Tuesday, September 29, 2009

Mesyuarat bil 8

Mesyuarat ditangguh ke tarikh lain. Kebanyakan AJK ada jemputan menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.

Satu mesyuarat AJK akan dilaksanakan pada minggu ini. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 hb Oktober 2009
Masa : 9:00 malam
Tempat : Rumah Pengerusi / Bendahari

Perkara yang bakal diperbincangkan:
1. Laporan kewangan dari bendahari - jumlah dana terkumpul setakat ini +- RM60,000
3. Laporan AJK pemungut derma - mohon setiap AJK menyerahkan list derma dan sumbangan sekiranya ada.
4. Memohon peruntukan dari JPM melalui YB Tuan Johan Aziz ADUN Semenyih. Apa statusnya sekarang.
5. Jamuan hari raya - ingin diteruskan atau dibatalkan sahaja berikutan kekangan sumber kewangan.
6. Dua syarikat kontraktor telah memberikan sebutharga. Kos binaan adalah sekitar RM200,000 tanpa binaan bilik wuduq dan bilik air/tandas. (Andaian peringkat pertama, penduduk perlu berwuduq dari rumah)
7. Derma dari orang ramai sudah semakin perlahan diterima. Dalam 2 minggu ini tiada derma diterima.
6. Sekiranyanya sehingga 1 Disember2009 ini, jumlah derma gagal mencapai sasaran, sebagai alternatif saiz binaan surau kemungkinan akan dikecilkan lagi kepada 40X40 kaki persegi untuk mengurangkan kos binaan dengan keluasan dewan solat 24 X 24 kaki persegi.
7. Jika perubahan saiz dibuat, pelan perlu dibuat baru dan sebutharga baru akan dikeluarkan kepada kontraktor yang berminat.
8. Dicadangkan harga kos binaan adalah sekitar RM100,000 sahaja.
9. Bentuk bangunan akan diringkaskan. Tiada kubah atau bumbung 2 lapis dan tiada beranda.

Saturday, September 26, 2009

Pengerusi dan Timbalan


Gambar di atas adalah Pengerusi iaitu Tn Hj Raja Zaman (yang bercermin mata) dan sebelah kanan ialah Tn Hj Halim, Timbalan pengerusi merangkap imam.

Saturday, September 19, 2009

penyata derma dari penduduk berakhir 19 Sept 2009



Klik gambar untuk besarkan.
Sekiranya nama penduduk yang telah menderma tidak tercatat, sila maklumkan bendahari untuk dibuat semakan.

Sambutan hari raya

Majlis sambutan hari raya yang dirancang pada 4 oktober 2009 belum muktamad. Boleh jadi majlis di adakan atau tidak bergantung kepada perbincangan antara AJk nanti. Setakat ini AJK belum bertindak apa-apa.

Seperti dimaklumkan dana pembinaan Surau As-Syakirin yang sedia terkumpul lebih kurang RM60,000 tidak akan digunakan untuk mengadakan majlis sambutan tersebut. Duit yang ada perlu dijimatkan. Fokus AJK ialah memulakan pembinaan sebaik sahaja dana mencapai RM100,000. Habis Rm100,000 dan struktur bangunan berjaya disiapkan pada fasa 1, kita akan memohon lagi kepada penderma. Fasa kedua adalah fasa menyiapkan projek. Ini berikutan ramai juga penderma ingin melihat bangunan surau naik terlebih dahulu untuk memberikan sumbangan. Termaklum isu penyelewengan wang surau seringkali menjadi fobia dalam masyarakat.

Untuk mengadakan majlis sambutan hari raya, anggaran kos perlu dikeluarkan meliputi:

1. Sewa khemah ( dengan andaian RM150 satu khemah) - RM300
2. Sewa PA system ( setakat ini seorang pun AJK tidak mempunyai kemudahan ini) -RM100
3. Tempahan lemang ( andaian 200 orang akan hadir ) 50 batang X RM8 = RM400
4. Tempahan rendang - RM300.00
5. Air minuman sejuk dan panas - RM50
6. Pinggan, cawan dan sudu plastik - RM100
7. Plastik sampah -RM10
8. Banner promosi - RM100 atau kos fotostat surat makluman kepada penduduk RM50

Rasanya AJK perlu membelanjakan hampir RM1500 untuk mengadakan majlis ini dan sumber kewangannya akan dimohon daripada sumbangan penduduk dengan setiap penduduk menyumbangkan RM20 setiap rumah.

500 rumah X RM20 = baru RM1000

Entahlah...penulis blog tidak pandai membuat buget untuk mengadakan jamuan seperti ini. Sebab duitnya tak ada. Besok kalau surau kita sudah siap dan wang tabung surau banyak, semuanya menjadi mudah.Penduduk tidak perlu membayar sesen pun untuk kita mengadakan majlis seperti ini.

