Friday, September 18, 2009

Solat Aidilfitri

Dalam tempoh 10 tahun lagi barangkali akan ada solat sunat Aidilfitri di Surau As-Syakirin atau boleh jadi dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Solat sunat Aidiladha memang boleh buat sebab lazimnya ramai yang tak balik kampung kerana hanya dapat cuti 1 hari saja.Tahun depan jika surau As Syakirin siap, kita telah boleh menunaikan solat sunat AidilAdha dan menunaikan ibadat korban.

Dalam tempoh 10 tahun lagi kebanyakan penduduk yang berusia 40 tahun telah menjangkau 50 tahun. Setengah abad kata orang. Barangkali ada anak-anak penduduk telah berkahwin dan ada penduduk yang telah bercucu.

Semasa itu barangkali taman ini mula meriah. Penduduk berumur 50 an lazimnya tidak balik ke kampung lagi. Anak menantu mereka pula yang balik ke taman ini beraya bersama orang tuanya. Mereka balik ke kampung untuk menziarahi saudara mara sahaja. Selepas menunaikan solat hari raya atau hari raya kedua baru penduduk pada usia ini balik ke kampung.

No comments:

Post a Comment