Antara perkara yang telah dibincang dan diperseetujui sebulat surau oleh AJK ialah:
- Gotong royong akan dibuat pada 11 Julai 2010.
- Pembukaan rasmi surau pada 17 julai 2010 bermula solat fardhu Maghrib. Selepas Mahgrib ada bacaan Yaasin dan selepas Insya ada sedikit jamuan.
- Warnat cat bahagian dalam dan luar bangunan adalah putih dan warna bunga hijau pucuk pisang
- AJK akan berurusan lagi dengan En Nik daripada Arkitek Lakareqa untuk mendapatkan kelulusan pembinaan keseluruhan bangunan surau meliputi semua kelengkapan surau
- AJK bersetuju kekal dengan binaan kelengkapan surau seperti dicadangkan oleh arkitek.Namun perbincangan akan dibuat kemudian bersama dengan semua penduduk kerana dana yang banyak diperlukan.
- Pada hari gotong royong, pintu masuk akan dibuat dengan jaring yang agak besar.Jadi tidak perlu frame kayu. Ini dibuat jika penaja yang ingin membuat jaring pintu masuk menarik diri
- Pada malam pembukaan surau ada sedikit jamuan. En Mohd Nor akan sponsor 1000 atau 2000 cucuk sate. Hj Razak akan sponsor bihun. En Mohd Nor juga akan buat air. En Jamal perlu sediakan bekas polisterene dan plastik sampah. Kuih pula En Bilal akan sponsor. Pada sesi gotong royong perkara ini akan dimaklumkan kepada penduduk yang hadir. En Mohd Nor juga akan usahakan untuk mencari sponsor makanan lagi.
- AJK juga bersetuju sekiranya ada penaja, keseluruhan kawasan surau akan diturap tarmac supaya bersih dan mudah memasang khemah sekiranya ada majlis
- AJK juga bersetuju supaya pada hari raya puasa, solat sunat Aidilfitri turut dibuat di surau As-Syakirin. Untuk itu AJK akan membuat tinjauan bilangan jemaah yang akan hadir. Jika dibuat juga, penulis blog sanggup berkorban untuk balik ke kampung selepas selesai solat sunat hari raya aidilfitri ini.
- Bayaran 5% terakhir atau lebihkurang RM10,000 akan ditahan kepada kontraktor sehingga bangunan surau tiada sebarang masalah bumbung bocor . En Azman memohon jasa baik AJK supaya tidak menahan terlalu lama bayaran tersebut. Perkara ini akan mengikut budibicara AJK. Ikut bendahari sebaik siap, bendahari akan bayar sahaja jumlah ini kepada kontraktor.
- Tempat jemaah wanita akan disekat dengan bidai kayu. Buat sementara akan bina plywood dulu. Mungkin akan dibuat secara bergotong royong dan bergantung kepada kewangan yang ada.
- Tandas sementara akan dibuat. 1 tandas lelaki dan 1 tandas wanita. Namun perlu pakai tangki septik bukannya kolong simen. Tangki septik ini akan digunakan apabila tandas kekal akan dibina nanti..Pembinaan tandas sementara juga akan melihat kemampuan kewangan yang ada.
- Untuk sementara tempat wuduq wanita akan ditutup dengan plywood atau zink terlebih dahulu . Juga akan dibina mengikut kemampuan kewangan yang ada.
No comments:
Post a Comment