Atau barangkali ada penduduk yang ingin membuat rumah terbuka selepas hari raya ini. Jika ada sesiapa yang hendak menaja sambutan ini alangkah baiknya. Penduduk buat rumah terbuka dan beri ruang kepada JK pembinaan surau As-Syakirin untuk memberikan sedikit taklimat pembinaan. AJK juga akan lancarkan tabung kutipan kilat pada hari itu juga mengedarkan penyata kewangan dan borang list derma untuk diberi kepada penduduk yang sudi membantu mendapatkan derma dari rakan-rakan di tempat kerja.

Tapi ada ke penduduk yang sanggup? Jika ada yang sanggup, mohon tuan/puan hubungi AJK dengan seberapa segera.
Nampak gayanya penulis blog tidak membuat rumah terbuka. Sesiapa nak datang menziarahi dan berhari raya di rumah penulis blog, penulis blog mengalu-alukan.

Friday, September 18, 2009

Bendahari perlu bukti sumbangan

RM4677.32 sen ini kontra baki dalam bank dan baki pada lejer bendahari.

Sorang penderma dari UKM yang tidak dikenali baru sahaja email penulis blog memaklumkan sumbangan beliau sebanyak RM250.

Jadi RM4677.32 - RM250 = berbaki RM4427.32 ( Tidak diketahui siapa yang menderma)

Kepada penderma budiman, bendahari tidak akan mencatat sumbangan tuan/puan ke dalam buku lejer jika tiada bukti diterima. Tiada bukti, resit rasmi juga tidak dapat dikeluarkan.

Namun jika tuan/puan tidak menghantar bukti sumbangan, tuan/puan jangan bimbang, sumbangan tuan/puan selamat tersimpan di dalam akaun dan ianya akan diurus dengan baik. Cuma bendahari tidak berani key in dalam lejer sahaja dan meletakkan jumlah sebenar RM60,297.62 sen pada menu jumlah terkini pada laman blog ini atas aspek keselamatan. ( Bendahari kena mengganti duit penderma menggunakan duit poket sendiri jika tersalah kira)

Jumlah terkini di laman blog merujuk jumlah terkini pada buku lejer bendahari.

Terima kasih tuan. Sumbangan telah kami terima.



Imej diatas adalah capture screen dari email assyakirin.tps@gmail.com

Email Penderma dari UKM yang tidak ingin dikenali.

Seperti dimaklumkan, bendahari perlukan bukti sumbangan untuk merekod ke dalam lejer. Risiko jika tiada bukti adalah bendahari terpaksa menggantikan wang sumbangan orang ramai jika tersalah key in.

AJK pembinaan dari penduduk fasa 7B

Disember ini penduduk fasa 7B dijangka mula berpindah masuk ke rumah baru. AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengalu-alukan kehadiran tuan/puan.

Kepada penduduk yang mempunyai kelebihan atau pengalaman seperti ustaz, imam atau sesiapa sahaja yang boleh menerajui institusi surau As Syakirin itu nanti, tuan/puan dimohon tampil ke hadapan membantu kami.

Mari kita sama-sama realisasikan pembinaan Surau al-Syakirin dan mengimarahkannya.

Solat Aidilfitri

Dalam tempoh 10 tahun lagi barangkali akan ada solat sunat Aidilfitri di Surau As-Syakirin atau boleh jadi dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Solat sunat Aidiladha memang boleh buat sebab lazimnya ramai yang tak balik kampung kerana hanya dapat cuti 1 hari saja.Tahun depan jika surau As Syakirin siap, kita telah boleh menunaikan solat sunat AidilAdha dan menunaikan ibadat korban.

Dalam tempoh 10 tahun lagi kebanyakan penduduk yang berusia 40 tahun telah menjangkau 50 tahun. Setengah abad kata orang. Barangkali ada anak-anak penduduk telah berkahwin dan ada penduduk yang telah bercucu.

Semasa itu barangkali taman ini mula meriah. Penduduk berumur 50 an lazimnya tidak balik ke kampung lagi. Anak menantu mereka pula yang balik ke taman ini beraya bersama orang tuanya. Mereka balik ke kampung untuk menziarahi saudara mara sahaja. Selepas menunaikan solat hari raya atau hari raya kedua baru penduduk pada usia ini balik ke kampung.

Selamat hari raya aidilfitri

AJK pembinaan Surau As-Syakirin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang memandu balik ke kampung hati-hatilah memandu. Kalau penat singgah lah di hentian rehat. Ingatlah orang yang tersayang.

Baki semasa pada ledger bendahari


Pada lejer bendahari baki terkini adalah RM55,620.30

Pada penyata bank bertarikh 31/8/2009 jumlah semasa adalah RM42,905.62

Hari ini Jumaat 18/9/2009 jam 3:30 pm penulis blog telah bertanya pegawai EON bank yang kebetulan adalah rakan penulis blog untuk mendapatkan jumlah terkini dalam bank- Jumlah dalam bank adalah RM60,297.62

Ini bermakna terdapat perbezaan jumlah dalam penyata dan dalam bank iaitu RM4677.32 sen

Jumlah RM4677.32 sen ini barangkali adalah sumbangan orang ramai yang terus bank in ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN di EON Bank (Islamic) tanpa menyerahkan slip bank atau bukti sumbangan kepada bendahari.

Kepada penderma tersebut, AJK mengucapkan ribuan terima kasih.

penyata bank dah discan




Mana surau As-syakirin, tak ada pun...

Betul. Surau As-Syakirin hanya ada tapak kosong sahaja.

Lazimnya sebelum sebuah surau dibangunkan, penduduk di satu komuniti baru akan menyewa sebuah premis rumah atau mendirikan surau sementara dari kayu atau bangunan separuh batu separuh papan bagi menyediakankan kemudahan kepada penduduk untuk berjemaah. Dengan adanya surau sementara ini, perbincangan membangunkan surau mudah diadakan. Namun ini berlainan dengan surau As-Syakirin, tiada surau sementara. Kini penduduk hanya berjemaah di rumah masing-masing bersama keluarga sahaja atau bagi yang ingin berjemaah kenalah memandu sejauh 1KM ke surau atau masjid yang berhampiran.

Kepada penderma kami ingin memaklumkan bahawa AJK tidak berminat untuk menyewa atau mendirikan surau sementara kerana ianya membazirkan kos. Adalah lebih baik penduduk terus menyumbang mengisi tabung pembinaan daripada membayar tetap secara bulanan untuk menampung kos sewaan premis kediaman yang dijadikan surau sementara.

Lagi cepat dana RM100 ribu terkumpul, lagi cepat pembinaan Surau As-Syakirin akan dimulakan.

AJK menyasarkan dalam tempoh setahun Fasa 6 dan 7 dibuka, pembinaan Surau as-Syakirin sedia dimulakan.

Rezeki masing-masing

Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan bersaing dengan mana-mana surau di sekitar kawasan Taman Pelangi Semenyih dalam jarak 20KM persegi. Penulis blog bersyukur kerana pihak kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak mendirikan surau dengan syarat mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa yang berkaitan. Surau adalah tempat suci. Tempat orang membersihkan jiwa. Membuang naluri kejahatan yang sedia ada dalam diri setiap individu. Tempat paling tenang untuk memohon rahmat dari Yang Maha Esa.

Surau bukan sahaja diguna untuk tujuan ibadat tetapi juga aktiviti bebentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Isu keselamatan dalam taman boleh dibincang dan diorganisasi di sini, perpaduan dan silaturrahim sesama penduduk dapat dieratkan kerana sering berjumpa setiap hari di sini, pusat lojistik mengurus kes kematian, kenduri-kendara, tempat musafir menumpang rehat malah pendek kata banyak kelebihan yang ada pada sebuah entiti surau berbanding bangunan-bangunan lain seperti dewan orang ramai dan yang seumpamanya.

Penulis blog ingin menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa sepengetahuan penulis, beberapa buah surau akan di bangunkan dalam jarak 20KM daripada Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih. Memandu di jalanraya penulis blog membaca beberapa banner atau kain pemidang surau-surau tersebut memohon sumbangan dari orang ramai.

Berikut maklumat ringkas berkenaan surau dalam jarak 20KM dari Surau As-Syakirin yang bakal dibangunkan:

1. Surau yang akan dibangunkan oleh AJK Pembinaan Surau As-Syakirin sendiri.+-RM300 ribu
2. Surau Al Muttaqin SMK Bandar Rinching - kos +-RM518 ribu
3. Surau Taman Harmoni Bandar Teknologi Kajang - Kos +-800 ribu
4. Surau di sebuah taman perumahan berhampian Pekan Bangi
(penulis blog melihat sekali imbas banner surau dan kos tidak diketahui)


Pembinaan surau di tempat lain (gunakan search engine)

1. Surau al Mustaqim Saujana Utama Sungai Buloh.
2. Surau Abu Bakar As Sidiq , Sarawak


Bagi jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya sudah pasti perkara utama yang perlu difikirkan adalah mencari penderma yang sudi mengisi dana pembinaannya. Cara dipilih kebanyakannya hampir sama dengan mana-mana surau yang lain iaitu memohon derma dari individu tertentu, tokoh-tokoh korporat, jabatan-jabatan dan organisasi tertentu juga syarikat swasta.

AJK pembinaan surau As-Syakirin menganggap ini adalah perkara biasa dan terpulang kepada rezeki masing-masing. Para penderma bebas membuat pilihan untuk menghulurkan derma kepada mana-mana surau di atas.

Thursday, September 17, 2009

Sila kuiri jika nama tidak tercatat dalam penyata

Hari ini seorang penduduk telah memaklumkan bahawa nama beliau tidak dicatatkan dalam penyata kewangan sebagai salah seorang penderma. Beliau memaklumkan telah mendeposit melalui mesin deposit dan telah menyerahkan slip deposit tersebut kepada Pengerusi untuk diserah kepada bendahari.

Bendahari telah menyemak buku lejer, buku resit dan slip deposit yang diterima. Namun slip deposit penderma tidak dapat dikesan kerana bendahari menerima banyak slip deposit tanpa nama dan alamat penderma.

Sehubungan itu kepada penduduk dimohon tuan/puan mencatatkan nama dan alamat tuan/puan pada slip deposit atau slip masuk bank untuk memudahkan bendahari merekod ke dalam lejer.

Untuk makluman penduduk, sebaik sahaja bendahari menerima wang tunai, cek, slip deposit, slip bank, attachment file perbankan internet, bendahari terus mencatat ke dalam buku lejer dan menulis resit rasmi. Ada masa senggang pula, bendahari terus update di laman blog Surau As-Syakirin. Bendahari akan memastikan semua sumbangan dari penduduk dicatat dengan kadar segera. Wang yang diterima juga akan segera di bank in oleh bendahari sebagai langkah keselamatan.

Jadi sekiranya penduduk mendapati nama tuan/puan tidak tercatat di dalam penyata kewangan yang dikeluarkan, sila berjumpa dengan bendahari untuk membuat semakan. Penyata penerimaan akan sentiasa dikemasini dan akan diedarkan dari masa ke semasa ke rumah penduduk.

Jika benar tuan/puan telah memasukkan sumbangan ke dalam akaun surau dan slip tidak dapat dikesan, tuan/puan jangan bimbang, duit itu ada di dalam akaun surau As-Syakirin. Bendahari akan mengaudit rekod kewangan di dalam bank dan di lejer. Sekiranya jumlah dibank lebih banyak dari lejer di tangan bendahari, lebihan wang tersebut akan ditulis sebagai penderma-penderma yang tidak dapat dikesan.

InsyaAllah, wang sumbangan tuan-puan tidak akan hilang dan semuanya akan urus dengan sebaik mungkin. Tiada penyelewengan wang berlaku.

Sumbangan tuan telah diterima. Terima kasih.


Malam ini penulis blog menerima email dari bakal penduduk Fasa 7B. Kepada En Arman, tuan boleh datang ke rumah bendahari dgn menelefon atau sms 013-2937679 apabila datang melihat rumah nanti untuk mengambil resit.
Untuk makluman En Arman dan penduduk-penduduk fasa 7B, status semasa rumah di fasa 7B sekarang adalah seperti berikut:
1. Bekalan air telah disambung. Air sudah ada tetapi meter air belum dipasang
2. Kabel elektrik masih dalam proses pemasangan
3. Jalan hadapan dan belakang rumah penduduk sedang dalam proses di turap tar
4. Kerja-kerja lanskap menanam pokok sedang dilaksanakan
>>>>>

arman.suboh@perkeso.gov.my to me, azeana.abdullah show details 15:41 (5 hours ago)

Assalamualaikum ,
Perkara diatas dirujuk.


Saya ARMAN BIN SUBOH & isteri AZEANA BT. ABDULLAH serta anak-anak ingin memberi sumbangan melalui pembelian Saham Wakaf pembinaan Surau Assyakirin Fasa 6 & 7 berjumlah RM 100.00. 2.

Dimaklumkan saya adalah pembeli rumah di fasa 7B, alamat rumah :- No.51, Jln TPS 4/1, Taman Pelangi Semenyih dan insyaallah akan berpindah kelak apabila telah siap.

Bersama-sama ini disertakan transaksi perbankan internet yg telah dibuat dan jika tuan tidak keberatan untuk poskan resit tsbt dialamat temapt tinggal saya kini. Akhir kata, saya mendoakan agar usaha murni tuan dan AJK yg lain diberkati dan dirahmati. Saya mendoakan mudahan-mudahan niat murni semua dan dapatlah terbinanya rumah Allah tersebut kelak dan dapatlah penduduk di faza 6 & 7 dapat mengimarahkan rumah Allah itu kelak. Sekian, terima kasih.

Sunday, September 13, 2009

Sumbangan melalui wang pos

Bendahari telah menerima 4 keping wang pos yang jumlah kesemuanya RM210. Namun berlaku sedikit kesukaran untuk bendahari mengurus wang pos tersebut.

1. Kali pertama Bendahari terus mahu bank in, tetapi tidak diterima oleh petugas kaunter di EON Bank Semenyih. Dimintanya pergi tunaikan dahulu wang pos tersebut di pejabat pos.
2. Bendahari terus pergi ke Pejabat pos Semenyih untuk menunaikan wang pos/kiriman wang pos tersebut namun tidak boleh. Petugas kaunter meminta Bendahari membuat surat kuasa ditandatangani Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
3. Bendahari buat surat kuasa dan berjaya menunaikan kiriman wang pos tersebut pada hari yang lain.
4. Empat keping wang pos terkini Bendahari cuba menunaikan lagi wang pos di Pejabat Pos Semenyih tetapi malangnya terlalu ramai pelanggan. Bendahari tidak sanggup menunggu kerana masa terbuang begitu sahaja.
5. Esoknya bendahari cuba ke Pejabat Pos di TESCO Kajang membawa surat kuasa yang sama. Dibelek-belek petugas kaunter tu agak lama dan akhirnya dia masuk ke dalam pejabat ketua pos, agak lama dan akhirnya beliau keluar memaklumkan wang pos tersebut tidak dapat ditunaikan kerana ada tanda berpalang. Kena masuk ke bank.
6. Bendahari telah memaklumkan bank tidak terima. Namun petugas kaunter pos itu sekadar meminta maaf.
7. Kini wang pos tersebut masih belum ditunaikan kerana Bendahari perlu mencari masa senggang untuk ke pejabat pos semenyih semula atau bendahari cuba bank in di EON Bank dan memaklumkan wang pos tersebut tidak dapat ditunaikan kerana berpalang, akaun penerima sahaja.

Kepada penderma kami memohon tuan/puan menggunakan kaedah Bank Deraf sebagai ganti wang pos atau kiriman wang pos. Tuan/puan perlu beli bank deraf sebagai ganti cek dan caranya cukup mudah. Sama macam membeli wang pos juga. Kebanyakan bank menyediakan perkhidmatan ini seperti Maybank, BIMB, CIMB dll bank.

Atau cara paling mudah adalah menggunakan cek atau terus saja deposit ke mesin deposit EON Bank atau menggunakan perkhidmatan perbankan internet.

slip bank

Tuan-tuan dan puan-puan boleh terus mendeposit ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN dengan nombor akaun 0675-11-000223-3 menggunakan mesin deposit EON BANK. Hantarkan slip bank ke alamat no 40 Jln TPS 4/5 atau No 13 Jln TPS 4/8 atau boleh juga scan dan hantar ke email assyakirin.tps@gmail.com.

Contoh email diterima pengendali blog dari penderma seperti di bawah:



Email daripada Mohd Amir Mohd Azir dan Sazrina bt Ramli No 26 Jln TPS 4/6

Terima kasih atas sumbangan pihak tuan..

Wednesday, September 9, 2009

Notice Board

Hari Isnin baru-baru ini Bendahari cari sebutharga untuk tempah papan notice board untuk dipacak berdekatan papan tanda tapak surau. Notice board ini bercermin, belakangnya alminium dan bertiang besi. Harga RM480. Supply sahaja. Kalau syarikat itu yang datang dan pasang, kos tambahan sebanyak RM150 lagi. Kedua AJK juga hendak menempah tong derma bersaiz 8X8 inci, lutsinar dan ada kunci. Harganya Rm75 satu.

Selain itu Bendahari juga telah dapatkan sebutharga untuk khemah bagi mengadakan hari terbuka.Setiap petang jam 6:00 hingga 7:00 beberapa AJk ditugaskan berada di sini bagi memberikan input pembinaan surau kepada penduduk selain menerima sumbangan yang diberikan penduduk. Harganya RM180. Juga pembelian di KIV dulu. Alternatif menjimatkan wang sedang difikirkan.

Tak tahulah kos ini murah atau mahal. Namun ia tetap menggunakan wang dana yang sedia dikumpul.

AJK bercadang untuk mencari alternatif lain dulu. Jika boleh wang dana yang berjaya dikumpul perlu dijimatkan. Fokus AJK ialah bagi memastikan RM100,000 berjaya dikumpul untuk memulakan pembinaan. Wang yang ada sebolah-bolehnya tidak akan dibazirkan.

Monday, September 7, 2009

Penduduk perlu berkorban

Bagi penempatan baru atau taman perumahan baru yang disediakan tapak surau oleh pemaju penduduk perlu bersyukur. Ini kerana bukan semua taman perumahan disediakan tapak surau. Kadangkala berlaku juga kes komuniti Islam mendirikan surau secara haram di taman perumahan mereka gara-gara tidak disediakan tapak surau oleh pemaju.

Sudah ada tapak, pembinaan surau tiada siapa yang akan menanggung kosnya. Kerajaan pusat atau kerajaan negeri tidak memberi peruntukan kepada penduduk. Sesetengah pemaju perumahan pula menyediakan surau untuk penduduk contohnya projek perumahan Lembaga Tabung Haji.

