Saturday, September 19, 2009

Sambutan hari raya

Majlis sambutan hari raya yang dirancang pada 4 oktober 2009 belum muktamad. Boleh jadi majlis di adakan atau tidak bergantung kepada perbincangan antara AJk nanti. Setakat ini AJK belum bertindak apa-apa.

Seperti dimaklumkan dana pembinaan Surau As-Syakirin yang sedia terkumpul lebih kurang RM60,000 tidak akan digunakan untuk mengadakan majlis sambutan tersebut. Duit yang ada perlu dijimatkan. Fokus AJK ialah memulakan pembinaan sebaik sahaja dana mencapai RM100,000. Habis Rm100,000 dan struktur bangunan berjaya disiapkan pada fasa 1, kita akan memohon lagi kepada penderma. Fasa kedua adalah fasa menyiapkan projek. Ini berikutan ramai juga penderma ingin melihat bangunan surau naik terlebih dahulu untuk memberikan sumbangan. Termaklum isu penyelewengan wang surau seringkali menjadi fobia dalam masyarakat.

Untuk mengadakan majlis sambutan hari raya, anggaran kos perlu dikeluarkan meliputi:

1. Sewa khemah ( dengan andaian RM150 satu khemah) - RM300
2. Sewa PA system ( setakat ini seorang pun AJK tidak mempunyai kemudahan ini) -RM100
3. Tempahan lemang ( andaian 200 orang akan hadir ) 50 batang X RM8 = RM400
4. Tempahan rendang - RM300.00
5. Air minuman sejuk dan panas - RM50
6. Pinggan, cawan dan sudu plastik - RM100
7. Plastik sampah -RM10
8. Banner promosi - RM100 atau kos fotostat surat makluman kepada penduduk RM50

Rasanya AJK perlu membelanjakan hampir RM1500 untuk mengadakan majlis ini dan sumber kewangannya akan dimohon daripada sumbangan penduduk dengan setiap penduduk menyumbangkan RM20 setiap rumah.

500 rumah X RM20 = baru RM1000

Entahlah...penulis blog tidak pandai membuat buget untuk mengadakan jamuan seperti ini. Sebab duitnya tak ada. Besok kalau surau kita sudah siap dan wang tabung surau banyak, semuanya menjadi mudah.Penduduk tidak perlu membayar sesen pun untuk kita mengadakan majlis seperti ini.

Atau barangkali ada penduduk yang ingin membuat rumah terbuka selepas hari raya ini. Jika ada sesiapa yang hendak menaja sambutan ini alangkah baiknya. Penduduk buat rumah terbuka dan beri ruang kepada JK pembinaan surau As-Syakirin untuk memberikan sedikit taklimat pembinaan. AJK juga akan lancarkan tabung kutipan kilat pada hari itu juga mengedarkan penyata kewangan dan borang list derma untuk diberi kepada penduduk yang sudi membantu mendapatkan derma dari rakan-rakan di tempat kerja.

Tapi ada ke penduduk yang sanggup? Jika ada yang sanggup, mohon tuan/puan hubungi AJK dengan seberapa segera.
Nampak gayanya penulis blog tidak membuat rumah terbuka. Sesiapa nak datang menziarahi dan berhari raya di rumah penulis blog, penulis blog mengalu-alukan.

No comments:

Post a Comment