Friday, September 18, 2009

Mana surau As-syakirin, tak ada pun...

Betul. Surau As-Syakirin hanya ada tapak kosong sahaja.

Lazimnya sebelum sebuah surau dibangunkan, penduduk di satu komuniti baru akan menyewa sebuah premis rumah atau mendirikan surau sementara dari kayu atau bangunan separuh batu separuh papan bagi menyediakankan kemudahan kepada penduduk untuk berjemaah. Dengan adanya surau sementara ini, perbincangan membangunkan surau mudah diadakan. Namun ini berlainan dengan surau As-Syakirin, tiada surau sementara. Kini penduduk hanya berjemaah di rumah masing-masing bersama keluarga sahaja atau bagi yang ingin berjemaah kenalah memandu sejauh 1KM ke surau atau masjid yang berhampiran.

Kepada penderma kami ingin memaklumkan bahawa AJK tidak berminat untuk menyewa atau mendirikan surau sementara kerana ianya membazirkan kos. Adalah lebih baik penduduk terus menyumbang mengisi tabung pembinaan daripada membayar tetap secara bulanan untuk menampung kos sewaan premis kediaman yang dijadikan surau sementara.

Lagi cepat dana RM100 ribu terkumpul, lagi cepat pembinaan Surau As-Syakirin akan dimulakan.

AJK menyasarkan dalam tempoh setahun Fasa 6 dan 7 dibuka, pembinaan Surau as-Syakirin sedia dimulakan.

No comments:

Post a Comment