Bagi pemaju yang tidak menyediakan surau tetapi sebaliknya menyediakan tapak, siapa pula yang perlu mengambil inisiatif? jawabnya ialah penduduk sendiri. Penduduk tidak perlu berpiket memohon kerajaan atau pemaju yang menyiapkannya. Semuanya adalah atas komitmen penduduk sendiri. Penduduk perlu berkorban wang ringgit, tenaga dan masa.

Di sebuah penempatan baru, seseorang perlu ke hadapan. Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Perbincangan tidak rasmi dibuat. Akhirnya beberapa AJK penaja dilantik secara tangkap muat tanpa mengetahui tahap kemampuan mereka. Bukan semua orang sanggup pula menjadi AJK.

Kini usaha sudah dirintis, AJK pembinaan Surau As-Syakirin sudah ada. Tindakan berunsur kemajuan sudah dilaksanakan. Namun komitmen penduduk masih kurang. Masih ramai penduduk mengambil sikap tunggu dan lihat. Pendirian penduduk tidak diketahui. Mahu surau kah atau tidak? Tiada kaji selidik dibuat.

Kepada penduduk, seawal sesi taklimat lagi penerangan telah dijelaskan iaitu penduduk perlu berkorban jika mahu pembinaan Surau As-Syakirin ini menjadi kenyataan. Taklimat menjelaskan AJK akan menyasarkan sumber dana pembinaan surau dari 3 pihak iaitu :

1. Penduduk sendiri- Sasaran AJK RM150,000 kutipan dari penduduk

Penduduk perlu berkorban wang ringgit terlebih dahulu kerana Surau As-Syakirin adalah surau kita. Kita yang bertanggungjawab untuk membinanya. AJK telah membuat penetapan setiap rumah perlu membuat pelaburan atau menginfaqkan hartanya sebanyak RM100. RM100 bukanlah satu jumlah yang besar. Katakan kita hidup selama 20 tahun lagi. Dibahagikan 20 tahun dengan RM100. Hanya beberapa sen saja sehari.

2. Mencari sumber kewangan dari luar / sumbangan individu,syarikat,organiasi - Sasaran AJK ialah RM100,000

Kutipan dari luar ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada individu tertentu/syarikat atau organisasi tertentu melakukan kebajikan. Kepada syarikat, ini mungkin salah satu cara mereka melaksanakan tanggungjawab sosial.

3. Bantuan dari pusat zakat- sasaran AJK RM50,000.

Memohon bantuan dari pusat zakat adalah pilihan terakhir AJK. Sekiranya dana mencukupi jika berlaku lebihan sumbangan dari penduduk dan pihak luar, AJK tidak akan memohon bantuan dari pusat zakat. Wang pusat zakat sepatutnya digunakan untuk memberi bantuan kepada fakir miskin walaupun membina surau adalah dibenarkan oleh agama atas dasar fisabillah (menaikkan syiar agamaNya)

Pusat zakat juga telah memaklumkan AJK bahawa untuk mendapatkan bantuan pusat zakat, penduduk perlu berkorban terlebih dahulu. Surau perlu dibina sekurang-kurangnya 50% dan pegawai dari pusat zakat akan datang membuat pemeriksaan bagi mengesahkan status kemajuan kerja pembinaan, mengambil gambar dan seterusnya membawa ke dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah.

Repply email from muis.gov.sg


Seminggu yang lepas penulis blog telah menggatal tangan menulis email kepada Majlis Agama Islam Singapura memohon bantuan mereka untuk menguar-uarkan URL blog Surau As-Syakirin kepada rakyat Singapura yang sudi menjadi penderma bagi mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin. Pagi ini penulis blog menerima email balasan dari pegawai di Majlis Ugama Islam Singapura. Sehubungan itu penduduk dimohon berdoa moga-moga ada rakyat Singapura yang sudi menjadi penderma dalam membantu kita menjayakan pembinaan Surau As-Syakirin.

Sebagai AJK yang diberi amanah oleh penduduk, penulis blog tidak boleh duduk diam sahaja. Berbagai cara penulis blog lakukan untuk mengumpul dana. Menulis diblog adalah satu kaedah. Kaedah menguar-uarkan diblog sedikit sebanyak telah memberikan kesan positif. Beberapa penderma telah sudi menderma untuk mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin setelah mereka terjumpa blog ini di internet.

Kepada penduduk atau sesiapa sahaja yang sudi membantu, tuan/puan bolehlah menguar-uralkan URL blog ini kepada alamat email rakan-rakan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang sudi menjadi penyumbang.

Jika usaha tuan/puan membuahkan hasil, moga-moga kehidupan tuan-puan mendapat kebaikan di dunia juga di akhirat.

Sunday, September 6, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri



Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidlilfitri pada 4 hb Oktober 2009 bermula jam 9:00 pagi di No 40, Jln TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih.

AJK akan menyewa dua buah khemah satu untuk tetamu lelaki dan satu untuk tetamu perempuan. Mengambil kesempatan jamuan hari raya tersebut satu sesi taklimat kemajuan tindakan pembinaan Surau As-Syakirin akan dimaklumkan kepada penduduk. Selain itu satu tabung khas akan diedarkan pada hari tersebut.

Berhubung dengan juadah, AJK memohon jasabaik penduduk untuk masing-masing membawa juadah dari rumah. Pihak AJK akan menyediakan menu utama contohnya lemang,ketupat dan rendang selain air minuman. Menu-menu sampingan bolehlah dibawa oleh penduduk seperti kuih raya dan juadah-juadah lain.
Namun kos menyediakan jamuan utama tidak akan menggunakan wang dana pembinaan surau As-Syakirin sedia ada, sebaliknya AJK akan mengedarkan borang memohon sumbangan daripada penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih bagi menjayakan majlis tersebut.

Matlamat utama majlis sambutan hari raya ini adalah untuk memberi peluang penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih berkenal-kenalan antara satu sama lain selain mendapatkan maklumat kemajuan pembinaan surau.
Sehubungan itu kepada semua penderma yang telah menderma dan penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, tuan/puan dijemput hadir.
AJK turut mengalu-alukan bakal penghuni baru dikomuniti kita iaitu penduduk fasa 7B yang dijangka masuk pada Disember 2009 nanti.

Maklumbalas mesyuarat AJK bil 6 - 6 Sept.2009

Kehadiran mesyuarat :
1. Tn Hj Raja Zazman b Raja Hassan
2. Tn Hj Abdul Halim b Mohamad Kasim
3. Tn Hj Razak b Ibrahim
4. En Jamalullail b Hashim
5. En Ahmad Azuan b Yahya
6. En Mazri b Ahmad Mahir
7. En Rahman b Osman
8. En. Wan Mohamad b Sulaiman
9. En Nor Azlani b. Abu Bakar

Tidak hadir:
1. En Azrein b Sharif - Anak tidak sihat. Ke klinik
2. En Mohamad Razali b Marawi - Balik kampung
3. En Marzah b Dumpam
4. En Mohd Zamry
4. En Aziz b Ali


Pagi tadi jam 10:00 pagi AJK bermesyuarat di rumah Pengerusi Tn Hj Raja Zazman b Raja Hassan. Berikut beberapa agenda yang telah dibincangkan:

1. Pengerusi memohon AJK supaya bergerak lebih aktif mencari dana. Pergi ke individu korporat dan syarikat-syarikat korporat. Pendekatan pergi berjumpa klien lebih menunjukkan raspon positif berbanding cara hantar surat melalui pos.

2. Bendahari memaklumkan hampir atau lebih 400 ke 500 borang list derma telah dipos namun jumlah yang balik amat sedikit. Dianggarkan hanya lebih kurang 20 list saja yang balik daripada 400 yang telah diedarkan. Tidak diketahui apakah yang berlaku sehingga borang list tidak balik semula kepada AJK.

3. Bendahari memaklumkan beliau telah mengepos surat kepada Tuan Nazir masjid-masjid tertentu di daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling serta beberapa masjid di Kuala Lumpur memohon diadakan satu tabung khas untyuk kutipan pada 1 kali Jumaat.

4. Bendahari juga mencuba mengedarkan poster atau iklan promosi sumbangan dengan meletakkan pada cermin kereta jemaah-jemaah di 2 buah masjid yang beliau kunjungi.

5. Hj Razak memaklumkan syarikat yang bertanggungjawab menyiapkan plan untuk disubmit ke MPKj akan menyiapkannya dalam minggu ini. Untuk itu sumbangan kos cetakan sebanyak RM500 perlu dikeluarkan oleh bendahari kepada syarikat berkenaan.

6. Konsultan untuk menghantar draf cadangan pembangunan Surau As-Syakirin juga sudah ada. Sebaik sahaja pelan diterima, konsultan tersebut akan submit draf pembangunan ke MPKj.

7. AJK bersetuju untuk membina pondok atau wakaf kecil berdekatan papan tanda tapak Surau As-Syakirin sebagai persediaan membuat hari bertemu pelanggan / penduduk. (seperti hari terbuka) bagi memudahkan penduduk membuat sumbangan. Hari dipilih adalah hari Ahad jam 5:00 ke 6:30 petang tertakluk kepada keadaan cuaca mengizinkan. Cadangan guna khemah kecil dan letak meja lipat serta 3 atau 4 kerusi untuk AJK menjalankan tugas.

