Sunday, September 6, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri



Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidlilfitri pada 4 hb Oktober 2009 bermula jam 9:00 pagi di No 40, Jln TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih.

AJK akan menyewa dua buah khemah satu untuk tetamu lelaki dan satu untuk tetamu perempuan. Mengambil kesempatan jamuan hari raya tersebut satu sesi taklimat kemajuan tindakan pembinaan Surau As-Syakirin akan dimaklumkan kepada penduduk. Selain itu satu tabung khas akan diedarkan pada hari tersebut.

Berhubung dengan juadah, AJK memohon jasabaik penduduk untuk masing-masing membawa juadah dari rumah. Pihak AJK akan menyediakan menu utama contohnya lemang,ketupat dan rendang selain air minuman. Menu-menu sampingan bolehlah dibawa oleh penduduk seperti kuih raya dan juadah-juadah lain.
Namun kos menyediakan jamuan utama tidak akan menggunakan wang dana pembinaan surau As-Syakirin sedia ada, sebaliknya AJK akan mengedarkan borang memohon sumbangan daripada penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih bagi menjayakan majlis tersebut.

Matlamat utama majlis sambutan hari raya ini adalah untuk memberi peluang penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih berkenal-kenalan antara satu sama lain selain mendapatkan maklumat kemajuan pembinaan surau.
Sehubungan itu kepada semua penderma yang telah menderma dan penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, tuan/puan dijemput hadir.
AJK turut mengalu-alukan bakal penghuni baru dikomuniti kita iaitu penduduk fasa 7B yang dijangka masuk pada Disember 2009 nanti.

No comments:

Post a Comment