Wednesday, June 30, 2010

Metro Sdn Bhd hantar lagi 20 kampit simen

Hari ini Metro Holding Sdn Bhd menyumbang lagi 20 kampit simen. AJK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Azman, staf Metro yang berusaha membantu AJK berhubung dengan pihak pemaju. Pada jam 5:00 petang seorang lagi staf Metro yang duduk di fasa 7 turut berada di tapak surau. Beliau ingin memastikan simen tersebut sudah dihantar.

Tuesday, June 29, 2010

Beberapa mesyuarat lagi akan diadakan

Sebelum ketibaan Ramadhan ini penulis blog menjangkakan ada 2 atau 3 kali lagi mesyuarat AJK yang akan dilaksanakan bagi membuat persiapan menyambut ketibaan Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

Gotong royong akan dibuat pada hari Sabtu

Untuk makluman penduduk gotong royong yang dirancang pada 11 Julai 2010 mungkin akan dianjak pada hari Sabtu 10 Julai 2010. Namun tarikh gotong-royong ini akan mengambilkira sama ada ruang solat sudah boleh digunakan atau belum.Ini kerana plaster syiling masih belum dipasang lagi.

Jika sudah dipasang bermakna ruang solat sudah boleh digunakan. Setakat ini jubin lantai ruang solat sudah siap. Oleh kerana karpet belum dipasang, pada malam surau mula dibuka penduduk dimohon membawa sejadah masing-masing.

Melalui perbincangan tidak rasmi antara penulis blog,Tn Hj Halim, Tn Hj Razak, Tn Hj Raja Zazman, En Bilal, Ustaz Wan dan En Azwan memandangkan surau sudah dibersihkan lebih baik surau terus sahaja digunakan pada malamnya dan tidak perlu menunggu tarikh 17 Julai 2010.

Untuk itu perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK pada hari Ahad ini jam 10:00 pagi di Surau As-Syakirin. Semua AJK dijemput hadir.

Pelan binaan surau dan pelan kemudahan surau adalah sekali

Untuk makluman penduduk dan semua penderma pelan binaan kelengkapan surau dan binaan surau adalah bersekali dalam satu pelan. Cuma semasa proses pembangunannya AJK lebih memfokuskan untuk membina bangunan surau terlebih dahulu. Biasanya pihak yang membangunkan surau akan membina kesemuanya sekali. Contohnya untuk membina surau dan kemudahannya ada antara komuniti lain yang membina surau dengan kos RM300,000 atau lebih. Tetapi oleh kerana AJK surau As-Syakirin membina secara berasingan nampak seolah-olah harga kos membina kelengkapan surau seperti ingin membina sebuah lagi surau.

Memandangkan pada 11 Julai 2010 ini AJK surau akan menganjurkan gotong-royong perkara ini akan dibawa kepengetahuan penduduk. Satu mesyuarat juga akan dibuat pada hari Ahad ini untuk membincangkan perkara yang sama. Jika penduduk tidak mahu kelengkapan surau ini tidak mengapa. Pandangan penduduk akan diambil kira. Jika dahulu pandangan penduduk tidak dapat diambilkira kerana surau masih belum siap.Ini berikutan semua penduduk tidak berpeluang berjumpa setiap hari. Apabila siap suran nanti, ramai penduduk akan datang berjemaah dan keputusan dapat dibuat dengan mudah.

Nota: Perbandingan harga kos surau as-Syakirin dengan surau di komuniti lain

1. Surau Rahmaniah Taman Harmoni Bandar Teknologi Kajang- RM860,000
2. Surau al Qayyum Pulau Indah, Kelang - RM910,000
3. Surau D Puncak Nusa Putra Bandar Sri Putra,Bangi- Rm510,000
4. Surau Fatimah Zahrah Tmn Desa Gemilang Sg Pusu Gombak -RM540,000

Selain itu banyak juga surau yang pada peringkat awal pembangunannya berharga kurang daripada RM100,000. Namun apabila sudah dinaik taraf bangunan surau dan kemudahannya dari masa ke semasa, akhirnya surau tersebut mencecah harga lebih daripada Rm200,000 dan ada antara surau tersebut rekabentuk asalnya sudah hilang kerana ditambah-tambah binaannya tanpa melibatkan perancangan rapi.

Pelan binaan surau as-Syakirin dipilih oleh Tn Haji Halim

Pada peringkat awal cadangan pembangunan surau as-Syakirin AJK bermesyuarat untuk menentukan pelan binaan surau. Untuk menjimatkan kos AJK bersetuju melantik Tn Hj Razak mendapatkan pelan binaan surau lain yang sudah dibina. Hasilnya 3 pelan binaan surau lain dibentangkan. Daripada ketiga-tiga pelan tersebut pelan binaan surau As-Syakirin telah dipilih oleh Tn Hj Halim dan akhirnya semua AJK bersetuju dengan beliau. Penulis blog mulanya tidak bersetuju kerana bimbang harga kos binaannya yang tinggi dan kesukaran mencari dana membangunkannya. Namun oleh kerana AJK lain bersetuju maka penulis blog menerima sahaja keputusan mesyuarat kerana adat mesyuarat suara majoriti adalah keputusan. Jika penulis blog tidak setuju bermakna penulis blog tidak layak menjadi AJK. Begitu juga dengan pemilihan cat putih untuk bangunan surau. Penulis blog jika boleh mahu cat warna lain tetapi mesyuarat memutuskan surau dicat putih maka kenalah penulis blog akur.

Peringkat awal AJK penaja ditubuh oleh beberapa individu. Kemudian satu taklimat dibuat untuk mencari AJK yang masih tidak cukup. Pada ketika taklimat dilakukan penduduk telah diberi peluang untuk memilih AJK yang mereka fikir mampu membuat kerja malah penulis blog sendiri memaklumkan penduduk jika penduduk merasakan penulis blog tidak layak memegang jawatan bendahari mereka boleh memilih orang lain. Tetapi penulis blog tetap dipilih juga.

Oleh kerana mandat telah diberi oleh penduduk maka sangat tidak adil perkara yang sudah diputuskan oleh AJK dalam mesyuarat dipertikai.

Namun dalam masa yang sama penulis blog sedia maklum suara-suara sumbang adalah biasa dalam kita berorganisasi. Bukan sahaja AJK terdedah kepada perasaan tidak puas hati penduduk malah kadangkala ada juga AJK tidak bersetuju dengan AJK yang lain.

Mesyuarat AJK

Kepada semua AJK dimaklumkan satu mesyuarat AJK akan dibuat bagi membincangkan perkembangan terkini pembinaan Surau As-Syakirin. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 Julai 2010 ( Ahad )
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Surau As-Syakirin

Diharap semua AJK tidak menguzurkan diri untuk hadir.

Monday, June 28, 2010

Deposit meter elektrik RM500

Petang tadi En Nasri memaklumkan penulis blog, meter elektrik rupa-rupanya kena dibayar kepada TNB sebelum meter dapat dipasang. En Nasri sendiri tidak maklum sebelum ini kerana beliau bekerja dibahagian penyelenggaraan dan pemulihan bekalan elektrik. Kos Rm1700 yang dibayar hanya kos pemasangan kabel dan tiang elektrik oleh kontraktor.

En Nasri bertanya sama ada AJK boleh mengeluarkan bayaran RM500 tersebut. Oleh kerana surau As-Syakirin memerlukan pemasangan meter elektrik tersebut maka jumlah RM500 tidak dapat tidak perlu dibayar.

Namun dalam masa yang sama En Nasri memaklumkan beliau akan bertanya kepada rakan-rakan sekerjanya jika ada sesiapa yang sanggup untuk menaja kos Rm500 ini.

Alhamdulillah urusan AJK menjadi mudah. En Nasri sudah mendapat penaja RM500 untuk kos pemasangan meter elektrik ini daripada kawan-kawan beliau.

Mengikut En Nasri jika tiada sebarang aral melintang besok meter elektrik akan dipasang oleh TNB.

Kini tinggal bekalan air sahaja lagi yang belum disambung. Kontraktor pemasangan air masih belum datang ke tapak surau.

Terima wakaf terkini

Pada jam 10:30 malam bendahari menerima sumbangan dalam bentuk wakaf daripada

1. En Abu Bakar bin Hj Abdul Rahim - RM1000
2. Allahyarham Hj Abdul Rahim bin Hj Abd Ghani - RM1000

Kepada pemberi derma wakaf di atas, AJK mengucapkan jutaan terima kasih.

Status kerja hari ini:
1. Jubin bahagian dalam surau sudah siap (bahagian luar belum)
2. Besok mengikut kontraktor, plaster syiling akan mula dipasang

Sunday, June 27, 2010

Bayar RM3000

Malam tadi bendahari sudah mengeluarkan bayaran RM3000 kepada kontraktor untuk kos pemasangan lampu dan kipas. Baki lagi RM2,000 akan dibayar sebaik sahaja lampu dan kipas bahagian dalam surau dipasang.

Surau sudah diterangi cahaya

Petang tadi pekerja sudah menyambung bekalan letrik secara sementara untuk tujuan menguji pendawaian elektrik. Kipas syiling dan lampu bahagian beranda surau sudah dipasang dan hasilnya malam ini surau As-Syakirin diterangi cahaya elektrik buat pertama kalinya.

Besok pula kemungkinan TNB akan datang untuk memasang meter elektrik.

Kini hanya tinggal bekalan air sahaja yang belum disambung ke premis surau. Memandangkan hanya tinggal dua minggu sahaja lagi surau akan mula dibuka, harapan AJK semoga bekalan air akan disambung dengan kadar segera.

Selain itu untuk makluman penduduk beberapa AJK sudah bersetuju diluar mesyuarat untuk mula menggunakan surau ini pada 11 Julai 2010. Memandangkan pada paginya surau sudah dibersihkan pada dasarnya surau sudah boleh digunakan. Jadi bermula maghrib malam itu penduduk sudah boleh datang untuk menunaikan solat mahgrib berjemaah dan seterusnya bagi waktu solat yang lain juga.

Namun pada 17 Julai 2010 majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat akan dilaksanakan mengikut jadual dan selepas Isyak kita akan mengadakan sedikit jamuan. Jika ada penduduk yang ingin menaja jamuan pada malam tersebut amat dialu-alukan. Sekiranya ada penduduk yang ingin menaja jamuan tersebut sila maklumkan kepada AJK seberapa segera sama ada kepada Tn Hj Raja Zazman , penulis blog atau mana-mana AJK yang lain.

