Sunday, July 5, 2009

Perubahan saiz pembinaan

Untuk makluman penduduk, mesyuarat AJK pada 4 Julai 2009 jam 900 malam di rumah En Jamal telah membuat keputusan saiz surau akan dikecilkan dari saiz yang dipersetujui pada peringkat awal iaitu 40 X 70 kaki persegi.

Saiz terkini dipersetujui ahli mesyuarat iaitu:

Saiz bangunan = 50 X 50 kaki persegi
Sais dewan solat = 40 X 30 kaki persegi

Saiz ini adalah muktamad. Perubahan saiz dibuat untuk mengurangkan kos pembinaan selain sebagai persediaan sekiranya jumlah dana yang perlu dikumpulkan tidak mencapai sasaran.

Tn Hj Razak dan En Haslam telah diberi tanggungjawab untuk mencari arkitek untuk menyediakan plan binaan dan pelan struktur.

Untuk tujuan melantik surveyor bagi kerja ukur tanah dan pencarian arah kiblat, AJK bersetuju mendapatkan bantuan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Kos sebenar pembinaan surau hanya dapat diketahui apabila plan binaan dan plan struktur siap.Tempoh 2 minggu diberikan kepada AJK terlibat untuk memastikan plan tersebut siap.

Selepas plan siap, satu mesyuarat AJK kali ke enam akan dilaksanakan di rumah Pengerusi.

No comments:

Post a Comment