Sunday, September 6, 2009

Maklumbalas mesyuarat AJK bil 6 - 6 Sept.2009

Kehadiran mesyuarat :
1. Tn Hj Raja Zazman b Raja Hassan
2. Tn Hj Abdul Halim b Mohamad Kasim
3. Tn Hj Razak b Ibrahim
4. En Jamalullail b Hashim
5. En Ahmad Azuan b Yahya
6. En Mazri b Ahmad Mahir
7. En Rahman b Osman
8. En. Wan Mohamad b Sulaiman
9. En Nor Azlani b. Abu Bakar

Tidak hadir:
1. En Azrein b Sharif - Anak tidak sihat. Ke klinik
2. En Mohamad Razali b Marawi - Balik kampung
3. En Marzah b Dumpam
4. En Mohd Zamry
4. En Aziz b Ali


Pagi tadi jam 10:00 pagi AJK bermesyuarat di rumah Pengerusi Tn Hj Raja Zazman b Raja Hassan. Berikut beberapa agenda yang telah dibincangkan:

1. Pengerusi memohon AJK supaya bergerak lebih aktif mencari dana. Pergi ke individu korporat dan syarikat-syarikat korporat. Pendekatan pergi berjumpa klien lebih menunjukkan raspon positif berbanding cara hantar surat melalui pos.

2. Bendahari memaklumkan hampir atau lebih 400 ke 500 borang list derma telah dipos namun jumlah yang balik amat sedikit. Dianggarkan hanya lebih kurang 20 list saja yang balik daripada 400 yang telah diedarkan. Tidak diketahui apakah yang berlaku sehingga borang list tidak balik semula kepada AJK.

3. Bendahari memaklumkan beliau telah mengepos surat kepada Tuan Nazir masjid-masjid tertentu di daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling serta beberapa masjid di Kuala Lumpur memohon diadakan satu tabung khas untyuk kutipan pada 1 kali Jumaat.

4. Bendahari juga mencuba mengedarkan poster atau iklan promosi sumbangan dengan meletakkan pada cermin kereta jemaah-jemaah di 2 buah masjid yang beliau kunjungi.

5. Hj Razak memaklumkan syarikat yang bertanggungjawab menyiapkan plan untuk disubmit ke MPKj akan menyiapkannya dalam minggu ini. Untuk itu sumbangan kos cetakan sebanyak RM500 perlu dikeluarkan oleh bendahari kepada syarikat berkenaan.

6. Konsultan untuk menghantar draf cadangan pembangunan Surau As-Syakirin juga sudah ada. Sebaik sahaja pelan diterima, konsultan tersebut akan submit draf pembangunan ke MPKj.

7. AJK bersetuju untuk membina pondok atau wakaf kecil berdekatan papan tanda tapak Surau As-Syakirin sebagai persediaan membuat hari bertemu pelanggan / penduduk. (seperti hari terbuka) bagi memudahkan penduduk membuat sumbangan. Hari dipilih adalah hari Ahad jam 5:00 ke 6:30 petang tertakluk kepada keadaan cuaca mengizinkan. Cadangan guna khemah kecil dan letak meja lipat serta 3 atau 4 kerusi untuk AJK menjalankan tugas.

8. Papan pameran juga akan dibina untuk menampal dokumen,notis, atau apa sahaja berkaitan dengan pembangunan Surau As-Syakirin untuk dibaca oleh penduduk. Senarai nama penduduk yang telah menderma turut dipaarkan sekali. AJK diminta mencari syarikat yang boleh membuat papan pameran ini. (papan pameran bercermin untuk mengelak hujan).

9. AJK bersetuju untuk mengadakan jamuan hariraya. Kesempatan akan diambil untuk memberikan makluman perkembangan pembinaan surau As-Syakirin. Satu tabung derma juga akan dilancarkan pada hari yang sama. Hari tersebut akan menjadi rumah terbuka berpusat untuk penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Bagi menampung kos jamuan, setiap penduduk yang mewakili satu unit rumah akan membawa juadah masing-masing untuk dikongsi rasa bersama-sama penduduk lain. Satu mesyuarat khas membincangkan jamuan rumah terbuka berpusat ini akan dibuat. AJK bercadang untuk menjemput YB Tn Johan b Aziz dalam majlis tersebut sebagai tetamu. Satu banner Rumah Terbuka Aidilfitri Berpusat untuk promosi akan ditempah. 2 khemah lelaki dan perempuan akan disewa.

10. Hj Razak mohon ditempah tabung surau untuk tujuan sumbangan pada majlis sambutan hari raya nanti.

11. Bendahari memaklumkan untuk memulakan pembinaan, RM54000 lagi diperlukan. Sebaik sahaja RM100,000 berjaya dikumpul proses mencari kontraktor pembinaan projek serta permohonan mencari arah kiblat dari Jabatan Mufti akan dilaksanakan. RM100,000 diperlukan untuk memulakan pembinaan kerana pelan surau as-syakirin yang dilukis agak banyak menggunakan struktur atau beam konkrit tetulang.

12. AJK akan memohon Persatuan Penduduk bertindak untuk membuat permohonan penukaran tapak dewan dan tapak tadika. tapak dewan bersebelahan surau akan dipindahkan ke fasa 6 di tapak tadika dan begitulah sebaliknya. Ini kerana tadika lebih sesuai dibina berdekatan Surau selain kedudukannya akan hampir dengan padang permainan.

No comments:

Post a Comment