Akhirnya surau siap 100%

Belum. Belum lagi...hanya tinggal sedikit sahaja lagi.

Baki dana yang perlu dibayar kepada kontraktor adalah sebanyak Rm24,500 lagi yang meliputi bayaran di bawah:

1. Baki pemasangan pintu,tingkap dan aksesori -RM9,500
2. Pemasangan lampu,kipas dan aksesori -RM5,000
3. Cat dinding bahagian dalam dan luar -RM8,000
4. Pembersihan dan pembuangan sisa binaan - RM2,000

Untuk makluman penduduk, harga sebenar kos pembinaan surau ini sudah terdedah akhirnya.

Mengikut kontraktor harga kos pembinaan surau ini sebenarnya adalah melebihi daripada RM196,500.

Sebelum ini beberapa kata-kata penduduk yang meninjau surau ini menggambarkan harga sebenar kos binaan surau ini.

Seorang berkata " Tiang surau ini besar betul. Sudahlah besar 36 batang pula. Saiz tiang ini boleh membina bangunan 3 atau 4 tingkat! " .

Rasional - Surau ini dibina tinggi lebih daripada 20 kaki . Saiz tiang perlu besar supaya struktur bangunan kukuh. Dengan ruang solat yang tinggi edaran udara lebih baik. Kerana bentuknya yang tinggi identiti bangunan surau jelas kelihatan. Jika rendah boleh jadi bangunan surau nampak seperti dewan orang ramai sahaja.

Apa! RM196,500 ? . Memang berbaloi betul harga pembinaan surau ini. Memang susah untuk mendapat kos binaan bagi bentuk bangunan surau seperti ini. Cantik senibinanya.Komen kontraktor yang memasang simbol bulan dan bintang di atas bumbung surau As-Syakirin.

Jika kontraktor dapat menyiapkan bangunan surau ini, memang saya tabik habis.Rasa-rasa macam tak boleh nak disiapkan dengan kos sebanyak RM196,500.Seorang penduduk yang lain pula memberi komen.

Kontraktor pembinaan surau ini juga seperti menduga AJK dengan bertanyakan kos pembinaan surau ini kepada kontraktor lain di hadapan AJK. Tanya beliau, kalau tuan membina surau ini berapa anggaran kos yang tuan akan ambil? Congak punya congak kontraktor yang ditanya itu lansung menjawab dalam RM250,000.

Perh! memang terkena betul AJK dibuatnya...

Penulis blog sendiri mengakui kos binaan surau ini mungkin lebih daripada harga yang ditawarkan. Namun mengimbau cerita lama semasa sebutharga pembinaan surau ini dibuka AJK dimaklumkan kontraktor AZ Asia Enterprise sendiri turut ingin menyumbang dalam proses pembinaan surau ini. Mereka bukan memberi dalam bentuk wang tetapi sumbangan syarikat AZ Asia Enterprises adalah dengan memberikan tawaran harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Rakan penulis blog yang juga seorang kontraktor turut memaklumkan penulis blog jika hendak membina surau pada hari ini dengan mengambil kira kos pembelian bahan binaan dan upah pekerja, paling tidak kos binaanya boleh mencecah RM250,000.

Namun kos ini boleh jadi jauh lebih murah jika bangunan surau yang didirikan hanya sekadar untuk menjadi tempat bersolat sahaja. Jika membina seperti dewan orang ramai menggunakan separuh batu separuh papan bawah RM100,000 pun dapat atau dengan meninggalkan ciri-ciri pembinaan berkualiti tanpa mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh pihak bertauliah pasti harga binaan surau akan menjadi jauh lebih rendah.

Kerbau diikat dengan tali, manusia diikat dengan janji. Oleh sebab itu syarikat AZ Asia Enterprise tetap konsisten dengan janji mereka untuk menyiapkan surau ini.

Kerja yang masih belum siap

Setakat ini kerja-kerja pembinaan hampir siap. Kontraktor mempunyai hanya dua minggu sahaja lagi untuk memastikan bangunan surau As-Syakirin siap 100%. Ini berikutan pada 11 Julai 2010, satu gotong royong membersihkan kawasan surau dan membasuh lantai surau akan dibuat.

Kerja yang masih belum siap adalah
1. Memasang jubin lantai -dijangkakan akan siap dalam 3 atau 4 hari lagi.
2. Memasang pintu dan tingkap serta aksesori - barangkali minggu depan siap dipasang
3. Memasang plaster syiling -boleh siap dalam masa 3 hari
4. Cat bahagian dalam dan luar bangunan. Sekarang semua bahagian sudah dicat undercoat
5. Pembersihan dan pembuangan sisa binaan -boleh disiapkan dalam masa 1 hari

Biro HELWA

Sebaik surau mula diguna satu mesyuarat untuk kaum wanita akan dilaksanakan di surau As-Syakirin bagi melantik AJK HELWA atau Hal Ehwal Wanita Surau As-Syakirin. Penubuhan biro HELWA ini bertujuan supaya kaum wanita mempunyai AJK yang tersendiri bagi menjaga kebajikan dan hal-hal yang berkaitan dengan kaum wanita.

Semalam penulis blog sudah membincangkan perkara ini dengan Pn Hjh Jamaliah iaitu isteri Tn Hj Raja Zazman. Jika beliau sudah bersedia penulis blog mencadangkan supaya mesyuarat ini dibuat pada hari Ahad 25 Julai 2010 jam 5:00 petang (selepas solat fardhu Asar).

Penulis blog akan membantu menyediakan surat panggilan mesyuarat dan mengedarkannya kepada penduduk.

Sekiranya pasti mahu dilaksanakan, kaum wanita fasa 6 dan 7 yang mempunyai kelapangan dijemput hadir bagi merancang aktiviti yang bersesuaian bagi menjaga kebajikan kaum wanita di komuniti ini.

Saturday, June 26, 2010

Kontraktor TNB sudah sambung kabel

Petang tadi sekitar jam 4:00 pm, kontraktor TNB sudah menyambung kabel elektrik daripada tiang elektrik TNB ke bangunan Surau As-Syakirin. En Nasri memaklumkan penulis blog, sedikit masa lagi pekerja TNB akan datang untuk memasang meter elektrik. Bila penulis blog tidak pasti. Harap-harap meter elektrik dipasang dengan kadar segera kerana bangunan surau gelap pada waktu malam.

Derma hari ini diterima daripada:
1. En Khairul Fitri dari jalan TPS 4/12 -RM100
2. Geo Progressif Sdn bhd - RM500

Kepada dua penderma di atas, AJK mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Thursday, June 24, 2010

Tawaran sebutharga

AJK mempelawa kontraktor bumiputra yang berminat untuk menawarkan cadangan sebutharga pembinaan kelengkapan surau As-Syakirin.

Kali ini AJK tidak tertakluk kepada melantik kontraktor pembinaan sedia ada iaitu AZ Asia Enterprise untuk meneruskan kerja pembinaan. Namun demikian Syarikat AZ Asia Enterprise turut diminta menawarkan sebutharga sekiranya mereka masih berminat untuk meneruskan projek pembangunan kelengkapan surau ini.

Kontraktor perlu menterjemah pelan binaan kelengkapan surau dengan memberikan spesifikasi kerja mengikut fasa berserta dengan tuntutan bayaran.

Sepertimana pembinaan bangunan surau, kaedah pembinaan akan dibuat secara beransur-ansur atau pembinaan akan dilakukan mengikut status kewangan yang ada.

Penting AJK mengetahui anggaran kos pembinaan dahulu untuk menyasarkan pencarian dana pembinaannya.

Sehubungan itu mana-mana syarikat yang berminat boleh mencetak pelan melalui link di bawah dan seterusnya menghantar sebutharga kepada AJK. Hubungi 013-2937679 untuk temujanji.

Cetak pelan binaan kelengkapan surau di sini..

Kerja hari ini

1. Sebahagian kakilima sudah disimen
2. Hj Hairi menghabiskan memasang syiling di beranda
3. Pak An dan En Abu mengemaskan atap
4. Seorang pekerja meneruskan pemasangan jubin lantai

Meter elektrik masih belum dipasang.
Bekalan air turut masih belum disambung.
Kedua-dua kontraktor pemasangan elektrik dan air belum datang lagi..

Wednesday, June 23, 2010

Surau akan dibuka lebih awal

Pada mesyuarat AJK baru-baru ini telah dipersetujui satu gotong-royong akan dibuat pada 11 Julai 2010 untuk membersih kawasan surau dan membasuh lantai. Jika sudah dibersihkan logiknya surau telah sedia digunakan.

Pada malam tadi penulis blog telah berbincang dengan pengerusi iaitu sementelahan surau telah bersih kenapa tidak guna sahaja. Kenapa pula perlu tunggu tarikh 17 Julai 2010 iaitu seminggu selepas tarikh 11 Julai 2010.

Untuk makluman semua penduduk, ada kemungkinan surau akan dibuka lebih awal daripada tarikh 17 Julai 2010. Mungkin juga pada hari yang sama gotong-royong dibuat. Namun AJK sudah bersetuju untuk membuat sedikit jamuan.

Apa-apa pun dalam tempoh terdekat ini penulis blog akan meminta pandangan AJK yang lain sama ada surau perlu dibuka lebih awal atau tidak.

Derma terkini

Derma terkini daripada En Abu Zarin -RM100.
Tiada alamat dimaklumkan. Jadi bendahari tidak tahu siapa yang menderma sama ada penduduk atau penderma daripada luar komuniti.

Resit bendahari sudah beri melalui Hj Raja Zazman

Baki bayaran kepada kontraktor

1. Baki bayaran kerja membina kakilima dan longkang - RM2,000
2. Baki bayaran pemasangan pintu,tingkap dan aksesori - RM9,500
3. Bayaran pemasangan lampu dan kipas -RM5,000
4. Bayaran mengecat bangunan - RM8,000
5. Bayaran pembersihan dan pembuangan sisa binaan -RM2,000

Jumlah baki bayaran kepada kontraktor = RM26,500

Status kerja hari ini

Kerja hari ini:
1. Pekerja meneruskan memasang longkang
2. Kerja memasang jubin lantai sudah dimulakan
3. Mengemaskan pemasangan bumbung
4. Pemasangan frame pintu

Pendawaian elektrik sudah siap 100%. Tinggal lagi pemasangan lampu dan kipas belum dipasang kerana bekalan elektrik belum disambung oleh TNB.

Bendahari mengeluarkan baki bayaran sebanyak RM5,000 untuk pendawaian elektrik yang telah siap 100%.

Bendahari turut mengeluarkan bayaran sebanyak RM2,000 lagi untuk pemasangan frame pintu. Untuk pemasangan pintu dan tingkap serta aksesori ada baki lagi sebanyak RM9,500 yang perlu dibayar kepada kontraktor.

Tuesday, June 22, 2010

Deposit elektrik



AJK sudah membayar deposit pemasangan meter elektrik dan kos pemasangan oleh kontraktor sebanyak RM1700. En Nasri telah membayar pada sebelang petang Isnin di TNB Bangi. Mengikut beliau jika tiada masalah dalam minggu ini bekalan elektrik akan disambung ke premis surau.

Untuk bekalan air pula, mengikut En Bilal dan En Nordin yang menguruskannnya, kontraktor Syabas iaitu En Azhar akan memasang meter air pada hari Khamis ini.

Harap-harap kedua-dua perkhidmatan utiliti ini dapat disambung ke premis surau pada minggu ini juga. Kemasukan bekalan elektrik dengan kadar segera penting kerana AJK ingin memastikan pendawaian elekktrik yang dilakukan kontraktor berfungsi dengan baik. Lagi pula bendahari telah memaklumkan kontraktor bayaran baki sebanyak RM10,000 untuk kos pendawaiwan elektrik dan pemasangan kipas dan lampu hanya akan dibuat apabila lampu sudah menyala dan kipas sudah berpusing.

Sunday, June 20, 2010

Bayar lagi RM3000

Petang tadi En Azman memohon jasabaik AJK untuk mengeluarkan bayaran sebanyak RM3000 lagi untuk membeli bahan binaan untuk membuat longkang. Beliau juga akan membayar upah kerja kepada pekerja yang akan memasang jubin pada hari esok.

Resit tidak dapat dihantar




2 resit di atas tidak dapat dihantar kepada penyumbangnya kerana bendahari tidak tahu siapa yang menghantar derma terssebut kerana tiada alamat disertakan. Hanya slip masuk bank diletakkan dalam peti surat rumah bendahari. Jadi kepada penderma yang telah memberi slip bank tersebut, tuan boleh mencetak sahaja mukasurat ini sebagai bukti terima daripada bendahari.

Sekian harap maklum.

Tandas sementara

Penulis blog telah berbincang dengan En Azman untuk membina tandas sementara duhulu. Penulis blog memohon En Azman untuk mengambil harga kos sahaja bagi penyediaan 1 tandas lelaki dan 1 tandas wanita

Spesifikasi kerja:
1. Sebuah tangki septik untuk kegunaan 8 hingga 15 orang berharga RM2000
2. Kos mengorek lubang dengan jentera backhoe
3. Kos paip PVC
4. Kos 2 tandas cangkung
5. Dinding dan atap buat dengan metaldeck zink industri
6. Asas batubata simen dan plaster simen

En Azman menganggarkan kos sekitar RM3000 sahaja. Sudah siap kelengkapan surau nanti tandas sementara ini akan dirobohkan tetapi tangki septik tersebut masih boleh digunakan.

Sehubungan itu sumbangan daripada penduduk dan penderma-penderma amat diperlukan.

Terima kasih kepada penderma terkini hari ini

1. Che Jian ( Mentua En Mohsin drp Parit Buntar Perak ) -RM100
2. Mohd Nizam b Yunus drp Jln TPS 4/7 -RM500
3. Aminah bt Borhan -terima drp Rohaya - RM400
4. Aina bt Ibrahim terima drp Ustaz Wan Mohamad -RM100
5. Kamarulzaman bin Abu Bakar (Jln TPS 4/7)- RM100

Jumlah derma hari ini RM1200

Mesyuarat selesai

Mesyuarat yang bermula jam 10:05 pagi tadi tamat jam 12:15 tengahari. Ini mesyuarat AJK yang pertama kali dilakukan di Surau As-Syakirin.

Antara perkara yang telah dibincang dan diperseetujui sebulat surau oleh AJK ialah:
  1. Gotong royong akan dibuat pada 11 Julai 2010.
  2. Pembukaan rasmi surau pada 17 julai 2010 bermula solat fardhu Maghrib. Selepas Mahgrib ada bacaan Yaasin dan selepas Insya ada sedikit jamuan.
  3. Warnat cat bahagian dalam dan luar bangunan adalah putih dan warna bunga hijau pucuk pisang
  4. AJK akan berurusan lagi dengan En Nik daripada Arkitek Lakareqa untuk mendapatkan kelulusan pembinaan keseluruhan bangunan surau meliputi semua kelengkapan surau
  5. AJK bersetuju kekal dengan binaan kelengkapan surau seperti dicadangkan oleh arkitek.Namun perbincangan akan dibuat kemudian bersama dengan semua penduduk kerana dana yang banyak diperlukan.
  6. Pada hari gotong royong, pintu masuk akan dibuat dengan jaring yang agak besar.Jadi tidak perlu frame kayu. Ini dibuat jika penaja yang ingin membuat jaring pintu masuk menarik diri
  7. Pada malam pembukaan surau ada sedikit jamuan. En Mohd Nor akan sponsor 1000 atau 2000 cucuk sate. Hj Razak akan sponsor bihun. En Mohd Nor juga akan buat air. En Jamal perlu sediakan bekas polisterene dan plastik sampah. Kuih pula En Bilal akan sponsor. Pada sesi gotong royong perkara ini akan dimaklumkan kepada penduduk yang hadir. En Mohd Nor juga akan usahakan untuk mencari sponsor makanan lagi.
  8. AJK juga bersetuju sekiranya ada penaja, keseluruhan kawasan surau akan diturap tarmac supaya bersih dan mudah memasang khemah sekiranya ada majlis
  9. AJK juga bersetuju supaya pada hari raya puasa, solat sunat Aidilfitri turut dibuat di surau As-Syakirin. Untuk itu AJK akan membuat tinjauan bilangan jemaah yang akan hadir. Jika dibuat juga, penulis blog sanggup berkorban untuk balik ke kampung selepas selesai solat sunat hari raya aidilfitri ini.
  10. Bayaran 5% terakhir atau lebihkurang RM10,000 akan ditahan kepada kontraktor sehingga bangunan surau tiada sebarang masalah bumbung bocor . En Azman memohon jasa baik AJK supaya tidak menahan terlalu lama bayaran tersebut. Perkara ini akan mengikut budibicara AJK. Ikut bendahari sebaik siap, bendahari akan bayar sahaja jumlah ini kepada kontraktor.
  11. Tempat jemaah wanita akan disekat dengan bidai kayu. Buat sementara akan bina plywood dulu. Mungkin akan dibuat secara bergotong royong dan bergantung kepada kewangan yang ada.
  12. Tandas sementara akan dibuat. 1 tandas lelaki dan 1 tandas wanita. Namun perlu pakai tangki septik bukannya kolong simen. Tangki septik ini akan digunakan apabila tandas kekal akan dibina nanti..Pembinaan tandas sementara juga akan melihat kemampuan kewangan yang ada.
  13. Untuk sementara tempat wuduq wanita akan ditutup dengan plywood atau zink terlebih dahulu . Juga akan dibina mengikut kemampuan kewangan yang ada.

Saturday, June 19, 2010

AJK perlu cadangan sebutharga untuk pembinaan kelengkapan surau

Kini tender mula dibuka untuk pembinaan kelengkapan surau pula. AJK perlukan maklumat berapakah harga kos binaan kelengkapan ini untuk membuat sasaran pungutan derma kali kedua.

Kerja pembinaan tidak akan dimulakan selagi AJK tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi.

AJK akan mengikut kaedah membina bangunan surau dahulu. Cara digunakan iaitu kontraktor akan membina mengikut dana yang ada dengan syarat jumlah pertama perlu melepasi tahap pembinaan struktur bangunan.

Jadi kepada kontraktor bumiputra yang berminat untuk membina kelengkapan surau As-Syakirin, tuan/puan bolehlah menghantar cadangan sebutharga kepada AJK pembinaan Surau As-Syakirin.

PA system lambat dipasang tidak mengapa

PA system penting tetapi jika lambat dipasangpun tidak mengapa. Surau tetap boleh digunakan walaupun tiada PA system.

AJK berdoa supaya bantuan Baitulmal lulus

Penulis blog sudah menghantar penyata bank dengan faks kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penulis blog difahamkan pihak Baitulmal meluluskan bantuan sebanyak RM3,000.

Wang pembelian karpet yang diusahakan oleh En Azman b Zakaria pula berjumlah RM3,000. Harga karpet yang dicari oleh En Azman sekitar RM6500 untuk karpet design baru dan berkualiti tinggi.

Jika peruntukan daripada Baitulmal sudah dapat AJK hanya perlu mencari baki lagi RM500 sahaja.

Tetapi selagi lantai tidak dipasang jubin, karpet ini tidak akan dipasang lagi. Hendak pasang sebelum jubin tidak boleh pula kerana lantai tidak dilicinkan dengan simen. Jika licin susah pula untuk pasang jubin kerana lantai akan diketuk semula. Jadi kena buat dua kali kerja.

Sudah pasang jubin kena pula tunggu plaster syiling siap sebelum karpet boleh dipasang. Kalau tidak nanti karpet pula kotor.

Siap atau tidak, surau akan diguna

Jika kita pergi ke surau As-Syakirin kita akan mendapati seolah-olah surau telah sedia digunakan.

Bumbung ruang solat yang tengah sudah siap tetapi syiling tiada.
Lantai sudah siap tetapi tidak licin kerana akan dipasang jubin tetapi jubin belum dipasang.

Jika bekalan elektrik sudah dimasukkan dan surau sudah diterangi cahaya pada malam hari pada dasarnya surau telah sedia digunakan.

Jubin belum siap, kita boleh bentang tikar palstik dan gunakan sejadah sahaja.

Bumbung tengah sudah siap, jika hujan jemaah tidak akan basah.

Cuma pintu masuk ke bangunan surau perlu diusahakan supaya dapat ditutup dengan jaring dawai untuk mengelakkan anjing masuk ke dalam ruang solat.

