Monday, September 7, 2009

Repply email from muis.gov.sg


Seminggu yang lepas penulis blog telah menggatal tangan menulis email kepada Majlis Agama Islam Singapura memohon bantuan mereka untuk menguar-uarkan URL blog Surau As-Syakirin kepada rakyat Singapura yang sudi menjadi penderma bagi mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin. Pagi ini penulis blog menerima email balasan dari pegawai di Majlis Ugama Islam Singapura. Sehubungan itu penduduk dimohon berdoa moga-moga ada rakyat Singapura yang sudi menjadi penderma dalam membantu kita menjayakan pembinaan Surau As-Syakirin.

Sebagai AJK yang diberi amanah oleh penduduk, penulis blog tidak boleh duduk diam sahaja. Berbagai cara penulis blog lakukan untuk mengumpul dana. Menulis diblog adalah satu kaedah. Kaedah menguar-uarkan diblog sedikit sebanyak telah memberikan kesan positif. Beberapa penderma telah sudi menderma untuk mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin setelah mereka terjumpa blog ini di internet.

Kepada penduduk atau sesiapa sahaja yang sudi membantu, tuan/puan bolehlah menguar-uralkan URL blog ini kepada alamat email rakan-rakan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang sudi menjadi penyumbang.

Jika usaha tuan/puan membuahkan hasil, moga-moga kehidupan tuan-puan mendapat kebaikan di dunia juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment