Saturday, June 5, 2010

Derma terkini

Terima derma daripada En Abas b Daud daripada Jln TPS 4/1 berjumlah RM300.

Status pembinaan hari ini:
1. Pekerja sedang menyiapkan kemasan plaster dinding bahagian dalam surau. Selepas siap mereka akan beralih ke dinding bahagian luar pula.
2. Pemasangan kabel elektrik sedang dilakukan
3. Simbol bulan dan bintang di atas bumbung surau dipasang hari ini oleh syarikat daripada Kuang.
4. Bumbung beranda masih belum dipasang bumbung kerana dinding di bahagian ini perlu diplaster dahulu sebelum atap genting disusun. Jika dipasang atap dulu , atap akan kotor terkena simen
5. Bagi atap bahagian tengah,pekerja memasang perabung atap hari ini.

Sekian untuk makluman penduduk dan semua perderma.

No comments:

Post a Comment