Kini kontraktor ada lebihkurang 3 minggu lagi untuk menyiapkan baki binaan iaitu
- memasang plaster syiling
- memasang jubin
- memasang frame pintu dan tingkap dan pintu casement dan tingkap daun
- mengecat bangunan tidak mengganggu jemaah. jemaah boleh bersolat di bahagian tengah jauh daripada dinding
- memasang longkang dan kaki lima ( boleh dibuat dalam keadaan surau sudah digunakan)

11 hb Julai, gotong royong pembersihan surau akan dibuat
17 hb Julai, surau akan mula digunakan.

Kerja hari ini

1. Mengorek tanah untuk membuat longkang
2. Memasang baki atap yang tidak siap. Kelihatan seperti atap masih tidak cukup. Silap kira lagi..
3. Lantai simen render semua siap tetapi pekerja yang memasang jubin tidak datang pula
4. Pekerja terus mengecat undercoat

Cek TNB yang terbatal , penulis blog sudah ganti dan serahkan kepada En Nasri.

Friday, June 18, 2010

Tender dibuka kepada umum

Klik sini untuk lihat pelan kelengkapan / kemudahan surau

Berminat untuk membina kelengkapan surau ini? sila hantar cadangan sebutharga kepada AJK atau emailkan ke assyakirin.tps@gmail.com

Baki atap sudah sampai dan esok siap dipasang kesemuanya

Petang tadi jam 5:00 petang baki atap sebanyak 800 keping sudah sampai ke tapak surau. Mengikut En Abu besok bumbung akan siap dipasang semuanya.

Cek TNB batal

Tak ada rezeki hari ini. Berikutan kecuaian penulis blog mengeluarkan cek kepada TNB , cek tersebut telah dibatalkan. Penulis blog tersilap menandatangani bahagian atas cek tersebut dan meletak tanda palang. Jika cek yang dibayar kepada TNB tersebut diterima pasti pada petang tadi meter elektrik sudah boleh dipasang oleh kontraktor yang dilantik TNB. En Nasri yang pada mulanya sudah menyuruh rakannya memasang meter terpaksa menarik balik arahan. Nampak gayanya hari Isnin baru boleh buat bayaran semula.

Terima kasih kepada En Azman b Zakaria

AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Azman b Zakaria, staf Metro kerana telah membantu AJK mendapatkan sumbangan daripada pemaju untuk bahan-bahan binaan surau terdiri daripada jubin lantai dan simen. Jubin sudah dihantar beberapa bulan yang lalu dan hari ini 80 kampit simen sudah dihantar ke tapak surau untuk kerja-kerja memasang jubin lantai. Jika tiada aral besok pekerja akan mula memasang jubin tersebut.

Tapak speaker hon

hari ini AJk dihubungi oleh Lembaga Zakat. Tetapi penulis blog tidak maklum Lembaga Zakat Selangor yang meminta AJK menghantar gambar lokasi pemasangan PA system dan speaker indoor dan outdoor unit. Gambar ini penulis blog akan beri kepada En Azwan , setiausaha untuk memproses permohonan ini.


Sisi kiri surau

Anjung belakang surau

Sisi kanan surau

Ada 4 sudut iaitu sisi kiri,sisi kanan, anjung depan dan belakang untuk pemasangan speaker hon

Anjung depan terdiri daripada setor, bilik PA system, mihrab dan pejabat surau.

Lantai simen render hampir siap. Lepas ini pasang jubin pula

Hari ini pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan menghubungi AJK supaya menghantar 3 sebutharga karpet.

Pada peringkat awal oleh kerana Metro Kajang sudah menyumbang jubin, AJK bersetuju supaya ruang solat dipasang sahaja jubin sedia ada sementara menunggu AJK dapat mengusahakan mencari dana memasang karpet. Jika tiada karpet terpaksalah penduduk bersolat berlantaikan jubin sahaja atau masing-masing membawa sejadah daripada rumah.

Jika Baitulmal meluluskan permohonan AJK, dapatlah AJK membeli karpet dan ia akan dipasang di atas lantai jubin tersebut. Kononnya sekiranya karpet rosak pada masa akan datang, sekurang-kurangnya surau ada lantai jubin dan bukannya simen.





Besok lantai akan siap disimen render dan jika tiada masalah jubin akan mula dipasang.
Frem tingkap sudah dipasang. Hanya frame pintu sahaja lagi yang belum. Kontraktor memberi tempoh 8 hari untuk menyiapkan kesemua frame pintu,tingkap dan memasang pintu casement dan tingkap daun jenis kaca tinted.

Ramai lagi penduduk belum menyumbang RM100

Oleh kerana penulis blog sendiri menjadi bendahari, data sumbangan penduduk ada di dalam tangan penulis blog. Melihat kepada rekod kewangan dan sumbangan penduduk, penulis blog mendapati masih ramai lagi penduduk yang belum membuat sumbangan.

RM100 bukanlah satu jumlah yang besar pada hari ini. Hari ini sahaja rasanya penulis blog sudah berbelanja hampir RM100.

Berikut wang yang sudah dikeluarkan oleh penulis blog hari ini bermula pagi ke malam.

Jam 8:00 pagi- sarapan pagi di kedai MZ . 4 orang. Penulis blog membelanja rakan -RM12.60
Beli suratkhabar RM1.50
Jam 9:00 pagi - isi petrol motosikal Elegan full tank - RM10.00
Jam 11:00 pagi -pergi tukar minyak hitam motor LC -RM17.00
Jam 12:30 pagi - Makan tengahari di restoran Cinta Bistro - RM5.30
Jam 6:00 petang - Ke Semenyih pergi farmasi. Beli barang di situ habis RM34.60
Jam 6:10 petang - Ke Ibrahim Maju Semenyih . Minum petang merangkap makan malam-RM4.50 ( hari ni penulis blog bujang sebab isteri dan anak-anak di kampung)
Jam 10:00 malam - Bincang dengan En Azman di Restoran MZ. Belanja kawan lagi-RM6:70


Jumlah penulis blog belanja hari ini : RM92.20

Rasa-rasa macam air saja duit penulis blog keluar. Kalau penulis blog tahan penggunaan wang ini dan sumbangkan saja ke surau memang boleh sangat.

Sebab itu jika kita mahu menderma jangan terlalu berkira sangat atau berfikir sehingga berjam-jam. Jangan bimbang wang kita kerugian. InsyaAllah yang hilang akan berganti. Murah rezeki kita pada masa-masa akan datang.

Dana yang perlu dicari

AJK perlu mencari dana baru sebanyak lebihkurang RM70,000 untuk membina kemudahan surau.

Sehubungan itu kepada penderma yang sudi membantu, tuan/puan boleh mengkreditkan sumbangan terus ke akaun surau di EON Bank dengan nombor akaun : 0675-11-000-223-3 dan jika menggunakan cek, cek perlu ditulis atas nama SURAU AS-SYAKIRIN

Kini AJK mencari dana pembinaan kemudahan surau pula

Sehingga hari ini dana pembinaan bangunan surau sebanyak RM196,500 sudah cukup. Alhamdulillah, surau As-Syakirin sudah berada pada peringkat akhir pembinaan. InsyaAllah jika tiada halangan sebelum Ramadhan ini surau As-Syakirin sudah boleh digunakan.

Tetapi tandas dan bilik wuduq tiada..

Sehubungan itu bagi menyediakan kelengkapan surau ini, AJK akan memulakan semula pencarian dana untuk membina kelengkapan surau As-Syakirin terdiri seperti pelan yang sudah diimbas dan dimasukkan pada entry sebelum ini.

(Sila rujuk pelan binaan kelengkapan surau di sini.)

Harga kos untuk membina kelengkapan surau ini masih belum diketahui. Sehubungan itu mana-mana kontraktor bumiputera yang berminat bolehlah menghantar cadangan sebutharga kepada AJK.

Penulis blog agak-agak mungkin kos membina kelengkapan surau ini berharga sekitar RM70,000.

Jadi kepada mana-mana kontraktor yang berminat tuan/puan boleh menghantar tawaran sebutharga kepada AJK Pembinaan Surau As-Syakirin atau menghantar ke alamat email di assyakirin.tps@gmail.com

Ada pelan bilik mandi jenazah dalam kelengkapan surau


Untuk makluman penduduk dan penderma, Arkitex Lakareqa yang membina pelan binaan surau turut membina pelan bagi pembinaan bangunan kelengkapan dan kemudahan surau. Bukan AJK yang meminta pelan kemudahan surau dilukis sedemikian rupa. Apa yang diperlukan oleh AJK hanyalah tandas dan tempat wuduq sahaja.

Tetapi pelan yang dicadangkan oleh arkitex Lakareqa sungguh lengkap dengan pelbagai kemudahan surau. Pendek kata pada masa hadapan AJK tidak perlu membuat sebarang pembinaan tambahan lagi. Jika ada binaan tambahan dibuat, lazimnya bentuk bangunan surau dan kelengkapannya akan menjadi cacat dan menjadi hodoh kerana dibina tanpa mengikut perancangan yang rapi.

Terutama bilik mandi jenazah jika ia dibina, barangkali surau As-Syakirin satu-satunya surau di kawasan ini yang ada kemudahan ini. Lazimnya yang ada kemudahan bilik mandi jenazah adalah masjid. Untuk menguruskan jenazah anak kariah, surau biasanya hanya menyediakan tempat mandi jenazah sama ada jenis fiberglass atau jenis besi tahan karat yang beroda dan boleh ditolak.

(RALAT : Surau di Saujana Impian ada kelengkapan bilik mandi jenazah)

Pada pandangan penulis blog dengan adanya tempat mandi jenazah ini, ia akan memudahkan pengurusan jenazah. Sekiranya ada kematian, AJK surau akan mengambil jenazah daripada rumah penduduk dengan menggunakan van jenazah dan akan menguruskan semuanya di surau sahaja sehingga semua urusan selesai. Bukankah ini agak mudah berbanding jika mengurus di rumah penduduk. Cuma van jenazah perlu kerja lebih sedikit kerana perlu datang awal. Kebetulan pula di sebelah bilik mandi jenazah itu terdapat teres yang boleh dijadikan tempat meletakkan van jenazah. Pada masa depan bergantung kepada kemampuan AJK ,mungkin kemudahan van jenazah boleh diadakan dengan memohon sumbangan daripada syarikat atau tokoh korporat tertentu.

