Saturday, June 5, 2010

Cokmar khatib

Beberapa hari lepas seorang penduduk di jalan 4/4 memaklumkan beliau akan menaja kayu cokmar untuk khatib berkhutbah. Katanya kayu cokmar itu sudah pun siap. Diperbuat daripada kayu dan kepalanya daripada tembaga. Kepada penduduk tersebut AJK mengucapkan ribuan terima kasih.

Untuk makluman penduduk, pada hari raya haji nanti surau ini akan menganjurkan solat sunat hariraya. Ibadah qurban kita tidak akan buat kerana rasanya AJK masih belum bersedia. Jadi cokmar itu buat pertama kalinya akan digunakan pada hari raya haji pada bulan Oktober nanti. Hari raya haji biasanya ramai penduduk tidak balik ke kampung kerana hanya dapat cuti sehari sahaja. Pengalaman penulis blog sebelum ini pada hari raya haji, jemaah melimpah ruah ramainya untuk bersolat sunat aidiladha di mana-mana surau yang menganjurkannya.

Cuma hanya cokmar sahajalah yang ada. Mimbar tidak ada. Untuk menempah mimbar rasanya seperti tidak relevan kerana tiada solat Jumaat dianjurkan di surau As-Syakirin. Sebagai alternatif AJK akan hanya menempah restrum sahaja.

Jika ada yang ingin menaja restrum ini, alangkah bagusnya...

No comments:

Post a Comment