ini inbox email assyakirin.tps@gmail.com menerima satu email daripada seorang penderma memaklumkan beliau telah cuba untuk melakukan pemindahan wang ke akaun surau menggunakan perbankan internet http://www.maybank2u.com.my. Namun beliau tidak dapat melakukan pemindahan wang kerana ada medan yang meminta no pendaftaran syarikat.

Tidak tahulah penulis blog hendak memberi komen kerana penulis blog tidak menggunakan perbankan internet maybank2u. Penulis blog ada akaun dengan cimb (Bank Bumiputra Commerce) sahaja yang penulis blog gunakan untuk memudahkan penulis blog membayar bil-bil utiliti sahaja.

Namun untuk makluman penderma, sebelum ini memang ada beberapa penderma telah melakukan transaksi pemindahan daripada maybank2u.com.my kepada akaun Surau As-Syakirin di EON Bank

.

Foto : Contoh transaksi perbankan internet dengan maybank2u.com.my yang diterima bendahari daripada penderma. Barangkali penderma perlu memilih FUNDS TRANSFER INTERBANK

KLIK DISINI untuk mengetahui cara menderma dengan melakukan pemindahan wang dengan http://www.cimbclicks.com.my

Kerja hari ini

Pekerja masih membina arch lagi. Arch ini adalah rekabentuk tiang yang macam kubah itu. Arch ini dibina antara tiang-tiang secara bersambung-sambung. Sudah siap nanti, maka akan nampaklah identiti bangunan surau yang unik dan berciri islamik berbeza dengan bangunan-bangunan biasa.

Kerangka bumbung masih lagi belum dipasang. Besi alumininiumnya sudah ada. Sesetengah orang kata besi hollow.

Sebelum ini penulis blog telah bertanya kontraktor manakah lebih baik bagi kerangka bumbung. Adakah dengan kayu atau besi alminium. Mengikut kontraktor rangka bumbung daripada jenis kayu adalah lebih baik kerana ia lebih kuat. Namun kekurangan rangka jenis kayu adalah harganya yang agak mahal selain masalah kayu bengkok dan tidak lurus. Jika kayu tidak lurus, susah hendak memasang atap genting simen nanti. Hendak membeli kayu yang lurus dan berkualiti pula akan memakan kos yang lebih tinggi

Besi aluminium pula lebih murah daripada kayu dan mudah memasang genting simen kerana ia lurus. Namun AJk amat berharap kepada kontraktor agar dapat memasang kerangka bumbung dan atap genting dengan teliti. Jangan cuai dalam memastikan kualiti pemasangannya. Hal ini adalah kerana struktur atap adalah bahagian penting dalam aspek pembinaan selain stuktur bangunan.

Penulis blog tidak bimbang sangat jika bumbung surau ini daripada jenis metal deck zink industri kerana ia lebih ringan berbanding atap genting simen. Tetapi atap jenis ini tidak berapa cantik selain mengeluarkan bunyi bising ketika hujan.