Bukankah menempah troli lebih murah? Betul. Ini adalah termurah. Namun kos untuk menempah troli ini juga jika tidak silap boleh sampai RM5000 iaitu menggunakan besi stainless stell tahan karat serta beroda untut memudahkan di bawa ke rumah simati. Yang fiberglass pula? tempat mandi jenazah jenis fiberglass ini sudah tidak popular selain tidak tahan lama kerana pudar dan akan mereput. Jenis fiberglass juga perlu diangkut dengan kenderaan.Ia tidak muat dalam kereta biasa. Ia perlu diangkut dengan van. Siapa pula yang sanggup meminjamkan van mereka?

Terfikir penulis blog bagaimanakah mereka yang duduk di bangunan tinggi seperti kondominium,apartment dan flat mahu memandikan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia berbanding penduduk di sini yang memiliki rumah teres. Pendekata dengan adanya kemudahan bilik mandi jenazah ini hanya jurumandi yang terlibat secara lansung dengan pengurusan jenazah sahaja yang tahu betapa mudah dan selesanya memandi dan mengkafankan jenazah di dalam bilik khas seperti yang terdapat di bilik mandi jenazah di hospital dan masjid.

Pembinaan dapur, setor dan ruang kerja pula membolehkan aktiviti memasak diadakan. Dari masa ke semasa surau lazimnya akan mengadakan jamuan sekiranya ada aktiviti. Contoh aktiviti surau yang akan memanfaatkan ruangan ini seperti memasak bubur lambuk dalam bulan Ramadhan, memasak bubur asyura,memasak lemang, ketupat atau seumpamanya sekiranya surau akan menganjurkan majlis jamuan Aidilfitri dan lain-lain yang bersesuaian.

Dengan adanya setor pihak surau juga dapat menyimpan pelbagai aset kelengkapan memasak dan kelengkapan dapur. Aset surau ini boleh digunakan oleh penduduk yang ingin membuat kenduri dengan dikenakan bayaran sewa yang minimum. Sewa ini boleh pula menjana pendapatan surau.

Selain itu penduduk yang ingin mengadakan majlis rewang perkahwinan anak mereka boleh memanfaatkan kemudahan ini dengan mengadakan aktiviti gotong-royong memasak yang boleh menjimatkan kos berbanding membayar syarikat catering yang rata-rata berharga RM10 atau lebih satu kepala. Dengan gotong-royong, kos satu kepala boleh dikurangkan sehingga RM5.

Ruang kerja pula boleh dimanfaat untuk pengagihan daging korban sekiranya ibadah ini dibuat di surau As-Syakirin atau aktiviti lain yang bersesuaian.

Melalui semua aktiviti gotong-royong ini penduduk sentiasa mempunyai peluang bersama-sama melakukan aktiviti kemasyarakatan. Maka hubungan silaturhami akan terjalin. Yang tidak kenal akan dapat mengenali jiran tetangga mereka dengan lebih dekat.

Membina kolah berwuduq terbuka pula dapat menjimatkan penggunaan air selain tandas yang sempurna dan bersistematik kerana bersambung dengan paip pembetung IWK serta tempat wuduq wanita yang tertutup boleh memberi keselesaan kepada pengguna.

Mungkin silap arkitex atau AJK adalah membina pelan kemudahan surau yang lengkap,dirancang dengan rapi,berwajah cantik apabila siap seperti bangunan surau As-Syakirin sendiri dan kos pembinaannya yang mungkin agak mahal.

Thursday, June 17, 2010

lagi pelan kemudahan surau





Pelan kemudahan surau


Pelan tampak hadapan


Pelan lantai
1.Kiri atas - Teres/Garaj Van jenazah
2. Bilik mandi jenazah - terdapat meja dan singki serta paip air
3. Tandas lelaki -3 buah , 3 singki table top
4. Tandas wanita - 2 buah , 1 singki, terdapat tempat berwuduq di dalamnya
5. Kolah wuduq untuk lelaki
6. Setor pinggan mangkuk, dapur dan peralatan memasak
7. Dapur memasak
8. Ruang kerja / Ruang serbaguna ( sesuai untuk gotong royong memasak,majlis Qurban dsb)

Spesifikasi bahan dan binaan:
1. Lantai bahagian dalam bangunan dipasang jubin
2. Lantai bahagian luar bangunan simen render
3. Atap genting simen
4. Stuktur bangunan jenis simen konkrit - footing,stam,ground beam, tiang,top beam
5. Dinding jubin penuh
6. Paip kumbahan tandas akan disambungkan dengan pembetung IWK
7. Tangki tadahan air di dalam kerangka bumbung
8. Mempunyai longkang dan kakilima
9. Saiz binaan lebihkurang separuh daripada saiz surau iaitu 1250 kaki persegi atau lebih
10. Pendawaian elektrik dan pembinaan sistem paip


Pelan bumbung - pandangan daripada atas

KLIK SINI UNTUK TAMPAK SISI YANG LAIN




Terkini

Lantai ruang solat sudah siap, pejabat surau, mihrab dan bilik PA sudah siap disimen render. Beranda belum siap. Sambung pada esok hari.

Confirm. Ahad ini mesyuarat AJK

Hari Ahad ini jam 10:00 pagi mesyuarat AJK yang dirancang sudah dipastikan akan dilaksana. Petang ini surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan oleh En Azwan selaku setiausaha. Sehubungan itu semua AJK diharap memberikan komitmen kehadiran kerana beberapa perkara penting akan dibincang dalam mesyuarat ini. Antara perkara yang akan dibincang adalah menetapkan warna bangunan surau.

Lagi foto terkini pembinaan surau


Bahagian dalam surau. Syiling belum pasang lagi.

Lori menghantar pasir. Membelakang kamera En Azman dan En Abu

Mengemas bumbung dan cat undercoat

Hj Hairi dan rakannya

Syiling beranda

Pandangan sudut

Foto terkini pembinaan


Tapak meter letrik

Pekerja sedang memasangg frame

Kerja simen render dimulakan hari ini

Cat undercoat warna putih

ELCB sudah siap. Tunggu meter elektrik dan bekalan letrik disambung sahaja lagi

Wednesday, June 16, 2010

Gambar belum sempat ambil

Foto surau belum sempat diambil lagi untuk dipaparkan di sini. Penting foto surau dipaparkan kerana bagi penulis blog kemungkinan ada penderma daripada luar komuniti inginkan maklumat mengenai pembinaan surau As-Syakirin. Untuk penduduk mereka boleh terus datang ke tapak surau melihat sendiri perkembangan pembinaan bangunan surau.

Penulis blog menunggu bangunan surau dicat keseluruhannya baru akan ambil gambar.

Apabila bekalan elektrik dimasukkan nanti penulis blog juga akan ambil gambar suasana pada malam hari.

Harap semua penderma bersabar..

Agenda mesyuarat AJK

Berikut antara isu yang akan dibincang dalam mesyuarat AJK:

1. Menetapkan tarikh gotong royong dan menentukan jenis-jenis kerja yang akan dilaksanakan
2. Menyediakan surat makluman gotong royong dan mengedarkannya ke rumah penduduk
3. Penetapan warna cat bangunan surau
4. Pemasangan karpet ruang solat
5. Pemasangan PA system.
6. Menentukan tarikh pembukaan rasmi surau bermula fardhu Maghrib.
7. Pada malam surau pertama kali dibuka perlu diadakan sedikit jamuan
8. Persediaan tempahan makanan dan peralatan
9. Surat makluman kepada penduduk mengenai pembukaan surau.
10.Anggaran kos penyediaan makanan / mencari penaja makanan
11. Membuka sebutharga membina kelengkapan surau (tandas, kolah dll)
12. Hal-hal lain

Aktiviti AJK Pembinaan Surau As-Syakirin

Jika semua berjalan lancar, berikut adalah aktiviti yang akan dilaksanakan oleh AJK dalam tempoh sebulan ini.

1. Mesyuarat AJK pada Ahad ini bergantung kepada lantai surau siap 100% . Jika lantai surau tidak siap mesyuarat ditangguhkan lagi.

2. Gotong royong membersih surau dan kawasan sekitarnya pada 11 Julai 2010. Aktviti seperti memungut sisa-sisa simen, menanam pokok rumput, tanam pokok, membasuh lantai surau.

3. Pembukaan surau buat kali pertama pada Maghrib 17 Julai 2010.

Namun aktiviti di para 2 dan 3 di atas bergantung kepada kontraktor. Mengikut En Azman beliau akan menyerahkan kunci surau (surau siap 100%) pada 7 Julai 2010. Jika pada tarikh ini surau masih belum siap 100% maka semua aktiviti di atas akan ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai.

Sudah bayar RM1700 kepada En Nasri

Jam 6:00 petang tadi penulis blog sudah mengeluarkan cek berjumlah RM1700 kepada Tenaga Nasional Berhad untuk kos pemasangan meter elektrik dan penyambungan bekalan ke premis surau. Mengikut En Nasri yang menguruskan kemasukan bekalan elektrik ini, besok beliau akan membayar dan memasukkan ke dalam sistem. Kemudian beliau akan menghubungi kontraktor dan jika tiada aral melintang Jumaat ini kemungkinan meter elektrik akan dipasang. Penulis blog akan menunggu saat ini. Tidak sabar rasanya melihat bangunan surau di terangi cahaya pada waktu malam.

Status kerja hari ini

Seorang memasang baki atap yang tidak siap.
Seorang meneruskan kerja mengecat undercoat.
Seorang pekerja memasang syiling yang masih belum siap.
3 pekerja pendawaian elektrik menyambung kerja mengeluarkan wire daripada syiling dan memasang hook kipas angin syiling.
Kerja memasang simen render lantai tidak dibuat hari ini kerana pekerjanya balik ke rumah mereka di KL. Mengikut En Abu besok mereka akan datang semula untuk menyiapkan lantai surau pula.

Kedai hardware pula baru menghantar longkang ke tapak surau. Nampak jumlahnya seperti tidak cukup.

Hari ini penulis blog sudah dihubungi En Nasri iaitu invois pemasangan meter lektrik sudah ada pada beliau. AJK perlu membayar RM1700. Sebelum ini RM2500 kemudian RM2100. Sekarang RM1700 pula. Syukur, dana surau dapat dijimatkan lagi. Petang nanti penulis blog akan mengambil invois tersebut di rumah En Nasri dan akan mengeluarkan cek atas nama Tenaga Nasional Berhad berjumlah RM1700.

penyata bank 31 mei baru sampai


Baru petang semalam penulis blog menerima penyata bank berakhir 31 Mei 2010. Penyata bank ini agak lambat diterima. Oleh sebab itu penulis blog lebih suka mendapatkan penyata bank terus dengan EON Bank Semenyih pada 1 hb. Untuk itu kenalah penulis blog membayar RM5.

Derma terkini

Derma terkini diterima daripada seorang penduduk di jalan TPS 4/9 berjumlah RM200. Tiada nama diberikan. Rumah tersebut masih kosong kerana pemiliknya belum berpindah masuk.

Tuesday, June 15, 2010

AJK daripada penduduk fasa 7B

Kepada semua penduduk muslim fasa 7B diharap dapat mengenalpasti rakan-rakan penduduk yang boleh dilantik sebagai AJK surau As-Syakirin.

Untuk pembangunan surau fasa 2 iaitu membina kelengkapan dan kemudahan surau seperti tandas dan yang lain-lainnya, penulis blog memohon supaya penduduk fasa 7B dapat mengambil sedikit tanggungjawab yang dipikul AJK penaja sebelum ini.

Sebaik kita menggunakan surau As-Syakirin nanti AJK sedia ada akan dirombak atau dibubarkan dan satu jawatankuasa baru akan dilantik atau yang mana lebih sesuai. Atau boleh jadi satu jawatankuasa tetap yang baru akan terus dipilih untuk tujuan pendaftaran surau dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Lebihan dana

Setakat hari ini ada lebihan dana sebanyak RM10,451.20 dalam akaun surau. Lebihan dana ini akan digunakan untuk membayar:

1. Pemasangan karpet - RM6500
2. Khidmat konsultan arkitex Lakareqa - RM3600

Jumlah = RM10,100.00

Baki dana = RM351.20 sen

Derma terkini

Derma terkini pada hari ini berjumlah RM10 sahaja. Walaupun RM10, AJK tetap menerima sumbangan walaupun sekecil RM1. Petang nanti penulis blog akan bank in sumbangan ini kerana mesin deposit tunai EON bank menerima not RM10.

En Din minta penulis blog hubungi kontraktor SYABAS

En Din pula sudah bertindak dengan memberikan nombor telefon kontraktor pemasangan bekalan air kepada penulis blog supaya penulis blog dapat menghubungi sendiri kontraktor tersebut untuk bertanyakan perkembangan pemasangan bekalan air. Mengikut En Din kontraktor SYABAS ini akan membuat lawatan tapak pada hari Khamis ini. Sehubungan itu penulis blog telah menghubungi Encik Mohd Azhar yang merupakan kontraktor pemasangan meter air.Mengikut beliau kos pemasangan adalah sebanyak RM1100.

Oleh kerana penaja masih belum dapat dihubungi oleh En Bilal kerana pada masa ini En Bilal balik kampung di Kelantan, supaya permohonan bekalan berjalan lancar bendahari akan menggunakan wang sedia ada dalam akaun surau dahulu. Bayaran ini akan bendahari serahkan kepada En Nordin penduduk di jalan TSP 4/9 yang penulis blog beri tanggungjawab untuk membantu menguruskan permohonan bekalan air ini.

Sudah bertanya En Nasri

Semalam penulis blog bertanya En Nasri status permohonan bekalan elektrik. Mengikut En Nasri beliau sudah login sistem TNB dan masih berstatus RM0 menunjukkan permohonan sudah ada dalam sistem. Status RM0 bermaksud belum bayar lagi. Apabila TNB mengeluarkan invoice nanti , bendahari akan mengeluarkan cek seperti yang dicaj oleh TNB. Urusan mendapatkan bekalan elektrik ini akan dilakukan sendiri oleh En. Nasri. Bendahari hanya mengeluarkan wang sahaja. Atas jasa baik En Nasri membantu memproses permohonan bekalan elektrik , AJK mengucapkan ribuan terima kasih.

Cokmar khatib sudah diserah

Penulis blog mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang penduduk daripada fasa 7B yang telah pun menyerahkan sumbangan sebatang cokmar khatib yang pada pandangan penulis blog sungguh cantik.

Kerja hari ini

Hari ini semua dinding bahagian luar dan dalam bangunan surau siap 100%. Sehubungan itu bendahari telah membayar baki sebanyak RM6,000 kepada Encik Azman. Jadi untuk kos pemasangan simen plaster, semua sudah dibayar kepada kontraktor.

Penulis blog bersama En Azman turut telah pergi ke kedai hardware Kg Rinching bertanyakan status bekalan atap genting yang masih belum dihantar pekedai tersebut. Jam 11:30 pagi tadi 400 atap genting sudah dihantar tetapi masih tidak cukup lagi kerana kedai kehabisan bekalan. Mungkin besok baru dihantar oleh kilang.

Penulis blog telah bertanya En Azman mengapa tidak membeli dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus atap ini. Jawapan En Azman kerana beliau tidak mahu ada lebihan atap. Ada lebihan atap yang banyak merugikan daripada segi kos. Apa-apapun pemasangan atap menunjukkan kemajuan.

Dalam masa yang sama pada hari ini kerja mengecat undercoat bangunan surau masih diteruskan dan pekerja-pekerja telah mula memasang simen render lantai surau.

Turut hadir di tapak surau pada hari ini adalah subkontraktor yang diupah AZ Asia Enterprise untuk memasang frame pintu dan tingkap, memasang pintu sliding dan tingkap daun serta aksesori yang lain melibatkan kerja-kerja alminium dan kaca. 3 pekerja subkontarktor ini telah mendapatkan ukuran. Subkontraktor ini turut meminta pendahuluan sebanyak Rm3,000 untuk membeli bahan. Sehubungan itu bendahari telah mengeluarkan cek berjumlah RM3,000 lagi untuk membayar pendahuluan seperti yang diminta kepada En Azman. Subkontraktor tersebut memaklumkan dalam tempoh 8 hari semua frame pintu,tingkap, pintu sliding dan lain-lain aksesori siap.Kos kerja ini adalah berjumlah RM14,500. Jadi baki yang belum dibayar adalah sebanyak RM11,500.

Monday, June 14, 2010

Telah mula cat undercoat

Hari ini pekerja mula mengecat undercoat dinding surau.

Semua dinding bahagian dalam dan luar sudah siap dipasang kemasan plaster kecuali bilik setor sahaja. Mengikut En Azman besok dinding setor bahagian dalam akan siap. Besok juga kerja memasang simen render untuk lantai surau dibuat.

Penulis blog turut sudah menghubungi En Nasri supaya memproses permohonan pemasangan meter elektrik di pejabat beliau iaitu TNB Bangi. Harap-harap ada perkembangan positif berkaitan permohonan meter elektrik ini. Jika boleh AJK ingin memohon supaya meter elektrik dapat dipasang dengan kadar segera supaya surau dapat diterangi cahaya pada malam hari walaupun belum siap 100%.

Mesyuarat AJK

Apabila lantai surau siap minggu ini, satu mesyuarat AJK akan dibuat di surau pada hari Ahad 20 Jun 2010 ini. Mesyuarat antara lain akan membincangkan :

1. Pelaksanaan gotong royong membersih surau
2. Tarikh penggunaan rasmi surau. Selepas Maghrib hari pertama surau digunakan AJK akan mengadakan sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran kerana surau berjaya disiapkan.
3. Membina kelengkapan surau iaitu tandas, bilik wuduq dan lain-lain kelengkapan
4. Pemasangan karpet
5. Pemasangan PA system

Sehubungan itu dimohon semua AJK melapangkan masa pada hujung minggu ini. Mesyuarat akan dilaksanakan pada jam 10:00 pagi. Minta AJK membawa kerusi plastik (jika ada) daripada rumah masing-masing. Penulis blog akan membawa 2 buah meja dan 2 buah kerusi plastik. Atau jika mana2 AJK ada tikar bolehlah membawa ke surau untuk dijadikan alas tempat duduk. Dijangkakan seramai 15 orang AJK akan hadir dalam mesyuarat ini.

En Nasri yang merupakan pekerja TNB dan En Din pekerja SYABAS yang juga penduduk di sini dijemput hadir sama.

Harap-harap mesyuarat kali ini tidak ditangguh lagi kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan.

Bila surau siap?

Mengikut En Azman pada 7 Julai 2010 beliau akan menyerahkan kunci pintu surau.

Jika betul pada tarikh 7 Julai surau telah siap, pada 11 hb Julai 2010 AJK akan mengadakan satu gotong royong membersihkan surau dan kawasannya.

Pada 17 Julai 2010 buat pertama kali surau akan digunakan bermula solat Maghrib. Malam itu kita akan buat bacaan doa selamat dan kesyukuran kerana surau berjaya siap dan digunakan.

Sudah diguna membolehkan AJK merancang aktiviti pada Ramadhan 2010 yang akan disambut pada 11 Ogos 2010.

Sunday, June 13, 2010

Tandas sementara


Klik sini untuk lihat pengeluar




Pagi tadi penulis blog telah pergi ke kedai hardware untuk meninjau kos tangki septik. Di kedai hardware kg Rinching harga tangki septik untuk 5 ke 8 orang berharga RM2,000. Mengikut taukeh kedai tersebut beliau boleh beri diskaun 50%. Jadi harganya adalah RM1,000 sahaja.

Jika tangki berkaspasiti 8 hingga 15 orang harganya dalam RM2,000. Tandas cangkung pula RM110 satu set.

Penggunaan tangki septik membolehkan air bersih dilepaskan ke longkang kerana mekanisme binaan dalam tangki septik akan memerangkap semua sisa pepejal. Cuma apabila penuh surau perlu mengeluarkan kos mengosongkan tangki dengan Indah Water konsortium. Jika tidak silap kos mengosongkan tangki septik ini dalam lingkungan RM1000 juga.

Sebelum ini mengikut kontraktor, jika mahu membina tandas sementara kos adalah dalam sekitar RM5,000.

Untuk membina tandas sementara ini dana masih tiada. Jika AJK tidak dapat mengumpul dana bermakna apabila surau mula digunakan nanti kemudahan tandas tiada. Yang sakit perut atau hendak membuang air kecil terpaksalah balik ke rumah masing-masing.

Jadi untuk memastikan tandas sementara ini dapat dibina AJK memerlukan dana lebihkurang RM5,000 lagi. Kepada penderma yang sudi menyumbang bolehlah mengkreditkan sumbangan terus ke akaun surau. Sudah menyumbang jangan lupa memaklumkan bendahari melalui SMS ke 013-2937679 atau email ke assyakirin.tps@gmail.com atau hantarkan slip sumbangan ke alamat AJK Pembinaan Surau as-Syakirin, d/a No 40 Jln TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor.

RM3500 lagi untuk membeli karpet

Setakat ini wang untuk membeli karpet sudah ada lebihkurang RM3,000. AJK telah dimaklumkan sebelum ini harga untuk karpet ruang solat lebihkurang RM6500. Oleh kerana dana yang ada cuma RM3,000 ini bermaksud AJK masih kekurangan dana sebanyak RM3,500 lagi untuk menampung kos pembelian karpet.

Jadi kepada sesiapa yang sudi untuk menaja pembelian karpet ini bolehlah menghulurkan sumbangan dengan menghantar sumbangan tuan/puan AJK atau mengkredit terus sumbangan ke akaun surau di EON Bank dengan nombor akaun 0675-11-000-223-3 . Sumbangan melalui cek hendaklah ditulis atas nama SURAU AS-SYAKIRIN

Saturday, June 12, 2010

Sumbangan karpet dan PA System

Kini AJK sedang berusaha mencari penaja untuk membeli set PA System dan karpet. Namun apabila surau sudah boleh digunakan dan AJK masih belum dapat menyediakan kemudahan ini, surau As-Syakirin tetap akan mula digunakan.

Jika karpet masih tidak dipasang, sebagai alternatif setiap jemaah yang hadir diminta membawa sejadah sendiri. Ahli jemaah dialu-alukan untuk mendermakan sahaja sejadah tersebut. Jadi tidaklah perlu bawa pulang ke rumah dan membawanya semula untuk waktu solat yang lain pula.

Sebelum surau mula diguna, satu gotong royong membersihkan kawasan surau akan dibuat. Lantai surau juga perlu disamak dengan air tanah kerana sebelum ini kelihatan anjing liar masuk ke dalam bangunan surau. Surat memberitahu tarikh gotong royong akan diedarkan sebaik surau telah sedia digunakan. Sehubungan itu semua penduduk dijemput datang dengan membawa peralatan yang sesuai. Tarikh gotong royong akan dipilih pada hari Ahad kerana pada hari ini ramai penduduk ada di rumah masing-masing.

Penderma terbaru

Derma terkini diterima daripada Hj Kamsani b. Hussin Jln TPS 4/3 - RM300

Status kerja hari ini - pekerja memasang kemasan plaster dinding beranda kanan pula. Jika tiada aral petang ini semua kerja kemasan plaster siap. Siap sahaja bendahari akan membayar baki sebanyak RM6,000 kepada kontraktor.

Statistik derma

Berikut penyata ringkas penerimaan derma daripada penduduk

Jalan TPS 4/1 - RM1,550
Jalan TPS 4/2 - RM2,360
Jalan TPS 4/3 - RM5,580
Jalan TPS 4/4 - RM13,558.80
Jalan TPS 4/5 - RM18,084
Jalan TPS 4/6 - RM6,000
Jalan TPS 4/7 - RM2,200
Jalan TPS 4/8 - RM7,493
Jalan TPS 4/9 - RM1,815
Jalan TPS 4/10 - RM6,840
Jalan TPS 4/11 - RM4,197
Jalan TPS 4/12 - RM4,600
Jalan TPS 4/13 - RM2,650
Jalan TPS 4/14 - RM2,370
Jalan TPS 4/15 - RM985

Jumlah sumbangan daripada penduduk = RM80,282.80

Update penyata

Hari ini bendahari sedang mengemaskini penyata kewangan dana surau As-Syakirin. Penyata kewangan ini akan memaparkan maklumat derma-derma daripada penduduk mengikut lorong di fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.

Turut dipaparkan adalah senarai semua penderma daripada luar komuniti .

Selain itu dicatatkan juga kos-kos yang sudah dibayar untuk belanja pengurusan dan juga pembayaran kepada kontraktor.

Apabila surau siap dan boleh digunakan, penyata kewangan ini akan ditampal disurau untuk dibuat semakan oleh penduduk. Sekiranya penduduk sudah menderma tetapi tidak dicatatkan dalam penyata diharap dapat membuat semakan dengan bendahari.

Friday, June 11, 2010

Profail syarikat AZ ASIA ENTERPRISE

AZ Asia Enterprise telah didaftarkan pada 12 Jun 2003 beralamat di no 33, Jalan Balau 1, Taman Meru Jaya, Batu 5 1/2 Jalan Meru, Klang. Syarikat ini juga telah didaftarkan dibawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Industri Pembinaan Negara (CIDB) dan Kementerian Kewangan (MOF).

AZ Asia Enterprise didaftarkan dalam pernigaaan berteraskan pembinaan, penyelenggaraan, pertanian, perladangan, pembekalan, servis, perkhidmatan dan lain-lain.

AZ Asia Enterprise juga banyak melibatkan diri dalam menyediakan perkhidmatan konsultan, pembinaan, membuat kerja-kerja ubahsuai, kerja-kerja infra dan juga kerja-kerja penyelenggaraan kepada pihak kerajaan dan swasta.

Nama syarikat : AZ Asia Enterprise
No Pendaftaran : 001415706-M
Tarikh daftar : 12 Jun 2003
Alamat : No 53-A Jln BRP 1/4 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh,47000 Shah Alam
No Telefon : 03-61574755
Status : Syarikat milik bumiputra (100%)
Pendaftaran : PKK Kelas F (1002 B 2004 0696) Kem Kew (357-02035515) CIDB (0120041130-S1100299)
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Klang a/c : 120 100 100 64590

Organisasi:
Pengurus : Azailudin b Hamad
Pengurus projek : Mohd Zakri b Abdullah
Pentadbiran & kewangan : Fazlina bt Kamaruzaman
Penyelia projek : Khazan Paris ,Chozin b Syukur, Khairul Azman

Pengalaman dan rekod kontrak:
1. Ubahsuai rumah teres setingkat no 38 Taman Puchong Perdana
2. Ubahsuai rumah 2 tingkat no 68 Jln Baiduri 8/10 Seksyen 10 Shah Alam
3. Membina banglow di Lot 1056 Jln Kincir Air Rantau Panjang
4. Membina awning di Dewan Kuliah Fakulti Sains, Universiti Malaya
5. Kerja-kerja untuk 36 unit rumah teres setingkat di Lot 1048 Mukim Kapar,Meru, Klang
6. Kerja mengecat bangunan fakulti undang-undang Universiti Malaya
7. Memasang jubin Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya
8. Kerja elektrik di kafeteria dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya
9. Membina banglo setingkat di Lot 18 Jalan Tap Pekan Meru,Klang
10. Menyelenggara dewan besar di CIAST Kajang
11. Menyelenggara makmal tentera Pusat Kesihatan Jalan Semarak, KL
12. Kerja lanskap di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
13. Membina dan menyiap tapak rel keretapi di Muzium Negara
14. Kerja penyelenggaraan di Kuarter Guseksyen 24, Shah Alam
15. Kerja penyelenggaran di Pusat Kegiatan Guru Kapar, Kelang
16. Membina rumah banglo Mej Mat Hanafi b Che Ahmad
17. Memasang paip sewerage di PKNS Bandar Baru Bangi
18. Memasang JC9C Telekom untuk PKNS BBB
19. Kerja menaiktaraf pintu laluan pentadbiran ke perpustakaan di Institut Kraf Negara
20. Kerja ubahsuai rumah 2 tingkat di Tmn Cempaka, Pandan Indah
21. Kerja memasang railing dan pembaikan kecil di Menara SAAS, Uitm Shah Alam
22. Mengecat dinding dalam Institut Alam Sekitar kampus UKM Bangi
23. Memasang longkang asrama Instutut Kraf cawangan Rawang
24. Menaiktaraf lorong Hj Yunus Off Jalan Ismail Kg Bukit Cerakah
25. Memasang grill di bengkel logam Institut Kraf Negara cawangan Rawang
26. Menaiktaraf 3 unit bilik kuliah Institut Perguruan Islam Bangi
27. Memindah barang daripada banglo 47 ke 43 milik Felda Jalan Semarak
28. Projek pembangunan infrastruktur fasa 2 DUN Daerah Klang
29. Kerja menaiktaraf parit dan kakilima di kawasan wet area Bengkel Seni Kraf Batik di Rawang
30. Membekal rak fail di Tingkat 3 Anjung Felda
31. Membina sekolah agama untuk surau Al Mustaqim Seksyen 5 Bandar Rinching
32. Kerja membaikpulih kuarters kosong di Putrajaya
33. Membaiki kerosakan Krematorium MBPJ di jalan 229
34. Kerja baikpulih kuaters di Kem Sg Besi
35. Membina banglo 2 tingkat di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bangi
36. Kerja penyelenggaraan di SMK Sg Pusu, Gombak
37. Kerja selenggaraan kecil di SK Taman Permata
38. Kerja baikpulih tangki septik, pintu dan bumbung di SK Gombak (1)
39. Kerja-kerja membina Surau As-Syakirin di Taman Pelangi Semenyih

Bayar lagi RM3,000

Hari ini bendahari sudah membayar lagi RM3,000 untuk kerja kemasan plaster. Sebelum ini sebanyak RM5,000 telah dibayar untuk kerja yang sama. Kini hanya tinggal baki RM6,000 perlu dibayar kepada kontraktor. Bayaran ini hanya akan dibuat apabila kerja kemasan plaster telah siap sepenuhnya.

Hari ini pekerja memasang plaster dinding anjung depan surau seperti foto di atas. Dari kiri adalah bilik setor, bilik PA system, mihrab dan bilik pejabat surau.

Dinding sisi belakang dan anjung kanan sudah siap. InsyaAllah jika tiada aral melintang besok semua dinding bahagian luar surau siap sepenuhnya.

