Bendahari telah menerima 4 keping wang pos yang jumlah kesemuanya RM210. Namun berlaku sedikit kesukaran untuk bendahari mengurus wang pos tersebut.
1. Kali pertama Bendahari terus mahu bank in, tetapi tidak diterima oleh petugas kaunter di EON Bank Semenyih. Dimintanya pergi tunaikan dahulu wang pos tersebut di pejabat pos.
2. Bendahari terus pergi ke Pejabat pos Semenyih untuk menunaikan wang pos/kiriman wang pos tersebut namun tidak boleh. Petugas kaunter meminta Bendahari membuat surat kuasa ditandatangani Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
3. Bendahari buat surat kuasa dan berjaya menunaikan kiriman wang pos tersebut pada hari yang lain.
4. Empat keping wang pos terkini Bendahari cuba menunaikan lagi wang pos di Pejabat Pos Semenyih tetapi malangnya terlalu ramai pelanggan. Bendahari tidak sanggup menunggu kerana masa terbuang begitu sahaja.
5. Esoknya bendahari cuba ke Pejabat Pos di TESCO Kajang membawa surat kuasa yang sama. Dibelek-belek petugas kaunter tu agak lama dan akhirnya dia masuk ke dalam pejabat ketua pos, agak lama dan akhirnya beliau keluar memaklumkan wang pos tersebut tidak dapat ditunaikan kerana ada tanda berpalang. Kena masuk ke bank.
6. Bendahari telah memaklumkan bank tidak terima. Namun petugas kaunter pos itu sekadar meminta maaf.
7. Kini wang pos tersebut masih belum ditunaikan kerana Bendahari perlu mencari masa senggang untuk ke pejabat pos semenyih semula atau bendahari cuba bank in di EON Bank dan memaklumkan wang pos tersebut tidak dapat ditunaikan kerana berpalang, akaun penerima sahaja.
Kepada penderma kami memohon tuan/puan menggunakan kaedah Bank Deraf sebagai ganti wang pos atau kiriman wang pos. Tuan/puan perlu beli bank deraf sebagai ganti cek dan caranya cukup mudah. Sama macam membeli wang pos juga. Kebanyakan bank menyediakan perkhidmatan ini seperti Maybank, BIMB, CIMB dll bank.
Atau cara paling mudah adalah menggunakan cek atau terus saja deposit ke mesin deposit EON Bank atau menggunakan perkhidmatan perbankan internet.
No comments:
Post a Comment