8. Papan pameran juga akan dibina untuk menampal dokumen,notis, atau apa sahaja berkaitan dengan pembangunan Surau As-Syakirin untuk dibaca oleh penduduk. Senarai nama penduduk yang telah menderma turut dipaarkan sekali. AJK diminta mencari syarikat yang boleh membuat papan pameran ini. (papan pameran bercermin untuk mengelak hujan).

9. AJK bersetuju untuk mengadakan jamuan hariraya. Kesempatan akan diambil untuk memberikan makluman perkembangan pembinaan surau As-Syakirin. Satu tabung derma juga akan dilancarkan pada hari yang sama. Hari tersebut akan menjadi rumah terbuka berpusat untuk penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Bagi menampung kos jamuan, setiap penduduk yang mewakili satu unit rumah akan membawa juadah masing-masing untuk dikongsi rasa bersama-sama penduduk lain. Satu mesyuarat khas membincangkan jamuan rumah terbuka berpusat ini akan dibuat. AJK bercadang untuk menjemput YB Tn Johan b Aziz dalam majlis tersebut sebagai tetamu. Satu banner Rumah Terbuka Aidilfitri Berpusat untuk promosi akan ditempah. 2 khemah lelaki dan perempuan akan disewa.

10. Hj Razak mohon ditempah tabung surau untuk tujuan sumbangan pada majlis sambutan hari raya nanti.

11. Bendahari memaklumkan untuk memulakan pembinaan, RM54000 lagi diperlukan. Sebaik sahaja RM100,000 berjaya dikumpul proses mencari kontraktor pembinaan projek serta permohonan mencari arah kiblat dari Jabatan Mufti akan dilaksanakan. RM100,000 diperlukan untuk memulakan pembinaan kerana pelan surau as-syakirin yang dilukis agak banyak menggunakan struktur atau beam konkrit tetulang.

12. AJK akan memohon Persatuan Penduduk bertindak untuk membuat permohonan penukaran tapak dewan dan tapak tadika. tapak dewan bersebelahan surau akan dipindahkan ke fasa 6 di tapak tadika dan begitulah sebaliknya. Ini kerana tadika lebih sesuai dibina berdekatan Surau selain kedudukannya akan hampir dengan padang permainan.

Saturday, September 5, 2009

Penyata kewangan berakhir 5 September 2009

Klik sini untuk lihat penyata...

ralat..blog ini tidak boleh buat link ke fail excell..

KIV dulu..sebab kena scan sebagai imej

Cara memberi sumbangan

1. Terus hantar sumbangan sama ada berbentuk wang tunai, cek, bank deraf, wang pos atau kiriman wang kepada mana-mana AJK. Hantar terus kepada bendahari adalah lebih baik kerana resit sumbangan boleh dikeluarkan serta-merta.

2. Terus masukkan wang tunai ke mesin deposit tunai EON BANK

Caranya:
a. Pergi kemana-mana mesin deposit tunai EON BANK ( Semenyih Sentral)
b. Tekan sebarang kekunci pada mesin ATM
c. Masukkan nombor akaun 0675-11-000223-3
d. Paparan SURAU AS-SYAKIRIN akan kelihatan
e. Masukkan jumlah wang tunai yang ingin disumbangkan. Cthnya RM10 atau RM50
f. Tekan masuk
g. Tunggu slip bank dicetak dan ambil untuk rekod urusan

3. Masukkan cek menggunakan mesin deposit cek EON BANK

Caranya:
a. Pergi kemana-mana mesin depost cek EON BANK
b. Tuliskan dibelakang cek no akaun 0675-11-000223-3 dan nama akaun SURAU AS-SYAKIRIN. Tuliskan no telefon 0132937679 atau no telefon penderma
c. Sentuh skrin mesin deposit cek jika mesin mempunyai mode touch screen
d. Pilih akaun simpanan
e. Pilih cek tunggal
d. Masukkan nombor akaun surau As-Syakirin iaitu 0675-11-000223-3
e. Bila nama akaun SURAU AS-SYAKIRIN sudah dipaparkan
f. Masukkan jumlah yang sama seperti cek cthnya RM1000. Tekan butang masuk
g. Masukkan cek ke dalam slotnya
h. Tunggu cek diimbas oleh mesin dan simpan untuk rekod urusan.

4. Beli kiriman wang pos atau buat kiriman wang di pejabat pos. Hantar ke alamat sama seperti di bawah.

5. Melalui bank draf dengan mana-mana bank tempatan sebagai ganti cek.

6. Transfer atau pindahan akaun antara bank melalui perbankan internet


Hantar slip bank kepada JK Pembinaan Pembinaan surau As-Syakirin, d/a No 40 Jln TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih,Selangor atau imbas slip dan emailkan ke assyakirin.tps@gmail.com atau sms ke 013-2937679 untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit rasmi.