Hari ini seorang penduduk telah memaklumkan bahawa nama beliau tidak dicatatkan dalam penyata kewangan sebagai salah seorang penderma. Beliau memaklumkan telah mendeposit melalui mesin deposit dan telah menyerahkan slip deposit tersebut kepada Pengerusi untuk diserah kepada bendahari.
Bendahari telah menyemak buku lejer, buku resit dan slip deposit yang diterima. Namun slip deposit penderma tidak dapat dikesan kerana bendahari menerima banyak slip deposit tanpa nama dan alamat penderma.
Sehubungan itu kepada penduduk dimohon tuan/puan mencatatkan nama dan alamat tuan/puan pada slip deposit atau slip masuk bank untuk memudahkan bendahari merekod ke dalam lejer.
Untuk makluman penduduk, sebaik sahaja bendahari menerima wang tunai, cek, slip deposit, slip bank, attachment file perbankan internet, bendahari terus mencatat ke dalam buku lejer dan menulis resit rasmi. Ada masa senggang pula, bendahari terus update di laman blog Surau As-Syakirin. Bendahari akan memastikan semua sumbangan dari penduduk dicatat dengan kadar segera. Wang yang diterima juga akan segera di bank in oleh bendahari sebagai langkah keselamatan.
Jadi sekiranya penduduk mendapati nama tuan/puan tidak tercatat di dalam penyata kewangan yang dikeluarkan, sila berjumpa dengan bendahari untuk membuat semakan. Penyata penerimaan akan sentiasa dikemasini dan akan diedarkan dari masa ke semasa ke rumah penduduk.
Jika benar tuan/puan telah memasukkan sumbangan ke dalam akaun surau dan slip tidak dapat dikesan, tuan/puan jangan bimbang, duit itu ada di dalam akaun surau As-Syakirin. Bendahari akan mengaudit rekod kewangan di dalam bank dan di lejer. Sekiranya jumlah dibank lebih banyak dari lejer di tangan bendahari, lebihan wang tersebut akan ditulis sebagai penderma-penderma yang tidak dapat dikesan.
InsyaAllah, wang sumbangan tuan-puan tidak akan hilang dan semuanya akan urus dengan sebaik mungkin. Tiada penyelewengan wang berlaku.
No comments:
Post a Comment