Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan bersaing dengan mana-mana surau di sekitar kawasan Taman Pelangi Semenyih dalam jarak 20KM persegi. Penulis blog bersyukur kerana pihak kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak mendirikan surau dengan syarat mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa yang berkaitan. Surau adalah tempat suci. Tempat orang membersihkan jiwa. Membuang naluri kejahatan yang sedia ada dalam diri setiap individu. Tempat paling tenang untuk memohon rahmat dari Yang Maha Esa.
Surau bukan sahaja diguna untuk tujuan ibadat tetapi juga aktiviti bebentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Isu keselamatan dalam taman boleh dibincang dan diorganisasi di sini, perpaduan dan silaturrahim sesama penduduk dapat dieratkan kerana sering berjumpa setiap hari di sini, pusat lojistik mengurus kes kematian, kenduri-kendara, tempat musafir menumpang rehat malah pendek kata banyak kelebihan yang ada pada sebuah entiti surau berbanding bangunan-bangunan lain seperti dewan orang ramai dan yang seumpamanya.
Penulis blog ingin menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa sepengetahuan penulis, beberapa buah surau akan di bangunkan dalam jarak 20KM daripada Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih. Memandu di jalanraya penulis blog membaca beberapa banner atau kain pemidang surau-surau tersebut memohon sumbangan dari orang ramai.
Berikut maklumat ringkas berkenaan surau dalam jarak 20KM dari Surau As-Syakirin yang bakal dibangunkan:
1. Surau yang akan dibangunkan oleh AJK Pembinaan Surau As-Syakirin sendiri.+-RM300 ribu
2. Surau Al Muttaqin SMK Bandar Rinching - kos +-RM518 ribu
3. Surau Taman Harmoni Bandar Teknologi Kajang - Kos +-800 ribu
4. Surau di sebuah taman perumahan berhampian Pekan Bangi
(penulis blog melihat sekali imbas banner surau dan kos tidak diketahui)
Pembinaan surau di tempat lain (gunakan search engine)
1. Surau al Mustaqim Saujana Utama Sungai Buloh.
2. Surau Abu Bakar As Sidiq , Sarawak
Bagi jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya sudah pasti perkara utama yang perlu difikirkan adalah mencari penderma yang sudi mengisi dana pembinaannya. Cara dipilih kebanyakannya hampir sama dengan mana-mana surau yang lain iaitu memohon derma dari individu tertentu, tokoh-tokoh korporat, jabatan-jabatan dan organisasi tertentu juga syarikat swasta.
AJK pembinaan surau As-Syakirin menganggap ini adalah perkara biasa dan terpulang kepada rezeki masing-masing. Para penderma bebas membuat pilihan untuk menghulurkan derma kepada mana-mana surau di atas.
No comments:
Post a Comment