TERKINI : Jam 5:00 petang tadi semua dinding bahagian ini sudah siap diplaster

Thursday, June 10, 2010

Kontra di bank

Dalam lejer bendahari tercatat jumlah dana terkumpul sebanyak RM47,959.30

Dalam bank pula berjumlah RM58,331.29

Ini bermakna terdapat perbezaan jumlah sebanyak RM10,371.99

Jumlah kontra ini antara lain adalah dividen atau keuntungan yang diberi oleh bank. Melihat penyata bank penulis blog mendapati jumlah dividen bulanan dikreditkan bank ke akaun surau adalah lebihkurang RM50.

Selain itu jumlah kontra ini adalah sumbangan daripada penderma-penderma yang tidak mahu dikenali. Penderma-penderma ini telah mengkreditkan terus sumbangan mereka ke akaun surau as-Syakirin dan tidak pula menghantar sebarang bukti sumbangan kepada bendahari supaya dicatat ke dalam lejer dan dikeluarkan resit rasmi. Kepada penderma ini kami AJK pembinaan surau as-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ke atas kesudian tuan/puan membantu kami mengumpul dana pembinaan surau As-Syakirin.

Sehubungan itu mana-mana penderma yang sudi untuk menghulurkan sumbangan tuan/puan boleh terus mengkreditkan sumbangan ke akaun surau di EON Bank dengan maklumat akaun seperti di bawah:

No akaun : 0675-11-000-223-3
Nama akaun : Surau As-Syakirin
Bank : EON Bank

Kini usaha AJK seterusnya adalah pencarian dana untuk membina kelengkapan surau pula. Ini kerana kelengkapan surau seperti bilik wuduq dan tandas masih belum dibina. AJK menganggarkan kos pembinaan kelengkapan bilik wuduq, tandas lelaki dan wanita, dapur dan jika tiada masalah pembinaan bilik mandi jenazah berjumlah sekitar RM50,000.

Baki terkini di bank

Baki terkini di bank pada hari ini adalah RM58,331.29.

Jumlah ini telah dapat membayar keseluruhan kos pembinaan surau berjumlah RM196,500.

Bayaran yang sudah dibuat kepada kontraktor adalah sebanyak RM145,000

Baki bayaran sebanyak RM51,500

Lebihan dana pembinaan surau RM6,831.29

Baki sebanyak RM6831.29 ini digunakan untuk membayar kos pemasangan bekalan elektrik sebanyak RM2,100 dan selebihnya berjumlah RM4,731.29 untuk pembelian karpet ruang solat.

Barangkali kos pembelian karpet ini masih tidak cukup. Sehubungan itu kepada penduduk dan penderma daripada luar komuniti kami, sumbangan daripada tuan/puan amat dialu-alukan.

Derma hari ini

Hari ini pemilik Restoran MZ telah mendermakan 10 unit kipas syiling Panasonic. Kepada beliau AJK mengucapkan ribuan terima kasih.

En Azman staf Metro juga telah menyerahkan derma daripada En Adi Sasteria Nur Putra berjumlah RM500. Kepada En Adi Sasteria, kami AJK pembinaan surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tuan berikan.

Status pembinaan hari ini ,pekerja masih memasang kemasan plaster dinding bahagian luar pula. Pekerja pendawaian elektrik turut meneruskan kerja yang masih lagi belum siap.

Sekian untuk makluman hari ini.

Tuesday, June 8, 2010

Progress hari ini


Anjung depan

Pandangan sisi belakang kanan

Anjung belakang

Sisi kanan

Anjung sisi kiri

Anjung sisi kiri


Kemasan plaster dinding bahagian dalam surau sudah siap kecuali bilik setor sahaja. Hari ini pekerja memasang kemasan plaster di bahagian beranda atau anjung surau. Bumbung bahagian beranda juga mula dipasang pada hari ini.

Monday, June 7, 2010

Mesyuarat AJK

Kepada semua AJK , dimaklumkan satu mesyuarat akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : Ahad 13 Jun 2010
Masa : 10 pagi
Tempat : Surau As-Syakirin

Agenda:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Maklumbalas mesyuarat / isu berbangkit
4. Laporan kewangan
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan mesyuarat

Sekian harap maklum. Semua AJK diminta tidak menguzurkan diri untuk hadir ke mesyuarat di atas.

Dalam mesyuarat ini AJK turut akan menjemput En Din dan En Nasri iaitu pekerja TNB dan SYABAS yang juga penduduk di fasa 7. Penulis blog sebelum ini telah meminta jasabaik kedua mereka untuk membantu AJK menguruskan kemasukan bekalan air dan elektrik ke premis surau.

Nota: AJK akan dimaklumkan melalui SMS atau surat. Jika tiada SMS atau surat bermaksud mesyuarat di tangguhkan.

NOTA : mesyuarat ditangguhkan kerana pengerusi tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan.

Beri kepercayaan kepada penulis blog dan beberapa AJK mengurus projek pembangunan surau

Sengaja penulis blog menulis entry ini pada hari ini. Ini berikutan penulis blog sudah mendengar berita terdapat penduduk bertanya status pembinaan surau as-Syakirin jika pembinaannya menghadapi masalah.

Untuk makluman penduduk dan semua penderma, kini pembangunan surau As-Syakirin sudah sampai ke peringkat akhir pembinaan. Yakni penulis blog dan AJK tidak perlu bimbang lagi seperti dulu.

Kerja-kerja yang masih tidak siap sekarang adalah kerja yang sudah mudah dilaksanakan. Atap yang tidak siap hanya perlu disusun sahaja. Selepas kemasan dinding siap, kerja mengecat pula dibuat. Siap pendawaian letrik AJK akan meminta kontraktor TNB memasang meter elektrik dan dalam masa yang sama peralatan elekrik akan dipasang seperti lampu,kipas,plug,suis letrik dan ELCB. Kerja membina longkang serta memasang frame pintu dan tingkap serta aksesorinya juga sudah mudah dilaksanakan.

Peringkat paling kritikal pembangunan surau ini adalah pencarian dana. Kini dana sudah cukup. Kepada semua penduduk yang menderma AJK ingin mengucapkan berbanyak terima kasih. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penduduk yang membantu AJK mencari dana dan AJK pembinaan yang bertungkuslumus mencari dana sehingga dana pembinaan surau cukup untuk menampung semua kos pembinaan.

Selain pencarian dana, peringkat kritikal pembinaan surau ini atau kerja yang susah dilaksanakan iaitu pembinaan struktur bangunan dan rangka bumbung. Kini struktur bangunan bukan sahaja siap sepenuhnya malah rangka bumbung juga sudah siap sepenuhnya dan bumbung pula dalam proses sedang dipasang. Selain itu beberapa kerja juga sedang dijalankan serentak sekarang. Kerja-kerja yang sedang dijalankan serentak sekarang adalah kemasan plaster dinding dan pemasangan pendawaian elektrik.

Cuma apa yang penting sekarang adalah komitmen kontraktor sahaja. Dari hari ke hari penulis blog dan beberapa AJK seringkali mengingkatkan kontraktor supaya tidak lari dari tanggungjawab menyelesaikan pembinaan surau as-Syakirin sehingga siap sepenuhnya.

InsyaAllah duit semua penderma akan diurus dengan baik oleh penulis blog yang juga selaku bendahari. Jika tiada sebarang masalah, insyaAllah Ramadhan ini surau akan siap dan sedia digunakan.

Seperkara lagi untuk makluman semua penduduk dan penderma, kemajuan pembangunan surau ini diselia oleh 4 orang AJK yang sudah diputuskan dalam mesyuarat. AJK berkenaan iaitu Pengerusi, penulis blog sendiri, Tn Hj Razak dan juga En Mohd Nor. Hanya empat orang AJK sahaja yang dibenarkan memberi arahan kerja dan teguran kepada kontraktor.

Penduduk dan semua penderma dinasihatkan supaya tidak mendengar sebarang maklumat yang salah dengan projek pembangunan surau ini. Dapatkan maklumat pembinaan yang tepat daripada penulis blog sendiri.

Status kerja hari ini

1. Pekerja masih memasang simen plaster dinding bahagian luar pula. Dinding bahagian dalam meliputi ruang solat, bilik pejabat dan bilik PA system sudah siap. Bilik setor masih belum diplaster lagi. Hari ini pekerja mula memasang plaster bahagian dinding luar pula.

2. Bumbung beranda masih belum dipasang kerana simen plaster dinding bahagian luar belum siap. Jika bumbung dipasang, ia akan kotor terkena simen. Mengikut En Abu, besok baru bumbung beranda dipasang kerana dijangkakan hari ini simen plaster bahagian luar akan disiapkan.

3. Pekerja pendawaian elektrik tidak bekerja hari ini

Hari ini juga sebanyak RM7,000 sudah dibayar kepada kontraktor bagi pendahuluan kerja-kerja pendawaian elektrik . Baki sebanyak RM5,000 akan dibayar apabila semuanya siap.

Saturday, June 5, 2010

Ada kontra lagi dibank

Penyata bank berakhir 30 Mei 2010 ini ada kontra lagi lebihkurang RM500 dalam akaun surau di bank. Penderma-penderma yang tidak mahu dikenali telah memasukkan sumbangan atau derma bagi membantu AJK pembinaan surau as-Syakirin bagi mengumpul dana pembinaan surau as-Syakirin.

Kepada penderma ini AJK mengucapkan terima kasih.

Seperkara untuk makluman semua penduduk dan penderma, dana untuk membina bangunan surau as-Syakirin sudah cukup . RM200,000 sudah berjaya dikumpul.

Sekarang ini pencarian dana masuk ke fasa kedua pula iaitu AJK sedang mencari dana untuk membuat kelengkapan surau pula terdiri daripada bilik air, bilik wuduq, dapur dan bilik mandi jenazah. Kos pembinaannya masih belum diketahui. AJK masih belum membuka tender untuk pembinaan kelengkapan surau ini.

Tindakan hanya akan dibuat apabila surau sudah siap dan sedia digunakan nanti. Sudah diguna AJK seringkali akan berjumpa dan membolehkan perbincangan dilakukan.

Namun untuk tujuan mengumpul dana pembinaannya, AJK masih membuka ruang dan peluang kepada semua penduduk dan para penderma daripada luar komuniti kami untuk menyalurkan sumbangan ke dalam akaun pembinaan surau dengan menggunakan maklumat akaun di bawah:

No akaun : 0675-11-000-223-3
Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Bank : EON Bank

Apabila dana pembinaan kelengkapan surau cukup nanti, pemberhentian pencarian dana dan memohon sumbangan perderma akan dimaklumkan oleh penulis blog.