Monday, July 6, 2009

Bantuan penduduk

Penduduk dimohon menguar-uarkan pembinaan surau As-Syakirin kepada sahabat handai,rakan taulan dan rakan sekerja selain saudara mara. Sekiranya mereka berminat untuk memberi sumbangan maklumkan kepada AJK untuk di serahkan borang yang berkenaan.

Penduduk juga boleh menjadi wakil AJK bagi membantu mendapatkan sumbangan dana pembinaan Surau As-Syakirin. Sila berhubung dengan mana-mana AJK untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penduduk juga boleh mendapatkan maklumat badan-badan korporat atau mana-mana individu yang berpotensi untuk menjadi penyumbang. Sila dapatkan alamat penuh mereka dan maklumkan kepada AJK untuk tindakan lanjut.

Memandangkan tempoh kutipan dibenarkan berakhir pada 31 Disember 2009 iaitu lebih kurang 6 bulan, misi ini perlu dijayakan seberapa segera.

Sekian untuk makluman penduduk.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment